RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 Ogos 2014

TS KHALID PERLU BELAJAR DARIPADA DR RANI DAN HUSAM MUSA

MAHU pertahankan TS Khalid boleh, kerana kita ada hak untuk menyokong sesiapa saja yang kita yakini.  Sebagai ahli parti, kita kena tahu beza mana satu kehendak peribadi atau puak dengan keputusan atau kehendak parti secara jemaah.  Jika kita gagal memahami asas ini, kita adalah salah satu punca krisis di dalam parti.

Aku terus terang.  Di dalam pemilihan PKR aku memberikan undi dan berkempen untuk TS Khalid sebagai merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.  Bukan bermakna aku memusuhi Azmin, tetapi aku merasakan TS Khalid mampu menjadi Timbalan Presiden yang lebih baik dari Azmin.  Asalnya aku lebih suka kepada Saifuddin Nasution tetapi melihat kepada keadaan Saifuddin yang hampir pasti tidak berpeluang, aku ada pilihan kedua iaitu TS Khalid.

Mustahil aku suka TS Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi tidak suka beliau sebagai MB.  Tentunya hasrat hati mahu beliau terus jadi MB.  Namun aku cuba untuk berdisiplin dengan parti bukan individu.  PKR melalu jemaah MPP memutuskan sudah sampai masanya TS Khalid ditukar dari jawatan MB, atas apa jua alasan sekalipun maka selaku ahli parti mahu tidak mahu aku harus terima keputusan parti.  Apakah wajar aku memaksa parti terima kehendak aku?  

Di dalam situasi begini pun, aku masih menaruh harapan TS Khalid untuk menang di dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.  Adakah kuat bencinya aku pada Azmin?  Jawapannya tidak.  Bahkan, aku tetap menerima keputusan parti sekiranya parti kemudiannya berubah keputusan memilih Azmin sebagai MB Selangor.  Aku akan terima kerana itu keputusan parti.

Sekarang ini yang menjadi masalah adalah orang seperti aku yang berada di akar umbi menyokong TS Khalid tetapi cuba untuk berdisiplin kepada parti, tetapi TS Khalid sendiri pula tidak menunjukkan disiplinnya.  TS Khalid mula menunjukkan egonya.  Beliau tetap kata beliau layak menjadi MB Selangor sedangkan parti menyatakan sudah cukup untuk beliau diberikan amanah.  Susah sangatkah untuk mematuhi arahan parti yang telah menaikkan beliau dulu?  

Apakah TS Khalid merasa dia hebat hanya kerana mendapat sokongan kuat dari PAS?  Tahukah beliau PAS juga menjalani proses yang sama jika PAS merasakan seseorang tokoh itu wajar ditukar atau tidak.  Contohnya di Selangor sendiri.  Sebelum PRU13, Pesuruhjaya PAS Selangor adalah Dr Rani.  Beliau memimpin PAS Selangor amat cemerlang sehingga berjaya meningkatkan Kerusi untuk PAS di Selangor.  Lojiknya tentulah beliau akan dinaikkan pangkat atau sekurang-kurangnya kekal pada jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS.  Beliau berjaya buktikan kecemerlangannya dan beliau tidak melakukan rasuah pun.  Namun, PAS mengambil keputusan mengantikan Dr Rani dengan Iskandar Samad.

Apakah PAS sememangnya suka-suka untuk menukar Dr Rani dengan Iskandar sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor?  Tentu tidak.  Tentu PAS ada perancangannya sendiri bukannya atas sebab Dr Rani berbuat sesuatu penyelewengan.  Di dalam PAS, jawatan tidak boleh diminta tetapi sekiranya diamanahkan maka wajib dipikul.  Maka, Dr Rani digugurkan walaupun sememangnya Dr Rani amat gembira dengan pengguguran tersebut.  Ertinya, PAS juga lakukan perkara yang sama di dalam kaedah peralihan jawatan.  Adakah PAS berbuat salah atau tindakannya itu tidak "syarie"?  Tentu tidak.  Itu proses biasa parti kepada anggota partinya sendiri.

Mengapa TS Khalid tidak belajar semua ini?  Mengapa dia merasakan dia wajar jadi MB Selangor yang tidak direstui oleh partinya sendiri?  Mengapa tidak belajar dengan kisah Dr Rani ataupun Husam Musa?  Husam Musa lucut jawatan Exco sedangkan beliau orang kanan kepada MB Kelantan di era Tok Guru Nik Aziz.  Tetapi tidak salah MB Kelantan sekarang tidak meneruskan Husam sebagai Exco, dan Husam pun tidak keras kepala mendakwa dia seorang yang hebat.  Bukan sedikit yang menyokong Husam di Kelantan.  Namun, Husam seorang yang berdisiplin terhadap jemaah.  Tidak kepada TS Khalid.

