RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 3 September 2019

BERDOSA BELI BARANG DARI ORANG KAFIR?

*Ini propaganda dari puak yang menjual agama*

" Beli barangan Muslim dapat pahala....!!!
Beli barangan kaafirun harbi dapat dosa...!!! 
DOSA KERANA MENINGGALKAN BARANGAN MUSLIM. DOSA KERANA KAFIRUN HARBI MUSUH MUSLIM...!!!
KORANG PILIH DOSA, TANGGUNG SENDIRI AZAB ALLAH..!! DAN MUNGKIN PARA MALAIKAT PUN MELAKNATI ORANG ISLAM YANG TAK MENOLONG PENIAGA MUSLIM..."


*PERSOALANNYA?*

Jika beli barang dari bukan Islam itu berdosa, bagaimana pula hukumnya membeli barang dari kedai orang Islam yang berurusan dengan pembekal orang kafir? Berapa ramai orang Islam yg jadi pembekal? Dan, kalau ada orang Islam yg jadi pembekal, mereka perolehi barang itu dari kilang milik orang kafir, bagaimana pula hukumnya? Berapa ramai orang Islam punyai kilang?

Kita guna smartphone atau komputer untuk viralkan propaganda boikot dan mengharamkan membeli barangan orang kafir, kita beli smartphone atau komputer itu dari kedai orang Islam kah? Orang Islamkah yg buat smartphone atau laptop tu? Akhbar Harakah pun tidak boleh lari dari subahat dengan orang kafir. Banyak pejabat lebai pun menyewa bangunan orang kapir. Ramai walaun hisap rokok, tentunya rokok itu buatan dari Mekah gamaknya.

Jangan persenda hukum. Membeli barang dari penjual orang Islam itu dituntut oleh Islam dan mendapat pahala jika nawaitu kita untuk mematuhi ajaran Islam ini. Tetapi jangan sampai semudah itu untuk menghukum berdosa atau haram membeli dengan orang kafir.

Kalau ada pekedai orang Islam jual barang tidak berkualiti atau jual dgn harga terlalu melampau, sedangkan ada pekedai bukan Islam yg menjual barang yg berkualiti dan lebih murah, sudah tentu Islam menganjurkan kita memilih barang yg baik dan elakkan dari tertipu dgn harga yang mahal. Dlm kes ini, berdosa jugakah kita membeli di kedai orang kafir? Islam tidak menyusahkan umatnya.

Hati-hati bermain hukum seolah-olah Islam itu sempit dan menyusahkan.

5 ulasan:

  1. Agak2 lepas ni akan ada saranan supaya anak2 melayu islam berhenti dari bekerja dengan syarikat2 dan kilang2 bukan islam ni? kalau lepas ni syarikat2 yang kena boikot ni mendapat kerugian dan disebabkan kerugian tu mula memberhentikan pekerja2 melayu dan islam , bagaimana pula? Adakah Tok guru Dusuki akan buka banyak kilang2 dan perniagaan2 yang akan mengambil pekerja2 melayu yang sudah berhenti kerja sebab tak nak kerja dengan non muslim dan diberhentikan kerja oleh syarikat2 non muslim yang dah kerugian akibat boikot ni? Sapa yang akan bertanggungjawab dan sapa yang akan mengambil tanggungjawab keatas kehilangan pekerjaan ramai melayu2 "islam" ni?

    PAS nak buat kutipan derma satu Malaysia ke? Rasanya tak kot sebab Harakah akhbar milik mereka pun tak mampu nak hidup dan sekarang ni pun banyak hutang sampai terpaksa tukar syarikta percetakan sebab tak mampu bayar hutang! Setiap tindakan akan menyebabkan tindakbalas (every action has an equal and opposite reaction)! Kenapalah melayu2 bodoh ni ikut saranan tok2 guru separuh masak lagi rendah IQ ni? Dusuki ni pun salah satu tok guru mereng yang suka buat adu domba dan fitnah serta doa laknat sesama Islam. Korang nak ikut saranan makhluk ni yang tak bagi Tun M melawat kubur Almarhum TG Nik Aziz atas sebab perbalahan politik? Apa lah bodohnya melayu ni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
  2. Belajar Usul Fiq dulu, baru buat komen.

    BalasPadam
  3. Tak pernah Jumpa la piston made in melayu... Kalau Volvo punya, Yg Ori dari Sweden, Mahlee name brand Dia. cap ayam Dari cina Dan Korea. Tak Tau brand ape Pasal aku tak pernah Beli. Engine takde piston tak bleh hidup... Hadoi, tension la... Ingat, islam tU mudah,, Tapi ade plak Yg buat benda Jadi berselirat...

    BalasPadam
  4. DIN beli toto jer lar....arini number lucky ape Din...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum nak tanya.Sekiranya seseorang ni nak berhijrah daripada kpop,kemudian ingin menjual barang kpop yang telah dibelinya.Apakah hukum menjual barang kpop tersebut??

    BalasPadam