RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 31 Januari 2017

MUFTI P.PINANG PUN JADI MANGSA FITNAH LEBAI !!

Mufti P.Pinang jawab tuduhan PAS kononnya proses fatwa ada campurtangan politik

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Harapan tidak pernah mencampuri urusan berkaitan fatwa di Pulau Pinang.

Mufti Negeri, Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memberi ulasan itu sebagai menjawab tuduhan Pesuruhajaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof yang menuduh semua fatwa terpaksa mendapatkan persetujuan exco kerajaan negeri sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Wan Salim, fatwa Pulau Pinang yang dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri hanya untuk tujuan “pemberitahuan”, sebelum ia dihantar ke pejabat penasihat undang-undang negeri untuk diperbaiki susunan ayatnya.

“Ia hanya untuk makluman sahaja. Setakat ini, belum pernah exco menghalang pewartaan fatwa.

“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim, dipetik dari berita atas talian Free Malaysia Today (FMT) pada hari ini.

Semalam, PAS dilaporkan menuduh Kerajaan Pulau Pinang yang terajui Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencampuri proses penfatwaan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut undang-undang negeri, Muhammad Fauzi berkata, jawatankuasa boleh mengeluarkan fatwa yang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk diperkenankan, sebelum diwartakan sebagai fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.

Namun, kata Muhammad Fauzi lagi, campur tangan kerajaan DAP-PKR itu adalah bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen, yang menyatakan semua fatwa yang dikeluarkan di Pulau Pinang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk dipertimbangkan.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja, seperti Pulau Pinang.

22 ulasan:

  1. Aku dah semakin benci dgn perangai puok2 pigs dan team istiqomah memfitnah sampai kiamat..kenyang makan dedak 90juta..dasar lebai bangsat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kaki fitnah kau. Tolong tunjuk bukti 90juta tu. Itupun kalu ada lahhh. Haaaaa... Memang dasar pan pemakan dedak kaki fitnah apa nak heran.

      Padam
    2. Kalau PAS benar, kenapa tak saman Sarawak Report?

      Padam
    3. SR dah kata itu hanya hearsay dari pembangkang maknanya mmg tak ada bukti.
      Kita tunggu husam punya bukti kalau ada atas dakwaan pasal affin bank. Jangan jadi macam kes arwah tgna akan masuk pan jika masih hidup sudah la..

      Padam
    4. Mungkin masa yang sesuai PAS saman Husam sekarang jangan sekadar gempak jer. Jangan sembang sahaja macam kes saman SR sampai sekarang masih tak ada saman pun. Sekarang PAS sudah ada Husam untuk disaman, hayuh tunjukkan kejantanan pemimpin PAS jangan macam isu 'Husam Lari' tapi bila ' Husam Mari' terkencing pemimpin PAS.....hahahaha

      Padam
  2. dasat sungguh lebai pozi kaki fitnah rupanya.

    BalasPadam
  3. Kekdg aku tgk muka naib presiden ulamak tu pun mcm takde NUR je.. lain dgn wajah TGNA.. walau pun di dlm gambar.. apa2 aktiviti arwahnya.. kita tetap nak tgk wajahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya husam masih boleh tengok wajah arwah sampai 15 kali woohh..

      Padam
  4. Lobai pembolit.
    Samo panjang ajo dongan lobai2 dikepalo yg membolit kepalo weeeiii..!!

    BalasPadam
  5. Yang memekak dalam blog ni kalau bukan orang penang diam jela... kau tak duduk penang tak tau apa jadi secara sebenarnya nak memekak lebih. Sikit2 rm90 juta tu kau nak memekak, takde benda lain ke? Mana bukti kau tu rasuah? Cakap macam takde otak. Sel2 otak tak berhubung ke? Selama bertahun kerajaan kelantan dinafikan hak royalti minyak oleh mahathir, ni dah dapat sikit duit yang patutnya memang hak dia ,korang kata tu dedak. Apa sengkek sangat pemikiran korang ni? Orang bagi salah, katanya dedak. Orang tak bagi pun salah, katanya menzalimi hak orang lain. Bodoh punya makhluk. Makanla dedak dap yang jahil islam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam 6:49...

      saya oarang penang dan tinggal di penang, saya rasa tak dak masalah apa pun kat penang ni untuk mengamalkan ajaran islam......boleh tak tuan terangkan apa yang terjadi sebenarnya di penang ni.....azan diharamkan ka? nak mengamalkan ajaran islam tak boleh ka?....

      Padam
    2. Hang orang penang ka..awat terasa..hang makan dedak 90juta ka

      Padam
    3. Sejak berkawan dgn amno, pas pun dah kuat buat fitnah juga. Bagus sangat la tu ye...

