PAS tewas di Kuala Besut. Benarlah kata calon PAS yang tewas, Che Long kata beliau berdepan dengan Kerajaan Malaysia termasuk juga dengan SPR. Aku tidak bermaksud untuk mengatakan SPR menipu lagi di Kuala Besut yang menyebabkan PAS tewas. Bagi aku, jika SPR tidak menipu pun kali ini, PAS akan tewas juga kerana mentaliti orang-orang di Kuala Besut sendiri.
Mahu kata SPR menipu? Semenjak bila SPR ini jujur? Ada yang berkata, jika sudah tahu SPR itu bapak penipu, mengapa kita masuk bertanding juga? Aku mahu tanya, semenjak bila SPR tidak menipu? Adakah kita menang dan dapat tawan beberapa negeri oleh kerana SPR itu jujur? Tidak, SPR tetap sama cumanya rakyat di negeri-negeri tersebut begitu kuat sokongannya kepada kita. Kekuatan rakyat itulah yang menyebabkan penipuan SPR gagal untuk menewaskan kita.
Aku yakin, di Kuala Besut baru-baru ini jika kekuatan rakyat begitu hebat untuk melakukan perubahan kita boleh menang. Tetapi, rakyat di Kuala Besut majoritinya masih mahu kepada dunia dan tidak hairan dengan PAS dan perjuangannya. PAS mahu bawa kebahagiaan dunia dan akhirat, rakyat tidak mahu. Mereka nampak jutaan ringgit yang dilonggokkan depan mata mereka. Jika SPR tidak menipu pun, kita pasti tewas juga jika rakyat mentalitinya sedemikian.
Justeru itu, harapan kita kini hanya kepada kebangkitan rakyat. Perlu bekerja kuat lagi untuk menambat hati rakyat. Pada aku PAS di Kuala Besut telah berusaha sebaiknya untuk merampas kerusi Dun Kuala Besut, tetapi apakan daya rakyat lebih tertarik kepada wang ringgit. Jutaan ringgit ditaburkan di sana, tentunya kita tidak boleh lawan dari segi material.
kedunguaan rakyat yang totok parti karat biru pandi kutty atasi segala ! malaun malaun ini tetap sampai kiamat sokong parti perasuah, sampai bila akal materialisma ? hanya mereka & makbapak serta sanak saudara mereka juga yang tahu ,ABU jangan lupa !
BalasPadam