RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 2 November 2016

PERLUKAH EZAM DISEKAT UNTUK BERSAMA MELAWAN REJIM NAJIB?



EZAM Mohd Noor kini bukan lagi ahli Umno dan Bn.  Beliau secara sah telah menyertai PPBM atau aku lebih suka menyebut sebagai "Bersatu".  Ertinya, beliau kini adalah musuh Najib, Umno dan Bn.  Musuh Ezam sekarang adalah musuh kita juga.  Sepertimana kita mahu Najib, Umno/Bn tumbang seberapa segera, begitulah juga Ezam, begitulah juga kehendak Parti Bersatu.

Aku sebenarnya merasa bersyukur kerana Ezam tidak memohon untuk menyertai Keadilan.  Aku tahu tidak semudah itu untuk Keadilan menerima Ezam kembali.  Ramai warga Keadilan masih terluka dan terasa hati dengan gelagat Ezam sewaktu beliau meninggalkan Keadilan, apatah lagi apabila beliau 'mengganas' menyerang Anwar dan keluarganya selepas itu sehingga serangan beliau itu terlalu peribadi dan lebih berbisa dari serangan Tun Mahathir sendiri.  Siapa dari warga Keadilan yang sudah lupa dalang fitnah Liwat 2?  Kita semua tahu siapa yang bertemu Saiful sebelum babak fitnah ini bermula.  Ezam tidak boleh menafikan penglibatannya.  Oleh itu, tidak pelik jika kami dari Keadilan terlalu sukar untuk menerima Ezam jika Ezam mahu kembali bersama Keadilan.  Nasibnya baik, Ezam tidak memohon untuk menyertai Keadilan, seperti juga Tun Mahathir atau Muhyidin.

Apakah atas alasan di atas, maka sudah berakhir dunia ini buat Ezam?  Apakah Ezam tidak berhak untuk memperbetulkan jalannya?  Apakah kita rela melihat Ezam berterusan menyokong rejim zalim dan penfitnah terbesar itu?  Salahkah Ezam untuk bersama Tun Mahathir dan Muhyidin beserta rakan-rakan bekas Umno yang lain menebus dosanya dengan menghunus keris untuk menentukan hayat Najib, Umno/Bn berkubur seberapa segera?

Kita telah menerima Tun Mahathir dan Muhyidin di dalam saf perjuangan kita walaupun berbeza parti.  Apakah Tun Mahathir dan Muhyidin tidak berdosa kepada kita sebagai rakyat, lebih-lebih lagi kepada Anwar dan keluarganya?  Jika kita boleh berlapang dada menerima Tun Mahathir dan Muhyidin bersama Bersatu untuk kita mara ke medan perjuangan, mengapa harus kita kecualikan Ezam?  Tidak adakah sedikit ruang untuk kita memberi peluang kepada Ezam agar beliau boleh buktikan bahawa beliau kini adalah Ezam yang sebenarnya, Ezam yang dulunya anak didik Anwar.  Ikutkan hati dan perasaan, memang kita mahu Ezam musnah dengan kesilapannya yang lalu.  Tapi kita diajar oleh Anwar, kita bukan pejuang yang pendendam. 

Biarlah Ezam berjuang di dalam Bersatu.  Aku yakin satu hari nanti Ezam akan lakukan seperti Tun Mahathir dan Muhyidin lakukan iaitu bertemu Anwar dan sama-sama hulurkan tangan.  Walaupun Anwar tidak pernah menuntut itu semua, tapi Anwar tidak pernah lari dari menyambut salam dari tangan-tangan insan yang pernah menyiksanya.  Itulah Anwar dan tidak ramai yang boleh jadi seperti Anwar, jauh sekali kita. 

 

 

4 ulasan:

  1. Skrg bukan masalah parti.
    Kena fikir masalah rakyat.
    Rakyat hadapi biawak hidup yg rakus mencuri dan melahap duit rakyat.
    Biawak hidup ni selagi di diatas..dia akan buat apa yg diasuka tanpa memikirkan masalah rakyat. Lihatlah...rakyat disuruh berjimat...tapi dia anak beranak boleh berjoli guna flight kerajaan utk peribadi mereka sendiri.
    Rakyat dikenakan berbagai cukai
    Budget utama utk kementerian dipotong.
    Tapi..hadil cukai sebahagiannya dikatakan akan digunakan utk langsaikan hutang berbillion ringgit hasil kerja biawak hidup ini.
    Projek dibuat senyap2..tak mahu bgtau rakyat..bila tanya lebih diugut dan ditangkap...tapi bila ada masalah rakyat yg kena tanggung bebannnya.
    Biawak hidup yg berak...rakyat yg kena taiknya.
    Biawak hidup senang lenang berjoli dgn anak beranak..sedangkan rakyat..diperah keringatnya.

    So..kalau Ezan satu matlamat dgn ini..maka ..tiada salahnya. Ketana nasib rakyat patut diutamakan



    BalasPadam
  2. Alah din patin apa masalahnya dgn si ezam ni? Dalam PAN dan PKR macam2 ado! LGBT ado! Sekular ado! Umno tak laku ado! Maha firaun ado! Komunism ado! Zionism pun ado! Apalah sangat dgn si ezam ni ?

    BalasPadam
  3. Masalahnya rakyat dh tak nak dgn penyamun...perompak...penindas...pembunuh.

    BalasPadam
  4. JIMAH tu mesti di buang. Tendang aje le keluar. Macamana dia buat kat Pak Lah.
    Hampa dlm Umno-BN kena bersatu buang si biawak hidup JIMAH tu. Biawak hidup tu bawa penyakit...nnt rosak hampa semua kena penyakitnya.
    Jgn kerana dua ekoq biawak hidup tu..Umbo-BN hancur. Bukan setakad rakyat Msia yg kena penyakit nya...tapi..penyakitnya dah merebak keseluruh dunia.

    Bahaya..memalukan.

    Jgn kerana nila setitik...satu belanga tercemar.

    Hampa selalu sebut.."Parti itu lebih penting dpd individu"

    SEKARANG BUKTIKAN

    JANAGN DH HANCUR PUNAH-RANAH BARU NAK TERGADAH

    BalasPadam