      Padam
    4. Rakyat sekarang dah buka mata macam mana pan ni punya taat pada dap. Jangan disentuh sikit nanti melenting orang pan. Itu sebab kenapa orang ramai dah faham bahwa Pas keluar dari ph krn tak mahu jadi kerbau cucuk hidung oleh dap. Berbeza dgn pan yang jadi pemakan dedak peram yg setia pd dap.

      Padam
    5. Itu ajer la zikir engkau..dap..cina..yg dlm bn..mca..gerakan tu parti apa..melayu bugis ke

      Padam
  6. dedak oh dedak...
    kerna kau walaunta dah melalak..

    BalasPadam
  7. pas nak islam khawarij dan syiah.

    suka hukum dan laebl org lain kafir.

    pas hadi cuba berbaik dgn najib utk menghalalkan tindakan jahat mereka.

    syiah sedang menunggu hadi mendapat sedikit kuasa utk menyebar.

    pas akan menghancurkan Negara dan umat.

    suka tk suka terima lah kenyataan ini.

    kenapa mesti taksub dgn pas hadi. beragama mengikut nabi saw dan sahabat dan bukan ikut hadi.
    penang dah ada exco agama dan mufti org islam, bukan org kafir yg pegang jawatan tu.

    kerana kebencian pas kpd dap dan atas sekongkol dgn umno maka serangan bertubi2 dituju kpd islam di penang.

    yg diserang bukan dap tetapi institusi islam dipenang itu sendri. begitu jahat pas menyerang org dan penguasa islam di penang.

    kenapa tk serang institusi islam negeri2 umno? mereka tu dah syumul sgt ke islam nya?

    pas semakin hari semakin jahat dn khawarij. klu pas suka nk perang pergilah bantu umat islam rohingya dan Syria. tp asshahid ust lotfi dipecat pula dari pas setelah beliau syahid bantu umat islam Syria.

    kat Malaysia pas nk tunjuk sgt islam menyerang kerajaan dap tapi yg mangsa adalah pegawai2 agama islam penang.

    pas janji nk nasihat najib. sampai hari ini apa nasihat yg telah diberi, kelihatannya semakin klepet org tua tu.

    kalau penang tk betul, kenapa tkde niat nk jadi penasihat penang?

    atau imam pas itu yg beragenda syiah utk memusnahkan parti islam semalaysia yg elok sebelum ini .. dan memberi laluan umno merampas Kelantan.

    Kelantan byk hasil bumi yg meleleh airliur kawan imam pas itu utk merampasnya. sudah tentu penasihat 25% juga meleleh airliur basi.

    BalasPadam
  8. Betullah...semakin lama semakin benci pulak dgn partai yg menjenamakan dirinya Islam itu. Sayang 1000 X sayang, tercemar nama agama agung ini, terpalit nama agama yg syumul ini dek petualang2 yg menggunakan agama demi agenda diri. Kesian wala'untas dan wala keldais yg terfana, yg tertipu disebalik serban besor dan jubah mengelebar menyapu laman, menyokong membuta tuli, mengkhinzir buta, kerana jahil akan kebenaran sebenarnya.

    BalasPadam
  9. Kenapa ya? SY SENDIRI pun makin menjauhkan diri dgn PAS ni... kata politik matang tp xde pun dgr mana2 pemimpin memperjuangkan nasib rakyat negara ni... mcm yg dibuat kerajaan seperti mendpt sokongan olak dr PAS kecuali TITM.. timb. Tak tau lah kenapa..

    BalasPadam
  10. Salam' saya Delfiyanti. Kebetulan saya disini Cuma mau Berbagi saran' Bagi Teman-teman yang lagi ada masalah.Faktor Ekonomi atupun Masalah Hutang piutang. yang sedang jadi beban pikiran dan sulit untuk di selesaikan Silakan Hubungi Nmr ini.
    (082 344 445 588) atas nama Mbah Jonoseuh. Silahkan minta bantuan Sama Mbah dan sampaikan keluhkesah anda sama Beliau. Karna Bantuan Mbah Jonoseuh sudah saya buktikan sendiri Selamah ini..
    Dan Untuk Bantuan yg Biasa Mbah jonoseuh berikan Yaitu

    ANGKA TOGEL
    PESUGIHAN
    DANA GHAIB..
    Dan masih banyak Bantuan yg lainnya.
    Terimah kasih silaka anda coba Dan Membuktikan sendirih..!!!

    BalasPadam
  11. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWV2lZaDBldU5Mem8/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:



    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: 1. "Surat Terbuka Kepada PM' dan 2. "Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan".

    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan



    BalasPadam