RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 3 Ogos 2017

MUSUH-MUSUH ANWAR DULU KINI BERSATU MENENTANG KLPTOKRASI, EZAM SOKONG MAHATHIR-ANWAR

 
Oleh: Mohamad Ezam Mohd Nor

DR Mahathir dan Anwar. Kedua-duanya adalah idola saya. Kedua-duanya juga pernah saya lawan. Mereka adalah dua tokoh politik yang saya kagumi sejak hari pertama saya kenal apa itu politik dan perjuangan.

1987, tahun saya tamat alam persekolahan. Kebetulan, juga tahun pertembungan besar dalam Umno. Team A vs Team B.

Ayahanda saya pada masa itu salah seorang daripada perwakilan Umno yang akan mengundi. Saya aktivis pelajar yang lumrahnya tidak suka Umno tetapi saya pastikan Abah pangkah Team A. Kebetulan hari mengundi yang jatuh pada 24 April juga hari lahir saya. Saya minta pada Abah, itulah 'my birthday wish'. Undi Team A kerana Dr Mahathir dan Anwar Team A.
 

1997, Dr Mahathir dan Anwar mula berseteru. Saya sudah menjadi setiausaha politik Anwar ketika itu. Saya terpaksa memilih antara dua idola. Saya pilih Anwar pada hari beliau tampil ke mahkamah dengan mata lebam pada September 1998. Saya merasakan kewajipan membela Anwar sehingga ketua saya itu bebas.

2007, saya terpaksa membuat satu lagi keputusan yang sukar. Saya terpaksa tinggalkan Anwar pula. Lebih rumit dan sukar berbanding keputusan meninggalkan Dr Mahathir 10 tahun sebelum itu. Ceritanya panjang dan bersiur.

2017, hari ini, kedua-dua idola yang pernah saya lawan dan tinggalkan ini bersatu dan bertaut kembali. Awalnya sukar buat saya untuk menyatakan sikap walaupun mereka idola saya, perjalanan hidup politik saya sukar bersama mereka. Dua kali saya dimasukkan ke penjara semasa melawan Dr Mahathir manakala Anwar pula saya terpaksa berlawan dengannya setelah saya sendiri masuk ke penjara untuk membebaskannya.

Tetapi itu perjalanan politik saya yang tidak penting. Apa yang jauh lebih penting adalah perjalanan negara ini sebagai sebuah bangsa merdeka dan bermaruah. Perjalanan politik saya sukar tetapi apa yang lebih sukar adalah perjalanan hidup negara ini.

Malaysia hari ini dalam keadaan paling sukar sejak merdeka. Rakyat Malaysia terutama rakyat biasa berada di dalam keadaan paling getir.

Justeru, saya bersyukur melihat dua idola dan tokoh besar bangsa ini bersatu demi rakyat dan negara. Kerana itulah yang negara dan rakyat ini perlukan di saat getir ini - pengorbanan dan jiwa besar pemimpin mereka.

Saya lebih bersyukur melihat kenyataan Anwar yang mendokong Dr Mahathir mengepalai misi menjatuhkan rejim rasuah dan kleptokrasi Najib Razak. Anwar membuat keputusan ini dalam keadaan beliau masih di penjara. Saya pernah di penjara, saya faham makna seksa penjara. Semua keputusan adalah sukar, apatah lagi keputusan besar seperti ini.

Faktor Azmin

Kalau Dr Mahathir dan Anwar adalah idola saya di dalam politik, Azmin pula adalah seorang sahabat. Mungkin sahabat yang paling akrab di dalam perjalanan politik saya. Kami berjuang bersama, susah bersama. Ke jalan bersama, ke lokap juga bersama.

Azmin jauh lebih rapat dengan Dr Mahathir dan Anwar berbanding saya. Dan rapatnya hubungan Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka perdana menteri dan timbalan perdana menteri, antaranya adalah kerana faktor Azmin selain faktor Dr Mahathir dan Anwar sendiri serta isteri dan keluarga mereka.

Peranan Azmin besar dalam “mengamankan” lorong antara pejabat nombor 1 dan pejabat nombor 2 negara di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu.

