RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 November 2019

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 08 NOV 2019 (JUMAAT) DI KERDAU


Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan " Dua Dekad Merakyatkan Reformasi" sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang akan diadakan.

Konvensyen pada tahun ini akan diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 06.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Para perwakilan/Pemerhati dari setiap Cabang diminta untuk mendaftar nama pada jam 05.00 petang di kaunter pendaftaran yang disediakan, Konvensyen kali ini juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mengikuti ucapan-ucapan dari pemidato yang terdiri dari berbagai golongan mewakili berbagai peringkat seperti anak muda, wanita, mewakili masyarakat sivil (warga felda/petani/nelayan) serta mewaili golongan akademik/profesional.

Pentas ucapan disediakan bagi golongan ini agar mereka dapat menyuarakan pandangan mahupun kritikan agar suara mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan inspirasi dan roh perjuangan Parti KEADILAN di mana parti ini tidak menyekat mana-mana suara atau kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

Tayangan video perjuangan akan diselangselikan dengan persembahan kesenian dari masyarakat tempatan serta menampilkan artis terkenal Yassin "reformasi". Turut berucap Pengarah Konvensyen Pahang, Sdr Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi MPN), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Konvensyen Pusat), YB Fuziah Salleh (Pengerusi MPN), YB Dato' Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN), Timbalan Presiden/Naib-Naib Presiden. Beberapa tokoh lama di dalam perjuangan khususnya di Negeri Pahang ini turut dijemput sebagai tetamu istimewa.


Kemuncak konvensyen nanti, Presiden KEADILAN akan menyampaikan amanat dan pidatonya yang sudah pasti akan merungkai berbagai perkara dan isu semasa untuk dijadikan panduan kepada seluruh ahli parti terutamanya.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang kali ini kerana ini adalah konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini setelah kita membentuk kerajaan di Persekutuan. Semoga konvensyen ini akan dapat menyuntik semangat kita bagi meneruskan usaha dan bakti kepada rakyat seterusnya berjaya mengambil alih pentadbiran di Negeri Pahang ini, InsyaAllah.



WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

1 ulasan:

  1. ISYARAT JELAS MAJORITY RAKYAT MENOLAK BTOTHER ANWAR BIN IBRAHIM SEBAGAI PM 8 - DR MAZZA

    Sebahagian warga didalam parti Pakatan Harapan menolak Anwar untuk diangkat sebagai PM ke 8. Manakala hampir seluruh warga didalam Barisan Nasional juga menolak Anwar.

    Mengingatkan kembali pada kisah silam Brother Anwar Bin Ibrahim mengadakan demontrasi kerana kononnya ada orang mati kelaparan dibaling. Dari situ namanya mula dijulang sebagai wira bangsa yang menyinar ketokohan seorang pemimpin dari matahati penduduk luar bandar.

    Itulah sebabnya Mat Sabun pernah kata kalau burung yang sedang terbang dengar anwar berucap, burung itu pun akan jatuh kebumi sebab terlalu asyik mendengarnya hingga terlupa nak mengibarkan sayap.

    Manakala rakyat pula masih belum menunjukkan isyarat jelas berkenaan perkara itu.

    Mengikut hitungan secara rambang maka nasihat Mufti Perlis ini boleh diambil kira oleh PM dalam proses meletakkan calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai PM.

    Ini kerana jelas majoriti tidak begitu bersetuju Anwar diangkat sebagai PM.

    Ikuti apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis tersebut didalam surat terbukanya kepada PM.

    Inilah hasil kerosakan PM ke 4 dalam sistem pemerintahan yang jauh menyimpang dari Islam bersengkongkol dengan Pluralisma Murtad, COMANGO toksik, LGBT, Syiah, Avenglista Komunis DAP, SIS,G25 liberalis dibawah anak perempuan Marina@Gereja Mahathir yang beliau buat dahulu...

    BANG NON MINTA ZAKIR NAIK DUDUK DAN DIAM
    DAKWAH ZAKIR NAIK BERATUS RIBU MASUK ISLAM
    BILA BANG NON GI HOTEL SONDOL DEPAN BELAKANG
    BANG NON GI KUIL JADI SAMI GEREJA JDI PADERI MASJID JDI IMAM
    BERAPA BANYAK BANG NON MURTADKAN DNG PLURALISMA HARAM..!??

    Cuba fikir, lojikkah Dr. Mahathir nak satukan umat Melayu jika seumur hidup membenci PAS melampau sangat?

    BalasPadam