RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 28 April 2010

ANWAR PUJI SOKONGAN LUAR BIASA PKR, PAS DAN DAP

BN tidak belajar kesilapan lalu

SHAH ALAM - Kemenangan undi majoriti tipis menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana jumlah pelaburan yang dikeluarkan BN tidak berbaloi dengan jumlah undi majoriti diperoleh.

“Sekurang-kurangnya BN menghabiskan lebih RM100 juta untuk mendapatkan majoriti di Hulu Selangor yang mana jumlahnya lebih kurang RM65,000 setiap orang,” katanya.

Menurutnya, perkara itu merupakan bukti ‘pembunuhan’ karakter, perkauman, rasuah dan keganasan yang digunakan oleh BN bagi membantu mereka memenangi pilihan raya kecil.

“Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tidak akan tertipu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, negara menghadapi cabaran politik kotor yang masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Selain daripada puluhan menteri berkempen setiap hari, polis turut mengamalkan sikap :double standard: terhadap penyokong PR malah ada yang mendakwa dihalang polis untuk memasuki pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, walaupun kalah di Hulu Selangor, PR akan terus berusaha dengan memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor dan banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai,” katanya.

Anwar berkata, beliau bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah ditunjukkan petugas DAP, Pas dan PKR sendiri.

“Komitmen mereka diperlukan untuk mengubah kepada yang lebih baik,” katanya./Sinar

BN MESTI JAUHI PERKASA - MCA

MCA: Kenyataan Ibrahim Ali berunsur hasutan
Apr 27, 10


MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.

"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media, turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti PERKASA yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, katanya, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum k-13 akan datang.

"Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

"Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi," katanya.

- Bernama

Selasa, 27 April 2010

TEWAS ADALAH `KEMENANGAN' BESAR BUAT DATO' ZAID

Inilah fitnah golongan Syaitan dan Iblis, apalah erti kemenangan mereka di sisi Allah?

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi saya ingin berbicara tentang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang telah pun dimenangi oleh calon dari Bn itu. Bukan bertujuan untuk mencari sebab musabab PR tewas kerana semua sudah maklum kenapa Bn itu menang. Saya cuma ingin mengulas sedikit tentang calon PR dari PKR yang dikatakan tewas itu.

Sepanjang kempen PRK itu berjalan, bukan sedikit tohmahan dan cercaan yang menimpa Dato' Zaid. Sebelum ini kita telah menyaksikan bagaimana DS Anwar dicerca dan diaibkan secara terbuka termasuk menerusi media ke merata pelusuk alam sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau bagaimanapun, DS Anwar berjaya memalukan puak yang disokong oleh Apco itu dengan kemenangan besar. Adakah sewaktu itu rasuah politik dan peranan media pencacai tidak wujud? Ianya tetap wujud selagi puak itu bernyawa, namun kehebatan dan aura DS Anwar teramat kuat sehinggakan tidak mampu untuk mereka menggunakan cara iblis dan syaitan untuk mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh ketika itu.

Begitu juga yang terjadi kepada Dato' Zaid di Hulu Selangor. Insan yang jujur tanpa sedikit pun hipokrit ini mendapat cercaan dan penghinaan dari puak mereka. Teramat sedih sekali kerana ramai yang termakan dengan umpan dan cara mereka yang jahat itu. Lebih malang dan menyedihkan lagi, orang-orang Melayu yang berugama Islam turut bersekongkol menyokong puak-puak yang mengaib dan mencerca insan yang ingin kembali ke pangkal jalan ini. Mereka lupa kepada agama semata-mata untuk mengisi perut mereka dan kehidupan duniawi mereka. Maka, kemenangan mereka berikan kepada calon dari MIC ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Apakah yang lebih bermakna dan berharga dari menerima hidayah dan pertunjuk dari Yang Maha Kuasa jika dibandingkan dengan jawatan Menteri atau pun Wakil Rakyat? Dato' Zaid sanggup meninggalkan kerusi empuk Menteri dan bersama dengan satu wadah yang bukan boleh menjanjikan kesenangan buatnya malahan mungkin menjanjikan risiko besar buat pemimpin sepertinya. Siapakah yang menggerakkan hati Dato' Zaid memilih wadah yang penuh ranjau ini jika bukan Yang Maha Pengasih? Allah telah menunjukkan kepada Dato' Zaid jalan untuk kembali berubah menjadi seorang insan yang mulia.

