TABIK spring aku ucapkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Ustaz Nasruddin Tantawi kerana tetap tegas menolak larangan tazkirah Ramadhan sepertimana yang dikeluarkan oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Di dalam isu ini, memang wajar beliau bertindak tegas kerana Tazkirah berkaitan ugama tidak akan menyebabkan perpecahan jauh sekali berlakunya huru-hara di dalam masjid, sebaliknya sikap ingat mengingati itu akan membawa kepada kebaikan dan kemakmuran. Jika berlaku pecah belah akibat Tazkirah Agama, sudah pasti ianya datang dari golongan Iblis dan Syaitan kerana makhluk ini semenjak zaman Nabi Adam lagi sememangnya menentang Islam.
Keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu untuk menanggung risiko andainya ditahan, ditangkap mahupun dipenjarakan akibat Tazkirah Agama sepatutnya diberi pujian kerana perjuangan untuk mengembangkan Agama Islam ini bukan mudah. Umat Islam akan terus bersatu dan mempertahankan sesiapa sahaja yang dizalimi akibat dari kerja dakwah yang dituntut itu. Jika ada golongan yang tidak akan mempertahankannya, tidak syak lagi mereka itu golongan dari Iblis dan Syaitan sepertimana yang aku sebut tadi.
Jika kita tidak mampu berbuat baik jauh sekali untuk mengembangkan kebaikan, mengapa perlu larang orang lain untuk berbuat sedemikian?
syabas dalam menentang keangkuhan & kebejatan gerombolan anti kebenaran ! ABU jangan lupa !
BalasPadamMasjid2 dan surau2 perlu bijak untuk "by-pass" larangan ini. Larangan ini bukan pertama kali, sebelum ini ada larangan tazkirah antara sembahyang tarawih. Biasanya surau/masjid yg mengadakan tazkirah, mereka sembahyang tarawih 8 rakaat, selepas 4 rakaat - tazkirah - dan sambung lagi tarawih 4 rakaat. Apabila ada larangan tazkirah antara sembahyang tarawih, mereka adakan tazkirah selepas isyak (selepas solat sunat & sebelum tarawih), jadi tidak melanggar arahan itu (kena pandai belit sikit). Cuma kali ini takut arahan yg dikeluarkan merangkumi lepas Isyak & antara tarawih.
BalasPadam