TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

RADIO KOBAT FM

Isnin, 22 Julai 2019

TOLONG BERI LAGI MASA KEPADA KPN UNTUK SIASAT SIAPA INDIVIDU BERSAMA HAZIQ

Saya telah membaca kenyataan media Presiden KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menggambarkan KEADILAN 'lega' apabila pihak PDRM mengesahkan bahawa 'tiada pertunjuk orang yang dikaitkan' dengan video jijik Sandakan berpandukan kepada ujikaji oleh Cybersecurity.

KEADILAN merasa 'lega' kerana mengikut kata PDRM, Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azin Ali tidak dapat disahkan berada bersama Haziq walaupun Haziq berulangkali mengaku ada bersamanya di bilik hotel tersebut. KPN juga menyatakan video itu 'tulen' selari juga dengan laporan yang didedahkan oleh Lokman Adam yang juga menghantar video berkenaan untuk diuji di Indonesia. Ini memperkuatkan hujah bahawa video itu memang tulen, bukan diedit atau direka cipta. Bezanya, di Indonesia mengikut kata Lokman, ujikaji dibuat mengesahkan memang serupa pelaku di dalamnya iaitu Haziq dan Azmin. Saya tidak mahu percaya apa yang Lokman dedahkan kerana kita kenal Lokman Adam sebagaimana kita kenal Raja Petra.

Parti telah bertindak terhadap Haziq dengan memecat Ketua AMK Sentubung ini tetapi bukan kerana kesalahan aksi beliau dihotel Sandakan itu. Beliau telah dipecat kerana membuat tuduhan terbuka kepada Azmin tanpa bukti yang kukuh. Bagaimana pula dengan tuduhan dan pengakuan beliau bahawa Azmin bersamanya di dalam bilik tersebut? Saya merasakan parti telah melakukan yang sepatutnya iaitu pecat Haziq, satu hukuman paling maksima di dalam parti. Selebihnya, azmin perlu berfikir apakah perlu beliau lakukan terhadap Haziq yang sampai sekarang tetap mempertahankan bahawa beliau bersama Azmin. Itu hak Azmin.

Adakah kes ini telah selesai dengan kenyataan KPN dan laporan dari Cybersecurity ? Jawapannya tidak. Masih ada siasatan telah dan sedang dibuat oleh PDRM tetapi dilihat lebih menjurus kepada 'dalang' atau 'pengarah' drama "Semburit Sandakan". Untuk membenteras filem lucah yang dibikin di negara ini, Pengarah. Penerbit, Krew dan pelakun-pelakunnya wajib dikenakan tindakan. Kita tidak serius jika kita hanya tumpu mencari 'dalang' tetapi kita tidak fokus dan berusaha mengesan pelakunnya. Kerja pihak PDRM sepatutnya lebih mudah kerana salah seorang pelakunnya telah mengaku. Jika salah seorang perompak atau perogol telah mengaku, lazimnya siasatan kes rompakan dan rogol untuk mengesan yang lain-lainnya lebih mudah dibuat.

Terlalu banyak kes jenayah yang telah berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM hasil bantuan video atau CCTV. D dalam kes ini, orang yang merakam perbuatan songsang tersebut sememangnya salah samada diupah atau tidak, tetapi yang melakukan perbuatan songsang ini lebih besar kesalahannya. Justeru itu, KPN tidak boleh menganggap isu ini remeh dan membuang masa PDRM. Masa tidak akan terbuang jika kita cekap dan profesional. Inilah ujian besar buat KPN baru yang diharapkan oleh rakyat untuk mereformasikan PDRM.

PDRM harus diberi sedikit sahaja masa untuk mencari dalang dan pelakunya. Kita berharap PDRM kita tidak ditertawakan oleh dunia luar akibat kegagalan menyelesaikan isu ini.

4 ulasan:

  1. Entahlah. Ingatkan mengubah undi dulu boleh mengubah keadaan. Rupanya lebih teruk, lebih ganas dan lebih twrkutuk. Tak taulah nak undi siapa pulak dlm pru15 nanti. Mungkin kena buat parti baru, Parti Buruh. Muak la

    BalasPadam
  2. Politik ni kotor. Kata imam surau Aku yg tak minat politik. Tak kira ape pun Yg diperjuangkan. Tetap kotor. Bila kita baca cerita2 mcm ni. Memang patut pun. Memang tepat. Tapi bagi Aku, lokman tU betul2 bodoh. Ape Yg Dia sebok Sampaj ke indon. Kalau Dia betul2 iklas. Lagi Elok Dia bawa video pembunuh Adik Nurin jaslin. Pembunuh tu Masih bebas Dan Mungkin akan buat lagi. Takkan Sampai kejadian tU akan berulang. Pahala dpt. Kalau berjaya. Dia lagi dipandang mulia oleh rakyat.

    BalasPadam
  3. Untungkan diri sendiri. RAKYAT DAPAT APA???

    BalasPadam
  4. Jika video tulin..pelaku tulin..sila berambus dari jadi pemimpin utk menjaga parti apatahlagi jadi pimpinan negara.

    Polis sahkan video anwar dulu pun tulin.
    Polis sahkan video haziq tulin.

    Hahahaha

    BalasPadam