Siapa boleh menjamin jika Dato' Zaid masih berada di dalam parti yang menyanjung Apco itu beliau boleh berubah walaupun sedikit? Tetapi kini Dato' Zaid mengaku telah berubah dan insaf. Biarpun mereka masih mempertikaikan keinsafan Dato' Zaid, namun yang berkuasa dan mengetahui hanyalah Allah SWT. Kita sebagai manusia wajib berbaik sangka terhadap sesiapa jua yang ingin melakukan hijrah dari yang buruk kepada yang baik dan kita haruslah berdoa untuk kesejahteraannya. Hanya Syaitan dan Iblis sahaja yang teramat marah dan dukacita jika ada insan yang ingin insaf dari melakukan perbuatan mungkar.

Dato' Zaid sebenarnya telah diberi kemenangan oleh Allah SWT apabila beliau berjaya menewaskan godaan dunia yang selama ini menghanyutkan beliau. Kekalahan di dalam PRK baru-baru ini hanyalah proses pembersihan jiwa dan dugaan buat Dato' Zaid. Apakah Dato' Zaid mampu mengharungi dugaan itu? Apalah ertinya kemenangan di dunia ini sedangkan hati dan jiwa masih terpalit dengan maksiat dan dikelilingi dengan rasuah? /wfauzdin.blogspot.com

WAHAI SPRM, RASUAH BOLEH KE TIDAK MASA KEMPEN PILIHANRAYA?

Najib Terpaksa Dimasukkan Semula Tadika KEMAS

Sumber: Tranungkite

Oleh: profesor

"Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina ,sekiranya menang ,esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat ,yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah ,eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA. Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek ,3M Membaca ,Mengira dan Menulis.

Mengikut pengakuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.SILA KLIK

Catatan

Kalau itulah pengertiannya , maka memang benarlah kata ramai kebanyakan rakyat 1Malaysia , iaitu Najib ini sudah melampau, sampai tidak kenal mana satu perlakuan rasuah. Hatinya sudah mati. Imannya sudah hancur. Moralnya benar- benar rosak. Jiwanya kosong. Akhlaknya musnah. Hinggakan amat mustahil untuk membetulkannya sekarang ini , kecuali takdir qada dan qadar Allah yang memberikannya Hidayah.

Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina , “sekiranya menang , esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat” , yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia , yang membawa maksud kiranya BN menang dalam PRK Hulu Selangor , hari Isnin kerajaan BN akan keluarkan surat kelulusan bajet bagi tujuan pembaikian sekolah berkenaan.

Ini belum termasuk dengan pelbagai lagi tawaran sepanjang kempen PRK itu.

Adakah ini bukan bermaksud terang – terang perbuatan dan perlakuan rasuah dan membeli undi. Mungkin kita boleh rujuk kepada SPRM untuk mentafsirkannya secara jelas.

Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah , eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA.

Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek , 3M – Membaca , Mengira dan Menulis.

Kemudian setelah lulus , Najib perlu memasuki Tahap 1 , tahun 1 hingga 3 , sebelum dimasukkan ke Tahap 2 , tahun 4 hingga 6. Hanya setelah lulus barulah dibenarkan ke Sekolah Menengah.

Untuk ke sekolah berasrama penuh Najib perlu skor dalam UPSR. Hanya sekiranya keputusan UPSR Najib mendapat 5A , beliau layak memohon ke SBP. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Begitu bodoh , dungu dan lembab Najib dalam membuat tafsiran rasuah dan beli undi. Kesian kat rakyat 1Malaysia mempunyai PM yang begitu naïf.

PESANAN YB FUZIAH SALLEH UNTUK PENDOKONG PR

BN Halal Cara Demi Kemenangan, Pakatan Rakyat Dukung Maruah Perjuangan

HULU SELANGOR 26 APR: Pakatan Rakyat tidak akan menari dengan rentak sumbang Barisan Nasional yang menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan.

Sekalipun kekalahan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pahit untuk ditelan tapi demi perjuangan bermaruah, tiang keadilan dan kebenaran perlu ditegak, dipasak kukuh dalam sanubari setiap pejuang rakyat.

Demikian pesanan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak luntur semangat juang semata-mata gagal menerima hakikat kekalahan ini.

Persaingan sengit pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat berlanjutan hingga ke saat akhir kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sekalipun kemenangan berpihak kepada P Kamalanathan, namun Umno BN terpaksa menggunakan taktik kotor dengan menyerang Pakatan Rakyat dari segenap penjuru tanpa mempeduli sempadan kemanusiaan.

Malah Umno BN juga tidak menghormati pengundi melalui tindakannya merendah-rendahkan martabat rakyat apabila menabur wang dan janji yang belum tentu dipatuhi lantaran mabuk dengan kemenangan kecil ini.

"Memang ada rasa sedih dan kecewa kerana kita ini manusia. Mungkin sehari dua kita berasa sedih tapi kita akan bangkit dan lawan tetap lawan. Malah, perjuangan ini lebih bermaruah jauh lebih penting dari keputusan," katanya.

