RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 4 Ogos 2013

BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN KINI NYAWA PULA DIKATAKAN MURAH?

AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' yang amat murah.  Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa?   Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat untuk menulis sedemikian.

Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).   Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.

Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.  Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.  "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin. 
 
Tentu media Singapore itu ada 'nas dan dalil' untuk berkata sedemikian.  Jika ternyata tidak benar, kita harap pihak kerajaan kita melalui Kementerian Dalam Negeri berani untuk menyaman akhbar tersebut.  Penafian atau mengeluarkan kenyataan emosi hanya di TV3 suku atau di Utusan Meloya sahaja tidak cukup kerana media di Singapore sudah kenal dan faham sangat berita-berita dari lidah media kawalan kerajaan ini.  Mereka tahu, media seperti ini sanggup menipu atau menfitnah parti-parti Pembangkang di negara sendiri apa dihairankan jika media ini membelasah media luar yang mengkritik negara ini.
 
Jadi, sewajarnya lah kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas media berkenaan jika benarlah negara kita ini sebenarnya aman sentosa tanpa ada kejadian tembak mati berturut-turut di dalam tempoh sebulan.  Ada berani?  Aku rasa memang kerajaan minoroti 47% ini akan berani bertindak kerana mereka dakwa kerajaan mereka bermaruah.  Kita akan salute jika kerajaan kita berbuat demikian bagi menutup aibnya kita sebagai rakyat Malaysia yang selama ini yakin negara kita paling aman di dunia.

1 ulasan:

  1. Apa pulak ngko ni Wan, Negara kitakan aman! Indeks jenayahkan menurun dan ikut standard dunia lagi. Yang meningkat tu cuma kejadian tembak-tembak macam budak-budak main pistol je.....takkan lah itupun nak kata tak aman dan bahaya? Bersyukurlah....he he he! Kalaulah Polis kita ni dihormati, dah tentu penjenayah takkan seberani sekarang ini! Hakikat bahawa intergriti Polis dah merudum dan jauh kelaut serta kepimpinan Polis yang dilihat dan dipersepsikan sebagai budak suruhan Ameno/BN dan tindakan Polis yang tak 'semenggah' menyebabkan mereka yang cenderong melakukan jenayah tak takut lagi kepada Polis. ISA dan EO yang dimansuhkan bukan penyebab jenayah meningkat! Kata orang tua-tua (betul ke tidak tak tahulah) hanya sijahat @ penjenayah saja yang akan menarik kejahatan@jenayah dan yang baik akan menarik banyak kebaikan! Fikir-fikirkan lah!

    BalasPadam