RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 14 Januari 2016

SETUJU DENGAN DR MAZA, NAJIB MEMANG WAJAR DIPUJI


TERLEBIH dahulu, aku ucapkan "Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un" kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang kini masih berada di IJN kerana keuzuran, semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik secepat mungkin.  Tabik dan tahniah juga buat Najib Razak, satu-satunya PM yang bertuah di dunia ini yang telah mendapat belas ihsan dari seorang penderma Arab yang sudi memasukkan duit sebanyak RM 2.6 Bilion ke dalam akaunnya kerana memiliki jiwa yang murni, suci lagi bersih zahiriahnya atas kunjungan PM ke atas Hadi Awang di IJN.

Aku juga seperti ramai orang, termasuk Mufti Perlis Dr Maza yang memuji sifat Najib kerana datang menziarahi Hadi Awang.  Walaupun tidak sampai dan tergamak aku untuk menyamakan sifatnya dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang juga telah menunjukkan contoh dan teladan yang baik apabila Baginda menziarahi sesiapa sahaja yang didengarinya sedang sakit hatta orang Yahudi yang zalim terhadapnya sekalipun.  Bahkan, kematian Yahudi juga turut didatangi oleh Baginda atas dasar kemanusiaan.

Teringat aku sewaktu DS Anwar Ibrahim berada di dalam penjara akibat fitnah yang zalim, beliau diuji dengan ujian yang amat berat.  Di dalam kes fitnah Liwat 1, sewaktu beliau dipenjarakan beliau diuji dengan kematian bondanya.  Di dalam tempoh yang sama juga, Puteri Sulungnya, Nurul Izzah berkahwin dan beliau hanya hadir untuk menjadi Wali kepada Puteri kesayangannya itu.  Ujian amat berat waktu itu juga apabila pemergian rakan seperjuangannya semenjak dari ABIM dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor yang ketika itu adalah Presiden Pas telah menemui Maha Pencipta.  Manakala, di dalam kes Fitnah Liwat II pula, tidak kurang hebatnya apabila DS Anwar Ibrahim diuji dengan kehilangan bapanya pula.  Isteri tercinta, Kak Wan juga Presiden KEADILAN terpaksa bertarung tanpa suami di sisi bagi mengekalkan Kerusi Parlimen Permatang Pauh sewaktu suaminya, DS Anwar merengkok di dalam penjara.  

Amat hebat ujian waktu itu.  Kita semua tahu betapa sepanjang kempen di Permatang Pauh berbagai usaha telah dilakukan oleh musuh-musuh DS Anwar samada dari dalam mahupun dari luar untuk mempastikan Kak Wan kecundang di Permatang Pauh.  Ada sekumpulan ustaz yang bukan dari Umno berkumpul dan berdemontrasi untuk membantah calon dari KEADILAN itu.  "Fatwa" dikeluarkan 'Haram Sokong KEADILAN kerana Menolak Hudud".  Bayangkan, jika DS Anwar ada waktu itu sudah pastinya "fatwa" tersebut tidak wujud kerana mereka sedar "fatwa" yang dicipta itu hanyalah kerana dendam kesumat.  Alhamdulillah, tidak semua pimpinan Pas yang goyah dengan ujian keimanan mereka.  Mat sabu yang sewaktu itu masih lagi Timbalan Presiden Pas beserta "orang-orang"nya yang kebanyakannya kini telah bersama Parti Amanah, telah berkubu di kubu kuat Pas untuk menentukan kemenangan Kak Wan.  Alhamdulillah, tanpa suami disisi Kak Wan menang bergaya.

