RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 9 Februari 2014

PRK DUN KAJANG - TIDAK FAHAM, BUAT-BUAT TIDAK FAHAM ATAU INGIN CETUS KONTROVERSI?



APAKAH masih tidak faham isu PRK di Dun Kajang?  Apakah masih tidak tahu mengapa dan kenapa Kerusi itu sengaja dikosongkan?  Sukarkah untuk mengerti mengapa mesti Anwar diberi laluan beretanding di Kerusi Dun Kajang mewakili PR?

Atau sengaja buat-buat tidak faham kerana ingin cetuskan perbalahan, mungkin juga ingin ambil kesempatan untuk menunjukkan kita ini lebih hebat dari orang lain?  Penjelasan sudah dibuat dan terus terang telah dinyatakan tindakan itu adalah "strategi politik yang berisiko tinggi", dan jika kita rasa tindakan itu melampau maka seperti kata Sdr Rafizi PKR sedia "mohon maaf".  Penjelasan diberi, permohonan maaf dibuat, mengapa perlu ada kata-kata yang menyakitkan hati?  Paling jelik, kata-kata itu datang dari pemimpin, Wakil Rakyat yang bergelar 'Ustaz" yang cuba menjadi hero manipulasi kata-kata bosnya sendiri.

Bos kata, "PAS akan bantu PKR di PRK Dun Kajang, Isu MB Selangor tidak timbul, tumpukan pada kemenangan PRK Dun Kajang".  Pemimpin ini buat ulasan panjang lebar dan paling menyedihkan menafsirkan kata-kata bosnya "Isu MB Tidak Timbul" dengan menafsirkan dengan kata "PAS tolak Anwar jadi MB Selangor".  Ini apa cerita?  Adakah dengan PAS tolak Anwar, maka Anwar tidak boleh jadi MB Selangor?  Atau, jika PAS setuju sekalipun Anwar jadi MB Selangor, maka kompom Anwar jadi MB Selangor?.  Jika PAS ada calon lain dari PAS sendiri, adakah itu juga pasti jadi MB Selangor?  

Tentunya ada proses, sebagaimana Anwar sebut MB Selangor mestilah yang mendapat sokongan majoriti di dalam Dun Selangor dan kemudiannya dibawa ke Istana pula.  Jadi, mengapa perlu awal-awal lagi buat kenyataan kontroversi?  Cukuplah sebut apa yang bos sebut, jangan lebih sudu dari kuah.  Belajarlah dari cara politik pemimpin-pemimpin atas dari kamu.  Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS punyai kata-kata yang baik dan bijak.  Tok Guru Nik Aziz, Husam, Salahuddin Ayob kesemua mereka pimpinan di atas yang lebih tahu berpolitik dan rencah garamnya, mereka tahu mahu ulas sesuatu isu.  Mat Sabu pun begitu, siapa di dalam PAS yang boleh menandingi kehebatan Mat Sabu "ayam sabung' PAS ini?  Namun beliau bijak di dalam politiknya.  

Kepada yang kurang jelas lagi, aku salin semula komen aku di dalam FB;

"Rujuk pd forum Rafizi, Aru (PSM) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) di Radio Bangsar, Sdr Rafizi kata tindakan mengosongkan kerusi Dun mmg satu strategi utk bawa masuk Anwar ke Sgor. Pertama, Utk selesaikan bberapa kemelut di Sgor (krisis Azmin-Khalid). Kedua, menghadapi tekanan musuh politik (Umno/Bn) yg semakin hebat utk pecahbelahkan rakyat dgn manipulasikan isu gereja, perkauman dan menghapuskan jika ada talibarut Umno dlm pentadbiran KJaan Sgor yg kerjanya sabotaj KJaaan PR Sgor. Jika langkah itu dikatakan langsung tak dibincangkan terlebih dulu dgn rakan2 dr PR, itu bohong. Rafizi sebut, ada dibincangkan tetapi peringkat awalnya secara tertutup dan wakil dari PAS adalah SU Agong Sdr Mustafa Ali telah dimklumkan awal. 