Aku mulai merasa sangsi atas keperibadian dan disiplin TS Khalid.  Apakah selama ini aku silap menyokongnya? 


33 ulasan:

  1. wala' tu bro...hanya terpakai pada PAS sahaja.

    utk parti lain... bagi PAS halal belake... siap sokong tuh..

    akhlak dan disiplin pimpinan PAS.... nak suruh ahli2 ikut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak paham baik diam

      Padam
    2. Kalaulah MT UMNO memutuskan Rosmah harus dilantik menjadi Ketua Menteri atau MB....fuyoooo....kroni giler

      Padam
    3. 11:38
      dah 40 tahun saya dalam PAS. Faham benar. Sebab tu tak boleh diam

      Padam
  2. Sampaikan pesan kitorang yang tak jadi ahli parti mana2 tapi penyokong PR. Kitorang dah bosan dengan kemelut pertukaran MB selangor ni. Kalau DUN bubar kitorang pakat nak boikot pilihanraya. Kalau saya jadi TSKI pun saya melawan sebab diburuk-burukkan oleh ahli parti sendiri. Tak berhemah langsung cara nak jatuh orang dah jadi macam puak yang satu lagi tu tapi sekurang-kurangnye dorang takde plak nak jatuhkan maruah org bagi seluruh alam tahu. Satu lagi pesan gua bagi tau org2 yang berangan nak jadi MB tu muhasabah diri banyak2. Tak semestinya kitorang rakyat selangor boleh terima walau pun bini DSAI ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang macam ko inilah yang membantu BN mengekalkan kuasa. Sekarang tanggunglah sendiri semua kenaikan harga barangan keperluan. Bukan TSKI sahaja yang boleh mentadbir Selangor. Orang Melayu memang macam ko ni. Minda cetek. Boleh terima bangsa lain menjadi ketua tetapi tidak bangsa sendiri. Macam orang UMNO aje......

      Padam
    2. YES!!!
      Thumb up. Tuan.
      Saya setuju sangat...
      TSKI up fund Selangor sampai berdigit2, tak cukup tu, siap lempar gaji sendiri masuk fund. YANG DEME2 TUSEDAP2 JE NAK BELANDA!

      APA SALAH TSKI DISISI UNDANG2?

      Padam
    3. Encik takde nama yang balas comment pukul 8:43 PG tu kenapa ulasan awak lari dari topik ye. Kalau tukar MB selangor boleh turun harga barang ke? Minda ko tu yang cetek dan racist dan mentaliti macam UMNO. Asal kita nak tegur jer mesti kata kitorang UMNO. Patutlah PR tak dapat take over Putrajaya, sebab penyokong taksub & yes man macam ko ni.... By the way cukup-cukuplah aku jadi yes man macam ko ni, undi bini DSAI masa langkah kajang tu walaupun masa tu aku tak nampak macam mana langkah kajang tu boleh bagi PR melangkah ke Putrajaya. No more yes man for me. Dah terbukti langkah kajang tu ke longkang dan memecah belahkan. Ko janagn anggap kau sokong boss PKR membabi buta ko tu penyokong elit dan orang macam aku ni tak boleh pakai dan layak sokong UMNO je. Semoga Allah bagi ko kekuatan untuk keluar dari minda mengampu bos dan tak berani bersuara.

      Padam
    4. Alhamdulillah 9.13 diatas. Selamat kembali ke dunia nyata. Tinggalkan penjilat2 Anwar otak beku tu..........

      Padam
    5. Woi macai bn-umno....telor sebelah pon kiri ko tu nk pecah....cukup2 la nk jadi batu api....memang specis syaitan la korang ni mcm tun ko ckp

      Padam
  3. Aku tak nampak pun mana silapnya mb selangor yang sekarang ni. Tuduhan2 yang aku baca macam sengaja diada-adakan dan timing pun macam taik jer. Kalau kat tempat kerja pun bila orang ada salah laku majikan kena tegur atau amek tindakan dalam masa yang terdekat. kalau tak ertinya majikan tu bak kata omputeh is condoning the act & kalau dia buat salah laku yang lain pada masa akan datang dah takleh ungkit2 salah laku yang sebelum tu. So dalam kes khalid ni seolah2 dulu apa dia buat betul jer suma. masa nak PRU lepas bukan main korang puji melangit prestasi dia. Bila dia lawan boss barulah apa yang dia buat dulu2 tu jadi salah laku. Aku rasa tertipu dengan PR ni. Sama je dengan UMNGOK. Aku dah tak respek kat suma pemimpin PKR terutamanya. Not even anwar & jijah. Menyampah to the highest degree pun ado

