RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 6 Julai 2010

SOALAN SPRM TIBA DENGAN TEKSI, BALA AKAN BUAT PENDEDAHAN BARU ?

Soalan SPRM tiba dengan teksi London
Danny Lim
Jul 6, 10


Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang,” kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan./Malaysiakini

PAS AJARAN SESAT - SOLAT HAJAT UNTUK SHAFIE AFDAL?

'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 10


PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

PKR KINI PUNYAI PAHLAWAN BARU YANG MULAI DIUJI

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Dato Zaid Ibrahim. Berani, jujur dan ikhlas itulah yang boleh saya simpulkan ke atas sikap beliau. Nampaknya sasaran Umno ke atas Dato Zaid tersilap orang. Mereka lupa Dato Zaid kini bukan lagi berada di dalam Umno yang boleh mereka gertak, ugut dan ancam. Seperti yang kita maklum, selagi berada di dalam Umno mana mungkin boleh menjadi berani seperti Dato Zaid. Dato Zaid menjadi berani dan kuat semangatnya apabila berada di dalam PR.

Umno cuba `mengusik' Dato Zaid dengan bermacam-macam amaran dan ugutan apabila Dato Zaid mengaku bertemu dengan Raja Petra dan Bala. Apakah bekas calon Parlimen Hulu Selangor ini takut? Bahkan, beliau dengan beraninya menyindir Umno dengan mengaku bahawa beliau akan menjamu Raja Petra dan Bala dengan ais kacang. Beliau siap memberitahu tarikh dan tempat pertemuan `ais kacang' itu nanti. Tiada selindung dan tiada motif untuk melarikan diri. Maka, tunggu apa lagi?

Pihak berkuasa pun mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat segera Dato Zaid. Pulak. Hanya belanja kawan ais kacang menjadi risiko buat Dato Zaid? Atau mungkin ingin mengambil beberapa maklumat dari Dato Zaid. Maklumat apa lagi kerana Dato Zaid secara terbuka menyebut dengan siapa beliau bertemu, di mana tempatnya. Saya percaya, Dato Zaid walau sebesar hama pun tidak gentar menghadapinya kerana beliau tahu beliau bukan penjenayah yang dicari. Mahu dikatakan beliau pelindung kepada `penjenayah', jauh sekali kerana jika beliau seorang pelindung, bodoh sangatlah beliau memberitahu lokasi siap bergambar bersama lagi.

Raja sesumpah Senatak Ezam menyebut Raja Petra bacul dan dayus kerana lari ke luar negara. Kita ingin bertanya raja sesumpah Ezam, siapakah yang `lari' ke luar negara ketika DS Anwar ditangkap semasa permulaan era reformasi dulu, iaitu sebaik sahaja DS Anwar dipecat dari jawatan TPM? Tujuan apa lari ke luar negara? Kerana merasa bersalah, takut atau apa? Jika begitu, dayus dan bacul jugalah namanya.

Nampaknya Dato Zaid semakin mantap dan kini telah teruji sebagai pemimpin kita di satu masa nanti. Pemimpin kita mesti berani dan berprinsip. Lawan tetap lawan kini menjadi sumber kekuatan Dato Zaid. Justeru itu, barangsiapa yang berada di dalam Umno jika ingin menjadi berani, sila keluar dari Umno. Jika ingin menjadi seperti `lembu dicucuk hidung' kekallah bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

PELIK, ALTANTUYA MASUK TAK DAPAT DIKESAN, RAJA PETRA KELUAR PUN TAK DAPAT DIKESAN JUGA

Aku ingat Raja Petra nak Hisyamuddin jawab dulu macam mana Altantuya masuk .
Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Cerita lawak ditayangkan lagi, kali ini oleh Raja Perta.PR menayangkan gambar Zaid di blognya yang menyebabkan Hisyamuddin dan beberapa pemimpin serta anak buah UMNO melenting tak tentu hala.Hisyamuddin mengeluh kerana polis UK tidak mahu bekerjasama untuk menangkap RP dan dalam masa yang sama Hisyamuddin melahirkan rasa hairanya bagaimana RP boleh lolos dari Malaysia dan tinggal di UK tanpa sekatan kerajaannya.Kehairanan Hisyamuddin menimbulkan pula rasa hairan di benak ramai orang yang ingin tahu bagaimana Altantuya masuk ke Malaysia untuk mati.

Hisyamuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam urusan rekod perjalanan keluar masuk negara.Oleh itu sekiranya dia hairan bagaimana RP boleh lolos keluar sudah tentu dia patut merasa hairan juga bagaimana Altantuya boleh masuk ke Malaysia.

Namun rasa hairanya hanya diluahkan dalam kes RP tidak Altantuya.Dalam kes Altantuya, Hisyamuddin berbelit belit mencari sebab ketika menjawab soalan yang ditanyakan di Parlimen.RP mungkin sudah dapat membaca reaksi pemimpin UMNO ketika muncul bersama Zaid dan dengan selamba beliau memasukkan gambar Zaid di blognya yang masih aktif walaupun beliau menghilangkan diri kerana enggan dibicarakan di Malaysia.