Jika sewaktu di dalam penjara di dalam kes Liwat I beliau kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, kali ini di dalam kes Fitnah Liwat II pula beliau kehilangan insan dan Murobbi yang amat dikasihinya, Mursyidul Am Pas, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Sewaktu usia Almarhum Tok Guru, selalu Almarhum sebut dan ulang bahawa wajib pertahankan DS Anwar kerana beliau telah dizalimi.  DS Anwar juga amat menghormati Almarhum sepertimana juga beliau amat menghormati Almarhum Ustaz Fadzil Noor.  Pakatan Rakyat nampak hebat, kuat dan kukuh kerana dua tokoh ini saling menghormati lebih-lebih lagi doa dari Almarhum Tok Guru banyak memperkuatkan Pakatan Rakyat walaupun waktu itu Dap masih lagi tidak bersetuju dengan Hudud dan Pas waktu itu tetap istiqomah dengan dasar Islamnya.  

Kasih sayang DS Anwar terhadap Almarhum Tok Guru mungkin lebih dari kasih sayangnya Najib kepada Hadi Awang.  Namun begitu, patut diberi pujian kepada Najib kerana sedikit sebanyak ada sifat-sifat mulia itu.  Begitu juga Tun Dr Mahathir, bapak segala konspirator.  Mahathir memang zalim terhadap DS Anwar dan sehingga kini beliau tidak pernah insaf dan memohon maaf kepada DS Anwar.  Walaupun demikian, sezalim-zalim Tun Dr Mahathir beliau juga seperti Najib kerana sudi datang menziarahi Arwah bapa DS Anwar sewaktu kematiannya.  Jika yang zalim seperti Tun Dr Mahathir dan Najib itu pun masih ringan kaki, amat malang sekali jika ada rakan apatah lagi seorang Ulamak yang tidak pernah hadir walau sesaat sewaktu kematian bapa DS Anwar, dan juga sewaktu DS Anwar sakit berada di Hospital baru-baru ini.

Itulah dunia politik.  Kadangkala kita tidak dapat membezakan mana satu Ulamak yang mewarisi perjuangan Nabi.   Satu ketika musuh yang kita anggap menjungjung Perlembagaan sekular dan kafir bahkan disebut "Toghut" itu kini adalah peneman kita.  Masa merubah segala-galanya.  Meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri.  Sudah sampai masanya kita masuk ke dalam tong najis untuk mencuci najis di dalamnya.  Najib bertuah bukan saja kerana mendapat derma, tetapi mampu mengatasi Tun Dr Mahathir di dalam kepakarannya memasang jerat.

3 ulasan:

  1. ada muslihat kot.samada ada ketam disebalik batu atau ada tahi di sebalik kuku atau ada pil di sebalik kuda .kah.kah.kah,.

    BalasPadam
  2. Ulamak pewaris nabi berani ke tolak hudud kalau konsesus PH setuju tolak hudud?

    BalasPadam
  3. tolak hudud beerti menolak hukum tersebut.Menangguhkan perlaksanaannya hingga kesuatu masa yg sesuai bukan beerti menolak hudud.Biar dapat putrajaya dulu,bila dah ada kuasa pusat dan sesudah ekonomi di pulihkan barulah boleh bercakap pasal hudud.Mulakan dgn memberi penerangan kpd rakyat tentang kebaikkan hudud melalui media dan sebagainya.Nak buat hudud ni bukan macam buat undang2 di sekolah.Kalau gagal nanti org kan tuduh hudud islam tak bagus sedangkan perlaksanaannya yg gagal.Jgn samakan dgn brunei yg berkuasa penuh.Undang2 syariah dikelantan yg ada pun tak dipakai sepenuhnya.Contohnya org berzina,cuba semak kat kelantan dah berapa ramai yg kena penjara atau sebat sedangkan undang2nya dibolehkan sebat sehimgga 6 sebatan dan penjara sehingga 6bulan.Tapi kenapa dok asyik nak pinda untuk hukum lebih sebatan dan lebih penjara sedangkan yg ada pun tak dibuat.Jawabnya senang je..kalau denda dapat income....Hudud ni sebenarnya mainan pas untuk menarik org ramai membenci DAP sampai lupa Gerakan yg membawa kes hudud ni di mahkamah.PAS pun tahu benda ni tak boleh buat lagi tapi saja dijadikan isu untuk kepantingan politiknya.

    BalasPadam