    BalasPadam
  4. lihatlah semasa pemerintahan syaidina Umar al khatab (kalu tak silap).....dipecatnya khalid al walid dari menjadi ketua tentera.....tak der pun khalid al walid memberontak....masih wala kpd pemimpin atasan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. xderplak umar pegi buat cerita kt org ramai khalid cam ni la...khlaid cam tu la....ni belum apa2 lagi angin dah bertiup...angin busuk plak tu....kemdian sekali character assassination plak....tu sifat siapa? US...kenapa US...sbb PKR sbnrnya ditaja oleh US

      Padam
  5. Assallammuallaikum, Tanpa Nama 7 Ogos 2014 8:53 PG
    Very well said

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin klu boleh panggil balik wartawan Peranchis tanya Anwar...is Azizah your wife?

      Padam
  6. Penyokong PR ramai kecewa..saya sendiri kecewa dengan hal ni..Anwar memang seorang KUKU BESI..tabiat die dalam UMNO berulang kembali...RESIGN ANWAR please for sake of Anything But UMNo (ABU) movement

    BalasPadam
  7. Stupid bickering malays. DAP rules ok

    BalasPadam
  8. PKR menggunakan strategi character assassination utk menyenyapkan bantahan

    BalasPadam
  9. Anwar dulu pun bila disuruh letak jawatan TPM pun sama gak...melalak ke hulu ke hilir satu Malaya...x igt? Melayu mudah lupa.

    BalasPadam
  10. Sepatutnya Anwar kena redholah jugalah setelah dipecat dari umno. Tapi dia melawan. Kenapa dia melawan. Kerana ada harga diri. Begitulah juga dengan Khalid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khalid tak meliwat mcm bos dia

      Padam
    2. Dulu ko kutuk si khalid gagap...sekarang ko gagap nk liwat khalid....dasar macai biawak umno

      Padam
  11. Blaaaa laaa RBA...

    BalasPadam
  12. Saifudin serang Khalid. ..Azmin serang Saifudin. ..Khalid serang Saifudin. .Nik Aziz backing Khalid. ..Guang Eng backing Jijah...cikgu Bard serang Rafizi...Tantawi kutuk Guan Eng...Guan Eng nk saman Tantawi...Mat Sabu sokong Jijah. ..tp Parti dia sokong Khalid. ..Fekah serang Saifudin...Hisham Rais hina Fekah...

    Macam keluarga 69 daaaa...

    Ini semua salah umno....kah kah kah

    BalasPadam
  13. Aku dulu dah bilang. Kebanyakan ahli PKR ni adalah hampas rejected dari umno. Mrk ni problematic dan buaya besaq belaka.
    Nah. Ni kita lihat skrg yg berlaku diSgor

    BalasPadam
  14. Kamu dah lupa bagaimana Anwar ketua bapak PKR kamu melawan semasa disuruh letak jawatan oleh Dr Mahathir?

    Dr Mahathir melakukan pemusnahan karektor - sekarang beliau lakukan kepada Khalid Ibrahim - nampaknya 2x5 dan 5x2 juga bepala bapak PKR tu.

    Rakyat jelak dan meluat dengan apa yang berlaku - kezaliman sedang berlaku keatas Khalid dan beliau perlu diberikan peluang membela diri.

    Apa kejadahnya surat tunjuk sebab perlu dijawab dalam masa 3 hari - menganianya namanya - biasa kelazimannya untuk keadilan 2 minggu.

    Kamu kena ingat Anwar bersalah dalam liwat 2 kecuali Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebaliknya - apakah kita kena sokong peliwat dalam hal ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...! Kpd para penyokong Parti Liwat sila ke Pulau Pinang utk daftar Parti Bogel disember ini...

      Padam
    2. kalau semua peringkat memikirkan apa kita dah buat....hancur luluh hati rakyat....kesatuan hancur lebur.... pada siapa lagi nak mengadu..renungkan kembali ... korbankan lah harapan 52% yang mengundi anda..habis semuanya..punah..punah

      Padam
    3. Masalah nya yg 52% tu semua kena tipu

      Padam
    4. Woi macai ketayap masam....bodoh punya gebg ug....dulu ko sanjung2...bila dh ber"vellfire" ko naik plak....cilaka punya geng spendar topa.....layak ko masuk reban ngan si din ayam.....ketayap ko x bleh pakai kt persidangan OIC atau PBB

      Padam
    5. Nenek ko kena liwat ngan saper?....ngan geng serban vellfire...?

      Padam
  15. Cara nak jatuhkan TS Khalid tidak beradab. Tidak adil dan guna cara samseng serta peras ugut. Dah tak sabar nak pegang kuasa.

    BalasPadam