Pbincangan diadakan tertutup kerana ini satu strategi yg berisiko tinggi dan kita takut strategi ini lebih awal diketahui musuh dan mereka akan lakukan sesuatu yg ingin menggagalkan usaha ini. Bila semua setuju, barulah kerusi itu disokongkan dan barulah didedahkan kpd rakyat sbb musababnya. Kini, tpulang kpd rakyat utk terima strategi ini sbg satu langkah mendepani cabaran Umno/Bn dan memperkuatkan lagi KJaan PR Sgor. Rafizi kata, jika rakyat Kajang rasa ini penipuan PKR utk permainkan demokrasi, sila tolak calon kami, katanya. Skrg, rakyat kena buat kputusan setelah penjelasan diberi. Penjelasan yg diberi tidak memaksa kita utk menerimanya."

8 ulasan:

  1. Isu gereja isu kalimah Allah..isu LGBT isu murtad dll adakah isu agama Islam yg harus ditangani oleh umat Islam tanpa mengira anutan politik.

    Kenapa masih susah nk memahami isu ini? Knp masih nak di kaitkan dgn politik?

    Knp rendah sangat tahap minda kamu?

    BalasPadam
  2. Dah byk sgt minum holy water...kepaka pun naik biol....ha ha ha

    BalasPadam
  3. Strategi berisiko tinggi ya......mmg risiko yg amat tinggi yg diamalkan dlm genre politik masakini. Melayu telah menolak dan mengambil remeh soal2 agama dan bangsa demi menaikkan satu bangsa haprak yg dipanggil DAPigs kononnya yg memperjuangakn semua bangsa dan agama tapi melayu disuntut dan dicemuh secara terang tanpa rasa takut lagi dusokong oleh puak Melayu yg lupa diri dan mabuk dgn tipu daya pemimpin mrk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kwahihihihihhh!!!! Sumer dh mkn nasi kngkang teresa cock hihihihihuhu

      Padam
  4. Memang tak faham sbb semua 'O'
    (Parti Kelentong Rakyat)

    BalasPadam
  5. janganlah nak disalahkan rakyat dlm isu ini sekiranya ada antara rakyat yg tidak sependapat dengan tuan...berbeza pendapat itu bukan satu kesalahan, lebih2 lagi dalam isu kajang move ini...

    sepatutnya tuan meraikan perbezaan pendapat itu...dan bukannya menuduh rakyat khususnya pendokong, penyokong, pengundi pakatan rakyat tidak faham apa itu kajang move....sila respect & hormat pendapat orang lain.

    sebagai contoh...saya sendiri setelah mendengar penjelasan rafizi yg datang bertandang ke tempat saya...juga saya berulang kali menonton penjelasan rafizi dlm internet sebelum2 ini....saya sendiri masih ragu2 dengan kajang move ini...adakah tuan ingin menuduh saya "BODOH" semata-mata saya berbeza pendapat dgn tuan??...jangan macam ini....even ambiga sendiri ragu2 dengan penjelasan rafizi berkenaan kajang move ini sedangkan dia seorg peguam.

    personally...perkara yg saya paling terkilan & rasa tak masuk akal apabila dijelaskan bahawa antara sebab kajang move adalah kerana krisis azmin-khalid....sekiranya anwar sendiri, seorg yg berpengaruh, berkaliber GAGAL mengawal orang suruhannya azmin dan khalid sehingga memaksa dia sendiri perlu masuk ke sidang DUN selangor...sesungguhnya itu sangat mengecewakan rakyat malaysia khususnya pengundi2 pakatan rakyat.

    bagi saya....individu seperti azmin yg dari dulu duduk bawah ketiak anwar, berada dlm bayang2 anwar...patutnya mudah bagi anwar utk TUNDUK kan azmin....maafkan saya ye, saya hanya seorg rakyat marhaen biasa yg ingin melihat malaysia kembali maju, bebas dari amalan2 rasuah & salah guna kuasa, ingin melihat ekonomi malaysia kuat & kukuh (bukannya seperti sekarang)...saya tidak memihak kpd mana2 individu atau kumpulan.