Apapun, Fuziah Salleh yakin kekalahan ini ada rahmatnya.

"Kalah menang adat perjuangan. Kadang-kadang, kalau selalu menang, kita lupa tingginya langit. Mungkin kita perlu lihat ke dalam diri supaya terus kekal tabah dalam perjuangan," katanya lagi.

Kekalahan ini sama sekali tidak akan melemah semangat pendukung Pakatan Rakyat walaupun kesuraman sedikit sebanyak dirasai tetapi beliau yakin rakyat akan bangkit dan mara dengan lebih bersemangat lagi.

"Perjuangan ini berpaksikan keadilan dan kebenaran. Kalau BN terdesak dan buat apa saja, adakah kita akan buat perkara sama? Tentu sekali tidak, tapi kita berterus pegang kepada prinsip keadilan, berpaksikan kebenaran," katanya./TVSelangor

Isnin, 26 April 2010

INI SUARA `MELAYU' YANG PALING BUSUK DI DUNIA

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kerajaan perlu menangguhkan semua peruntukan dan projek-projek yang telah diluluskan untuk masyarakat Cina," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka tidak mensyukuri usaha kerajaan BN, meskipun kerajaan BN terpaksa melukakan perasaan orang Melayu dan Orang Asal," tegasnya./TVSelangor

UNDI TERHADAP PR MENINGKAT JUGA SATU KEJAYAAN

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.

PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 95 undi berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu./Harakahdaily

FELDA PERLU DIBERI TUMPUAN SELEPAS INI - ANWAR

Anwar: BN belanja RM65,000 bagi setiap pengundi
Apr 26, 10


Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

" Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami an
ggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya./Malaysiakini

MARI KITA SELAMATKAN PENGHUNI FELDA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana./wfauzdin.blogspot

TAHNIAH SPR DAN PENGARAH JAIS - SAWIT AKAN MENJADI EMAS

Sunday, April 25, 2010

TAHNIAH kepada SPR dan bukannya kepada Bn yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor siang tadi. Tahniah kepada badan yang mengendalikan pilihanraya di negara ini yang mana terlalu cekap dan profesional serta teramatlah telusnya. Mengapa SPR patut dipuji melangit? Ini adalah kerana SPR adalah badan yang teralu bersih; buktinya:

Tiada seorang pun yang berdaftar sebagai pengundi di Hulu Selangor tidak dapat mengundi. Kisah beberapa orang yang datang untuk mengundi, tetapi tidak boleh mengundi kerana mereka dikatakan telah mengundi menandakan SPR profesional. Begitu juga dengan kisah yang diberitakan ini:-

"Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian. Ini berlaku ketika mereka mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah 3. Di Ampang Pecah, wujud lima saluran mengundi sedangkan dalam Akta Pilihanraya, hanya 4 saluran sahaja. Dan di sana juga, Pekerja PKR dilaporkan telah menangkap dua orang pegawai SPR yang berligar dan menasihatkan pengundi mengundi MIC."

Perpindahan tempat mengundi beberapa ratus pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri menandakan SPR telus, rajin buat kerja walaupun tanpa disuruh. Oleh yang demikian, di masa akan datang kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk meminta atau mengisi borang perpindahan tempat mengundi kerana SPR akan lakukan untuk kita kerana SPR lebih arif di mana kita berada untuk mengundi.

Pujian melangit juga patut diberi kepada SPR kerana pantas bertindak memilih kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan utamanya untuk melaksanakan perpindahan alamat tempat mengundi. Kerja tersebut dilakukan disaat Hulu Selangor menghadapi PRK adalah kebetulan sahaja. SPR tiada niat lain.

Banyak lagi perkara yang SPR tunjukkan betapa badan ini teramat cekap, profesional dan rajin. Maka, wajarlah tahniah diberi kepada SPR kali ini. Tahniah yang sama patut juga diberi kepada Pengarah JAIS kerana telah memainkan peranan besar untuk mengasingkan agama dan politik. Masjid hanya boleh bercerita pasal Sembayang, nikah serta mempelajari darihal bab Haid dan Nifas sahaja. Bak kata Mufti Perak Harussani, zaman Nabi tiada parti politik (teringat seperti kata Mahafiraun, zaman Nabi tiada pisau cukur, pasal itu Nabi simpan janggut).

Tidak lupa tahniah buat orang-orang Melayu Hulu Selangor terutamanya orang-orang Felda kerana terbukti orang Melayu memang bijak pandai. Yakinlah, selepas ini buah sawit akan menjadi buah emas. /mandor.blogspot

TUNTUT PILIHANRAYA YANG BEBAS DAN BERSIH - ZAID IBRAHIM

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor
Jimadie Shah Othman
Apr 25, 10


Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."/Malaysiakini