Tetapi, apabila mereka bertembung Azmin jugalah yang mengalami kesan paling parah. Walaupun saya dan keluarga derita di saat getir pertembungan itu, tetapi derita Azmin dan keluarganya jauh lebih berat dan mencabar. Tentunya yang paling berat deritanya adalah Anwar dan keluarganya sendiri.

Jadi, apabila Dr Mahathir dan Anwar bertemu kembali selepas pertembungan getir bertahun lamanya itu, saya mencari Azmin walaupun kami juga bertembung sejak 10 tahun yang lalu. Azmin tetap pilihan pertama saya kerana saya yakin selain Dr Mahathir dan Anwar sendiri, Azmin adalah orang yang mempunyai jawapan paling jelas terhadap semua peristiwa itu.

Telahan saya benar. Azmin bukan sahaja tahu malah dialah arkiteknya. Beliau sanggup mengenepikan pengalaman getir sebelum ini demi rakyat dan negara. Malah Azmin mempunyai 'roadmap' yang jelas menuju kemuncak perjuangan reformasi dengan gabungan Dr Mahathir dan Anwar.

Azmin menyakinkan saya. Walaupun saya pernah tidak bersetuju dengannya tetapi saya akui beliau seorang ahli politik yang pintar, berkeupayaan luar biasa di dalam perancangan dan pelaksanaan (planning and execution) serta sabar - satu elemen penting bagi pemimpin di zaman edan hari ini.
Dan dua faktor paling penting dan strategik yang ada pada Azmin ialah

i. Pengalaman puluhan tahun bersama Dr Mahathir dan Anwar yang tidak ada pada pemimpin lain.
ii. Kedudukan beliau hari ini sebagai pemimpin utama parti selepas presiden dan menteri besar kepada sebuah negeri yang gagah dan berjaya.

Game is over for BN but...

Penyatuan Dr Mahathir - Anwar seharusnya menjadi berita paling baik bagi rakyat dan berita paling buruk bagi penghisap darah yang semakin rakus menyamun harta rakyat. "Game over" untuk Najib, Umno and Barisan Nasional (BN). Saya tahu kerana baru lebih setahun lalu saya bersama mereka dalam kedudukan yang amat strategik untuk mengetahui apa yang ada di dalam kem Najib itu sendiri sehingga ke hari ini.

"It's game over for Umno-BN. It's in the hand of the opposition now but it's only the opposition themselves to lose it". Inilah maudu' utama tulisan saya ini. Hati-hati dengan musuh di dalam diri kita sendiri. Perasaan iri sesama pejuang, saling tidak percaya, saling adu domba dan menjatuhkan sesama sendiri. Ini yang akan menggagalkan kita, bukan BN kerana BN sendiri sudah gagal.

Maka, garapkan semua kekuatan yang ada dan buang elemen yang merosakkan. Manfaatkan gabungan Dr Mahathir - Anwar, beri kepercayaan kepada Azmin atas faktor strategik yang beliau miliki pada momen ini dan tentunya elemen lain pada tokoh lain yang semuanya perlu digarap dalam mencapai misi menjatuhkan rejim korup kleptokrasi ini.

Sikap 'humility', tawaduk, tahu diri, perlu dipertahankan dalam diri setiap pejuang di saat kejayaan semakin hampir. 'Humility' adalah perkataan paling kerap daripada Anwar sejak saya kenal beliau.
Di saat ini, perlu diperbanyakkan peringatan ini kerana di saat sokongan dan populariti memuncak, semakin hilang dan pudar 'humility'. Kita menjadi terlalu yakin sehingga perkataan dan tindakan kita menghampiri sikap bongkak, memperlekeh jasa dan peranan orang lain, memasang agenda sendiri yang akhirnya akan merosakkan agenda besar perjuangan.

Ingatlah, sehebat mana pun ledakan sokongan ketika ini, hakikatnya setelah hampir 20 tahun perjuangan reformasi dimulakan, langkahnya belum pernah sampai ke Putrajaya. Pastinya ada langkah yang sumbang sebelum ini. Perhalusi langkah itu dan langkah ke depan dengan jiwa penuh 'humility' bukan dengan rasa gah dan obsesi jawatan dan kedudukan.