    pd pandangat saya...setelah azmin menunjukkan his true colour...paling ketara selepas PRU-13 yg lalu...maka azmin kini statusnya sebagai liabiliti sahaja, sama seperi ezam...perjuangan bukan utk tempoh setahun, sepuluh tahun sahaja...tp selama-lamanya selagi hidup bernyawa di dunia ini....azmin nampaknya tidak sabar dlm ujian perjuangan ini.

    seorg lagi yg saya nampak & rasa menjadi liabiliti kpd pihak pakatan adalah mansor othman...maaflah ye, tp hanya berharapkan title DR PhD dari yale uni tidak bermakna mansor othman seorg yg berkarisma dan berkaliber sehingga dibawa masuk ke dlm parlimen...sekiranya tuan mengikuti perkembangan kareer politik mansor othman, cara dia bekerja sbg timb ketua menteri penang & adun penanti....sepatutnya kerusi parlimen nibong tebal patutnya diberi kpd cikgu bard dan bukannya mansor othman...mansor othman tempat sepatutnya hanya di DUN sahaja....cikgu bard sepatutnya pergi ke parlimen...kenapa??...kerana mansor othman itu sendiri, cara dia bekerja sbg adun & timb KM....tidak berkaliber, tidak mampu turun padang sorang2, perlu ada itu ini, perlu ada anwar baru bleh dia naik.

    maaf selingan...sbb masuk topic liabiliti....berbalik kpd isu kajang move...sekiranya anwar gagal mengawal azmin, maka klau anwar masuk DUN selangor sekalipun adakah dia mampu kawal azmin???...

    khalid bukan seorg politician, maka dia tidak tahu sepak terajang politik, dia tidak banyak karenah...tp khalid seorg yg sudah terbukti....seorang PENTADBIR yg tegas, jujur, telus dlm tugasnya...sifat2 & unsur2 Islam yg telah lama pupus, tidak dimiliki oleh ramai golongan pentadbir (pentadbir dlm sektor kerajaan mahupun sektor swasta).

    soalan yg perlu dijawab....tak blehkan krisis azmin-khalid diselesaikan secara hemas tanpa anwar perlu masuk DUN selangor???...kenapa anwar tidak bersikap TEGAS terhadap azmin???...jangan ingat anwar & azmin serta keluarga je yg diaibkan, terseksa dengan keadaan politik malaysia skang ni....kami rakyat kebanyakkan juga turut sama terasa terseksa....sila ingat benda ini....ramai orang pakatan yg memegang jawatan dlm parti memandang sebelah mata rakyat yg dtg memberi pendpt....jgn begitu, kami juga menyumbang kpd peningkatan undi pakata rakyat dlm PRU!!!

    BalasPadam
  6. Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama,Masalah bahasa dan Sekolah Rendah Cina masih tidak diselesaikan sampai hari ini.Sudah tiba masanya untuk menolak sebuah kerajaan yang tidak mengotai janji.Kita mesti terus berusaha untuk berjuang ke depan.Ekonomi milik kita, tahun baharu akan bermula, Biarlah kita menyiapkan diri untuk sedia belayar menuju ke depan,Bersama-sama berjuang untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang!Orang Melayu dalam Pakatan Rakyat senang dibeli.Untuk menang, kami tidak akan mengalah. Masa depan yang cerah menunggu kita untuk diperjuangkan.Kepada semua diucapkan semoga berjaya, impian menjadi kenyataan, semua tugasan akan berjaya!Gong Xi Fa Cai!

    ANONYMOUS DAP

    BalasPadam
  7. Hanya melayu totok hampeh dari spesis PKR saja yg mudah di kencing oleh puak2 mata sepet tu

    BalasPadam