RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 13 November 2020

MP JELUTONG BOLEH JADI MP YANG BAIK JIKA BERANI BERTEMPAT - KP KESIHATAN PIKUL TIGA BIAWAK HIDUP

 


MP Jelutong dari Dap, YB Sanisvara Nethaji Rayer atau RSN Rayer sering menimbulkan kontroversi di dalam Parlimen. Beliau adalah di antara beberapa MP di dalam parlimen yang boleh digelar 'budak nakal' di samping beberapa nama lain seperti YB Tajuddin Pasir Salak, YB Bung Mokhtar Kinabatangan, dan seorang dua lagi yang sering 'memanaskan' dewan parlimen.

Saya sendiri tidak berapa menggemari sikap dan cara beliau mencelah di dalam siri perbahasan. Kadangkala celahannya itu tidak sesuai, tidak bijak, tidak kena pada tempat dan lebih malang lagi seolah-olah mencipta provokasi murahan yang tidak perlu. Selaku MP dari PH, seharusnya beliau lebih bijak mencelah agar beliau dilihat mampu tampil sebagai pewaris MP Jelutong yang hebat suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Karpal Singh.

Semalam, MP Jelutong ini telah diminta keluar dari dewan kerana tindakannya bangun dan bangkit menegur MP dari kerajaan yang memperlekehkan Ketua Pengarah Kesihatan. Tindakannya semalam tepat dan betul kerana bangun menyatakan kebenaran dan membela kepada yang hak. Itu sifat berani yang patut kita puji kepada MP Jelutong ini. Tidak wajar seseorang MP memperlekehkan tugas seorang penjawat awam terkanan sehingga menyentuh soal hidup dan mati seseorang. Ini wajar dibantah dan tindakan MP Jelutong di dalam mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham itu tepat dan betul.

Itulah satu contoh keberanian yang wajar dipuji. Berani bukan bererti bercakap kuat, lantang, hentak meja atau maki hamun. Berani bangun menyatakan sesuatu yang benar walaupun terpaksa diusir, itulah MP yang hebat. Hari ini saya kena akur kehebatan beliau. Tetapi, di masa akan datang saya harapkan beliau lebih berdisiplin, berani dan bijak lagi.

Syabas, Ketua Pengarah Kesihatan yang mampu memikul tugas selaku KP sekaligus terpaksa memikul tiga ekor biawak hidup di KKM, seorang menteri dan dua timbalannya yang makan gaji buta itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan