Sumber: Pahangdaily
Sabtu, 1 Mei 2010
WAH !! INI CERITA KARUT NI!!
Sumber: Pahangdaily
GEJALA BUANG BAYI, KELUARGA JUGA YANG DIPERSALAHKAN
Thursday, April 29, 2010
Menteri ini menuding jari ke arah institusi kekeluargaan kununnya gagal mendidik anak. Memang benar, didikan dari ibu bapa itu penting semenjak awal lagi tetapi akhirnya undang-undang yang tepat juga penting. Umpama kita diajar, dilatih serta diuji oleh pihak JPJ sebelum kita dibenarkan memandu kenderaan. Apakah selepas kita lulus dengan cemerlang, maka kita dibenarkan terus memandu kenderaan tanpa ada undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ atau Polis? Undang-undang mesti ada kerana bukan semua yang dilatih itu akan mempraktikkan semua yang diajar semasa mengikuti ujian di JPJ. Ibu bapa berkewajipan untuk mendidik anak-anak mengikut cara Islam, tetapi jika undang-undang negara tidak mengikut cara Islam bagaimana kita mahu membendung segala masalah di kemudian hari? Kaedah Islam wajib diguna pakai oleh keluarga di dalam mendidik anak-anak begitu juga dengan kerajaan yang memerintah. Jika ini tidak dapat diselarikan, usahlah mengharap masalah ini akan selesai.
Oleh yang demikian, jangan pula menteri berfikir mereka lebih pintar dan cerdik dari Allah yang mencipta manusia di muka bumi ini. Kelihatan melucukan, ternampak bodoh pula apabila seorang Senator mencadangkan hukuman `kasi' ke atas lelaki yang mengakibatkan gejala buang bayi ini. Mengapa terlalu dungu pemikiran seorang Senator yang sepatutnya mesti cerdik di dalam mengemukakan cadangan. Di mana beliau perolehi sumber hukum sedemikian? Adakah dari kepala otak dia sendiri? Kita jangan mengambil idea atau buah fikiran dari pemikir yang bukan Islam di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Kita punyai Tuhan yakni Allah yang telah mengajar kita dari segala perkara yang besar hinggakan kepada perkara yang paling kecil hatta cara-cara batuk dan menguap.
Gejala maksiat yang semakin berleluasa sekarang ini adalah kerana kita mengabaikan ajaran Islam samada di pihak institusi kekeluargaan dan lebih-lebih lagi di pihak kerajaan yang memerintah. Jangan pula nanti kita lebih mengambil kitab yang dikeluarkan oleh APCO sebagai rujukan kita untuk mengatasi masalah ini daripada mengambil kitab suci Al-Quran. Jika ini berlaku, maka saham juga dapat kepada mereka yang memilih pemimpin yang menolak Al-Quran./mandor.blogspot
Jumaat, 30 April 2010
RASUAH DI HULU SELANGOR - BERATUS PENGUNDI AKAN BUAT LAPORAN POLIS?
polis esok kerana tidak puas hati dan berlaku penipuan.
Antara laporan2 polis bakal dibuat ialah :
1) Diberi duit untuk mengundi BN
2) Nama dikeluarkan dari senarai undi.
3) Ada pihak lain telah membuang undi.
4) Dan banyak lagi .....
Laporan polis ini dijangkan akan dibuat di Ibu pejabat polis
daerah Kuala Kubu Baru.
Berita lanjut :
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/5016-election-fraud-hundreds-of-voters-to-file-police-report
GELARAN BARU UNTUK EZAM SESUMPAH?

Beliau yang digelarkan “Ezam Kotak” pernah mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PKR pada tahun 1999. Namun percubaannya itu gagal. Tetapi selepas menyertai semula Umno, beliau sering dijadikan kuda tunggangan BN untuk melanyak Anwar dipentas biru karat yang satu ketika dahulu pernah dimaki hamunnya. Mengunakan nada suara yang seakan Anwar ceramah beliau menjadi modal untuk BN menyerang Pakatan. Namun, Pakatan kenal siapa Ezam. Perjuangan pendeknya bersama Umno yang baru nak mencecah dua tahun akhirnya dibayar dengan ganjaran jawatan Senator.
Melalui pintu belakang pejabat Najib, budak suruhan BN ini dilantik ke Dewan Negara bagi membakar kehangatan Parlimen yang kini tidak pernah sepi dari hiruk pikuk wakil-wakil rakyat yang bersabung sepanjang musim perbahasan. Nampaknya peluang Ezam untuk kembali bertanding Pilihanraya cerah dan tidak mustahil BN akan mempertaruhkan beliau dalam PRU-13 bagi kerusi Shah Alam atau kawasan lain. Saya tidak nafikan semangat mudanya begitu berguna kepada BN untuk menarik ahli-ahli PKR untuk kembali menyokong BN. Beliau jugalah antara orang-orang yang begitu giat menarik ahli-ahli dan pimpinan PKR untuk tinggalkan parti itu.
Ular dalam sangkar atau dalam semak, sama sahaja…tapi Ezam lebih dahsyat lagi. Jika beliau boleh khianati Tok Gurunya-Anwar…siapalah Najib yang kini menjadi tokey yang jaga periuk nasinya. Jangan terkejut jika Najib selepas ini juga akan meletakan Ezam sebagai calon untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda Umno yang disandang Khairy sekarang….siapa tahu, semua ini berlaku kerana Najib begitu suka memelihara orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar sebelum ini. Tanyalah Zahrain dan Zulkifli, dah berapa banyak seluar dalam yang mereka kongsi dengan Najib demi untuk menunjukan bahawa mereka kita sudah menjadi pembenci Anwar…. Apa pun jua, kepada Ezam… selamat menajdi ‘Senator Kotak’ ./Herman Samsudeen
Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR
| Anak Sengat |
Hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman. Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) . Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria. Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak). TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid. Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam. TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian. Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan. Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor. Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana. PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana. Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya. /Harakahdaily * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian blog ini dan blog ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
JANGAN MARAH TAN SRI, NANTI KENA JUAL......
| KPN sedia arah anggota polis undur | ||
|
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.
"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.
Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".
"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.
Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.
Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
Khamis, 29 April 2010
Raja Sesumpah, raja kotak dan kini `Senator Kotak'
Thursday, April 29, 2010
Lebih menghairankan adalah :
"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?
Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.
Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.
Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.
JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?
Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.
Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.
Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.
Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.
Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.
Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.
Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.
Wallahualam bissawab
Tulang Besi
Sumber: Malaysiawaves
Blogger: "Tunjukkan pada saya, siapa yang masuk Umno itu ikhlas?" - Ucapan Ezam
ANAK MELAYU DITEMBAK, DAP BANGUN MEMBELA
Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.
Gobind berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Seksyen 9 ketika menemani saksi utama memberi keterangan.
"Polis perlu adakan siasatan dalaman atau kaji semula garis panduan. Bila boleh tembak, bila perlu tembak, bagaimana prosedur sebenar. Ini akan dibangkitkan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata, DAP memandang berat isu berkenaan berikutan ia bukan pertama kali menjadi pertikaian umum.
"Kami dalam DAP akan menghantar memorandum kepada ketua polis negara supaya perkara ini dikaji dan diselesaikan. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku lagi," katanya.
Tegas Gobind, garis panduan prosedur menembak penting bagi menjamin keselamatan orang awam.
"Kita perlu ada garis panduan yang lebih jelas, yang lebih mendalam. Kajian perlu dibuat dan perlu ada peruntukan khusus bila masanya polis boleh mengunakan senjata api. Kalau digunakan, apakah skop?
"Saya mahu tegaskan, kita menghormati dan faham kerja polis sampai nyawa pun terancam. Isunya bila perlu guna senjata api atau soal peraturan sedia ada mencukupi untuk memastikan tragedi ini tidak berulang," katanya./TVSelangor
PUAS BERSUMPAH, KINI ANGKAT SUMPAH
| Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator | ||
|
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
ZAID SAMAN SPR DAN UTUSAN?
| Zaid fail petisyen cabar pilihan raya | ||
|
“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.
Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.
Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.
Zaid juga memberitahu beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.
“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”
Katanya lagi, SPR telah mengabaikan tanggungjawab mereka bagi menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas.
"Mereka (SPR) membenarkan ugutan, maklumat palsu dan juga kempen secara tidak adil dan tidak dibenarkan oleh jentera BN. Tiada usaha bagi menghalang mereka," katanya.
Menurut Zaid, beliau jelas bahawa SPR berpihak kepada BN dan mahukan parti itu menang.
SPR juga katanya mesti menjalankan pilihan raya yang setanding dengan peraturan antarabangsa.
Sehubungan itu, Zaid mahu pemantau antarabangsa menghadiri pilihan raya kecil Sibu dan semua pilihan raya di negara ini pada masa hadapan.
"Saya cabar PM (Datuk Seri Najib Razak) jika beliau sebegitu popular seperti yang didakwanya, mengapa beliau takut untuk bertanding pada pilihan raya yang bebas dan adil dengan pembangkang?"
Zaid juga berkata pasukan antarabangsa penyokong Pakatan akan ditubuhkan di London pada Julai ini yang bertujuan mendapatkan sokongan supaya mendesak pilihan raya bebas dan adil dapat dijalankan di negara ini./Malaysiakini
Rabu, 28 April 2010
KEMPEN DI ALAF BARU, DI MANA KELEMAHAN KITA?
Namun demikian, apakah kita masih merasakan program ceramah adalah faktor utama akan memberi kemenangan akhirnya? Jika di era 70 an dan 80 an mungkin ada benarnya, tetapi di zaman sekarang mungkin kita boleh kaji semula. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, kehadiran orang ramai di dalam ceramah PR terutamanya sewaktu kempen pilihanraya kebanyakannya adalah datangnya dari luar kawasan mengundi. Oleh yang demikian, kesannya tidak begitu memberangsangkan untuk menarik pengundi-pengundi menyokong kita.
Tidakkah kita boleh berfikir kaedah lain yang lebih berkesan? Kempen dari rumah ke rumah yang WAJIB diketuai oleh pemimpin besar sekurang-kurangnya MP atau Adun dari PR perlu turun bersama sepanjang tempoh berkempen. Setiap kumpulan mesti diketuai oleh pemimpin besar ini agar setiap kempen atau hujah boleh diberikan dengan betul dan tepat. Ada kemungkinan sebelum ini terdapat jentera kempen yang hanya diwakili oleh pimpinan bawahan tidak mampu untuk menerangkan isu-isu besar atau melawan hujah-hujah yang mungkin dikemukakan oleh pengundi. Pemimpin-pemimpin besar di dalam PR tidak lagi boleh hadir berkempen di bawah-bawah khemah untuk memberikan ceramah sahaja. Mereka perlu turun setiap hari menemui pengundi-pengundi yang dikenalpasti pendokong tegar Umno/Bn.
PR juga mesti aktif di dalam mengadakan aktiviti masyarakat. Aktiviti seperti bersukan, perkhelahan, hiburan yang tidak melalaikan dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendekatkan kita kepada golongan yang tertutup minda ini. Kebanyakan mereka jahil untuk menilai perjuangan kita kerana mereka sering disajikan dengan laporan dari media haprak seperti TV3 suku dan Utusan Meloya itu. Pendekatan berjanji sewaktu pilihanraya juga tidak releven untuk kita sebagai pejuang rakyat. Kita tidak perlu berjanji seperti yang puak-puak mereka itu lakukan. PR mesti lakukan kerja tidak mengira masa. Jangan menanti rakyat yang susah mengadu pada kita, sebaliknya kita mesti mencari di segenap pelusuk kawasan rakyat yang memerlukan bantuan kita.
Aktiviti memakmurkan tempat ibadat juga amat penting. Bukan bertujuan untuk berpolitik secara kepartian di dalam masjid tetapi kita mesti tunjukkan betapa kita tidak pernah memisahkan agama dan politik. Bagi negeri-negeri yang kita kuasai, peranan pimpinan negeri penting untuk tidak terlalu mengawal atau mengetatkan peraturan sehinggakan pimpinan kita sendiri tidak boleh bercakap di dalam masjid hanya kerana tiada tauliah. Berapa orangkah selama ini dari pimpinan kita yang mengajar ajaran sesat di dalam masjid? Pelik dan ajaib, di dalam Negeri Selangor yang kita perintah, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh bercakap di dalam masjid. Hairan dan pelik, YB Khalid Samad pun dipersoalkan apabila memberi khutbah atau berucap di dalam masjid? Bijakkah kita berbuat demikian? Yang pentingnya, adakah mereka itu ingin menyesatkan umat? Cuba kita lihat Imam atau Khatib di negeri-negeri yang mereka kuasai, kita naik jemu dan bosan dengan cerita 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, dan banyak lagi tajuk-tajuk khutbah mereka. Tiada kena mengena dengan politikkah itu?
Mudah-mudahan kita lebih sedar bahawa kita bukan lagi parti di zaman 70 dan 80 an lagi. Kita berada di alaf baru yang memerlukan pendekatan baru. Jika kita masih lagi bergantung kepada cara lama, tidak hairan satu masa nanti kita akan ketandusan penyokong sedikit demi sedikit. Kita mesti berbeza sekarang kerana kita telah memegang beberapa negeri. Jika mahu mentadbir secara `lurus' pun biarlah bertempat. /wfauzdin.blogspot.com



