RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 28 Januari 2014

PRK DUN KAJANG - ANWAR TIDAK PERLU BERTANDING, KEKALKAN TS KHALID SEBAGAI MB, TETAPI ....

PERLETAKAN jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memang mengejutkan.  Disaat MB Selangor mengumumkan kenaikan elaun dan gaji yang tinggi buat Exco dan Wakil Rakyat, sukar diterima akal Adun akan meletakkan jawatan jika tiada sebab yang benar-benar serius.
 
Kecewa, memang kecewa tapi sedikit terubat apabila mengetahui Adun tersebut meletakkan jawatan secara bertanggungjawab tanpa mengkhianati rakyat dengan cara menjadi 'katak' sepertimana yang lain.  Bayangkan jika beliau umumkan keluar parti samada menjadi ahli MCA mahu pun Gerakan atau kekal Bebas.  Tentunya hati kita bertambah sakit dibuatnya.  Tetapi bersyukur beliau serahkan kembali kepada rakyat untuk buat pilihan.
 
Apa pun Anwar tidak boleh lepaskan diri dari dipersalahkan kerana Anwar adalah bos kepada Adun berkenaan.  Apa percaturan Anwar jika benar Adun ini melompat atas 'arahan' Anwar?  Tapi aku tidak merasakan ada arahan dari sesiapa, aku lebih percaya Adun ini buat keputusan kerana mungkin merasa bosan dengan karenah politik di Selangor terutamanya berkaitan dua individu iaitu TS Khalid dan Azmin.  Mengapa susah benar mahu berbaik di antara keduanya?
 
Benar, apa yang berlaku di Selangor bukan soal rasuah atau penyelewengan namun isu ini merimaskan kita.  Sebagai contoh, isu di dalam PKNS di mana ada orang lain berani mengeluarkan surat pecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan MB.  Apakah ini boleh dikatakan salah guna kuasa?  TS Khalid akui beliau tidak pernah pecat Azmin walaupun hanya MB Selangor sahaja atau diwakilkan kepada SU Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang boleh pecat Azmin atau sesiapa sahaja di dalam PKNS.  Jadi, siapa buat kerja untuk TS Khalid ini?  Adakah orang itu ada niat untuk sabotaj mengambil kesempatan di atas perbalahan TS Khalid dan Azmin?
 
Perkara seperti ini lah memungkinkan Adun Kajang merasa rimas dan meletakkan jawatan.  Persoalan sekarang, siapakah calon yang bakal diletakkan di situ dan adakah calon itu bakal menduduki Kerusi MB Selangor?  Ada yang menyebut Anwar akan bertanding bagi membolehkannya menjadi MB Selangor untuk meredakan ketegangan di antara pengaruh TS Khalid dan Azmin.  Aku tidak yakin dan tidak setuju Anwar bertanding atau menjadi MB Selangor.  
 
Walaupun aku melihat TS Khalid menjadi MB Selangor kelihatan agak 'degil' dengan arahan pimpinan parti di dalam beberapa perkara namun TS Khalid banyak baik daripada kelemahannya.  Kelemahannya dia seperti lupa dia orang politik dan dinaikkan atas nama politik.  Kelemahannya juga dia banyak memberi ruang kepada Faekah bercakap seperti orang politik sehingga kadangkala kita lihat SUK kepada TS Khalid ini seperti Ketua Wanita PKR pula.  Faekah banyak melukakan perasaan orang-orang politik di Selangor.  
 
Tapi itu semua secebis dari kelemahan TS Khalid berbanding segumpal jasanya kepada rakyat Selangor.  Maka, tidak wajar TS Khalid diminta letak jawatan hanya kerana secebis kelemahan yang boleh diuruskan dengan baik oleh pimpinan parti.  Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah buang sahaja individu-individu yang menyusahkan parti untuk bekerjasama dengan TS Khalid.  Individu tertentu yang berselindung di balik ketelusan TS Khalid tetapi hakikatnya mahu mengawal MB Selangor itu.  Sejarah pernah buktikan Kerajaan Selangor telah disabotaj oleh kakitangannya sendiri yang bukan dari kalangan orang politik.  Isu PKNS aku melihat seperti ada usaha untuk menyekat TS Khalid untuk berbaik dengan Azmin.  
 
Aku bukan mahu Azmin kekal di situ tetapi tentu tidak adil jika Azmin dipecat dengan cara tidak betul.  Jika Azmin tidak layak berada di PKNS, gunakan peraturan yang betul untuk pecat beliau.  Bukan dengan cara yang amat meragukan dan lintang pukang sedemikian rupa.  Seburuk mana pun Azmin, dia adalah Pengerusi PKR Selangor dan Timbalan Presiden PKR.  Mana maruah PKR jika ada orang bukan politik boleh pecat beliau tanpa ikut peraturan?  Ini kelemahan TS Khalid yang gagal menentukannya.
 
Sekali lagi aku mengharapkan agar TS Khalid terus kekal MB tetapi beliau harus bertindak membetulkan kelemahannya yang sering ditegur oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak perlu rendahkan martabatnya untuk menjadi MB Selangor walaupun dengan niat untuk meredakan ketegangan yang ada.  Siapa yang boleh dicalonkan untuk bertanding di Dun Kajang nanti?  Bagaimana jika diletakkan Sdr Saifuddin Nasution?  Sdr Rafizi tidak perlu pegang dua jawatan Wakil Rakyat, nanti tidak terkejar pula tanggungjawab.  Ada yang mencadangkan Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard diletakkan di situ, apa salahnya?  
 
 

6 ulasan:

  1. Kah kah kah kah kah kah kah...hang nak cakap apa lagi. Bos hang kuku besi bro, macam Idi Amin, kah kah kah...

    BalasPadam
  2. Elok Khalid masuk PAS

    BalasPadam
  3. satu cara mudah nak kekalkan ts khalid jadi mb, kita kalahkan anwar dikajang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu nk PR makin mantap,kita menagkan anwar di kajang.biar umno/bn tertiarap di selangor.

      Padam
  4. Sah pembaziran wang rakyat. PKR nampak ke? Kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wang rakyat akan lebih dibazirkan bila umno/bn tabur janji2 palsu projek pembangunan di prk kajang.

      Padam