Tentunya nukilan amat sederhana daripada saya ini mengundang pelbagai reaksi. Tidak mengapa, saya sudah lali dengan kecaman.

Saya tidak berparti dan tidak mempunai kepentingan politik. Saya hanya mahu melihat perjalanan panjang ini sampai ke destinasinya kali ini.

Negara semakin nazak. Rakyat menderita kepayahan hidup saban hari. Misi ini tidak boleh gagal. Gagal bukan lagi satu pilihan. Demi rakyat dan negara tercinta.

* Mohamad Ezam Mohd Nor adalah bekas tahanan ISA dan OSA 2001 dan 2003.
Sumber: http://detikoffline.blogspot.my/…/mahathir-anwar-dan-faktor…

26 ulasan:

  1. Aku tunggu komen bodoh dari Wan Rosli yang tegar membela ularmak lidah bewok tu.

    BalasPadam
  2. Kepala Perompak Negara @ MahaKUTTY adalah rakan seperjuangan KETUM yang terbaru!! Muahahahha!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tugas penasihat kpd ketua prompak bukan tugas mudah. Jadi dedak 90j itu adalah imbuhan yg memadai....

      Padam
    2. Seronok bermain dg fitnah nampak.. husam pun dah terkedu dgn akaun affinnya..

      Padam
  3. Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

    BalasPadam
  4. Muahahahaha...kenyang lobai dpt pelingkup duit saham kohilal. Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bukti ok kalau tak de fitnah je lah tu..

      Padam
  5. Tengok janggut nampok mcm alim. Rupanya jenis tak bole nampok tanah kosong. Tanah cina kafir pom dia rembat buat bangunan. Buat niaga cari duit bagi makang anok bini. Dpt lebih lobai bole tambah bini no 3. Muahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  6. Wan...
    Wak kartolo dari indon dapat kumpul fulus 230 juta. Lobai sapu duit potongan gaji cikgu 14 jota. Burrrrrrrrpp kenyang. Muahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  7. Banyak2 tabung, tabung mangsa mamali jugak yang demo sapu...demo beli ggapo? Beli beras ko?? Muahahahaha kan wan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  8. Wan...jo lo niaga guna air lior bole kumpul bilion2, bole beli berlian besar bagi hadiah. Demo suruh jaga ladang rakyat pun bole lingkup....demo kene jumpa jolo tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muahahahaha

      Padam
    2. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  9. Wan ramli oii..siam tanam durian buat kajian makan bertahun. Pok lobai musang bejanggut kat uganda tanam durian tok payah kaji2. Ambik bijik durian tanam terus dlm hutan. Buah dia besar saiz bola. Sebolan bole kumpul 90 jota..muahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  10. Lobai jual balak untung bosar. Nak untung lagi bosar, jual balak lagi banyak la kan wan....muahahajaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  11. Atas usaha parti lobailah zimbabwe skarang mempunyai rangkaian lebuh raya terbaik, tercanggih dan termoden di donia. Tak sia2 parti lobai memerintah lebih 20 tahun. Jalan dah tak jem. Kan wan?

    Muahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahligai seni4 Ogos 2017 10:53 PG
      Ketawalah (muahahahha...)sepuas-puasnya saudara, SEMENTARA KESEMPATAN MASIH ADA. Ketawalah lagi, ya. Silakan.

      Padam
  12. BADUT-BADUT NEGARA

    BalasPadam
  13. 31 ogos 2017 hari bayar hutang.

    Tanggal 31,
    Bulan 8 17
    Bayar hutang, bayar hutang
    Marilah bayar hutang

    BalasPadam
  14. Ooo...mamat ni ke?
    Org panggil apa?

    RAJA KATAK

    atau

    RAJA KOTAK

    BalasPadam
  15. Karangan spm yg baik, Ezam.... tapi ko lalang... sedap ikut arah angin. Mmg mahathir & anwar dah buka pintu utk runding dan lingkupkan jibby, tapi kau dgn zahid budak sg udang tu layak utk jadi selak pintu ajer!

    BalasPadam