RP dapat dikesan cuba menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO supaya menjawab soalan bagaimana Altantuya boleh masuk ke negara ini.Tetapi macam biasalah, pemimpin UMNO terus menggunakan satu lidah mereka untuk mengecam RP dan satu lagi lidah digunakan untuk memberitahu tidak ada apa apa yang berlaku.Yang salah ialah RP kerana melarikan diri, enggan menghadapi tindakan kerana keceluparannya.

Sementara Altantuya hanyalah fitnah terhadap pemimpin no. wahid negara.Altantuya tidak perlukan apa apa dokumen untuk masuk ke negara ini tetapi RP adalah penjenayah besar kerana lari dari perbicaraan dan lari dengan tidak menggunakan apa apa dokumen.Semua yang bersubahat dengan RP termasuk Zaid dan kerajaaan UK mesti bertanggungjawab.Tetapi agak menghairankan lagi ialah kenapa Zaid tidak didakwa kerana bersubahat dengan penjenayah bernama RP dan kenapa tidak ada bantahan resmi diberikan kepada kerajaan UK kerana bersubahat dengan penjenayah?

Inilah lawak UMNO.Lawak dengan mengatakan RP sebagai pengecut dan berbagai bagai tuduhan lagi pada ketika mereka menyembunyikan fakta fakta yang sudah semakin jelas sekarang.Tetapi RP juga pandai buat lawak sehingga ke tahap UMNO menggelabah dan panas punggung.Apa yang dapat diperhatikan ialah RP mahu pemimpin UMNO menjelaskan dulu bagaimana Altantuya masuk ke negara ini dan bagaimana C4 diperolehi untuk meletupkannya sebelum penjelasan bagaimana beliau keluar dari negara ini didedahkan.

Di sinilah nampaknya Hisyamuddin terperangkap bersama anak buah pencacainya.Tetapi lawak tetap lawak macam mana diolah sekalipun./Tranungkite

Isnin, 5 Julai 2010

BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH

PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya. Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan amat terdesak dan tertekan. PR telah banyak membuktikan kepada rakyat bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang.

Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang. Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta. PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang. Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.

PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara. Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu. Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.

Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat. Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.

Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur. Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.

PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno/Bn. /mandor.blogspot.com

HAHAHAHA...KERAJAAN MSIA BURU RPK DAN BALA, ZAID SIAP MAKAN AIS KACANG LAGI...

Saya belanja Petra dan Bala makan ais kacang - Zaid

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.

Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang.

Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis.

Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya.

"Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, Bala ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis.

"Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" tanya Zaid dalam tulisannya.

Menurut Zaid, yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan beliau dengan Raja Petra.

"Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" katanya.

Sebenarnya, bagi Zaid, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja.

"Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini," katanya.

Tulis Zaid, "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib.

"Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA.

"Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari," tulisnya lagi.

Menurutnya, jika mereka berdua benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka.

"Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya.

"Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid mengakhiri tulisannya./Harakahdaily

NASIB KATAK HITAM INI TERUS DILANDA MALANG.....

Keshvinder dituntut mohon maaf, bayar gantirugi

Jul 5, 10


ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.

Menurut Harakahdaily, surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di balai polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri).

Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham.

Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya./Malaysiakini

UMNO SELANGOR MUNGKIN BATALKAN ROAD SHOW DAN MAHU DEBAT DIADAKAN?

AKU tertarik dengan idea Umno Selangor untuk mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor bagi mendedahkan kepincangan kerajaan Negeri Selangor di bawah PR. Aku amat berharap agar Umno Selangor tidak melupakan Senatak raja sesumpah Ezam kerana beliau adalah anak Selangor lebih-lebih lagi sesumpah itu adalah `belaan' Najib. Cuma aku ingin memberi idea dan buah fikiran untuk membantu Umno Selangor bagaimana untuk merampas Selangor dari PR.

Aku tidak kisah sesiapa pun bengang kat aku pasal mahu tolong Umno Selangor kali ini. Bukan apa, kadang-kadang kesihan juga kat Umno Selangor sekarang ni walaupun yang memimpin Umno Selangor bukan calang-calang orang. PM kita yang pimpin Umno Selangor, jangan korang tak tau. Jadi, jika Umno Selangor gagal menentukan PR hanya sepenggal sahaja memerintah Selangor, siapa yang malu? Najib juga yang malu. Raja sesumpah? Oh, tidak, beliau tidak kisah kerana habuan dah dapat pun. Lagi pun kesihan juga tengok sudah bermacam-macam cara Umno Selangor sudah buat untuk meruntuhkan Kerajaan PR di Selangor, namun MB yang `cool' tetap `cool' membuatkan pemimpin Umno Selangor pula menjadi `hot'.

Aku kurang setuju Umno Selangor mahu mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor. Bagi aku usaha ini tidak akan memberi kesan yang memuaskan kerana kita boleh jangka berapa orang yang akan hadir pada setiap program yang bakal mereka adakan nanti walaupun diberi bas atau makanan percuma. Aku ingin mencadangkan kepada Umno Selangor agar menganjurkan siri debat terbuka di antara Bn/Umno dengan PR Selangor. Debat ini hendaklah diadakan di setiap Parlimen atau Dun di Selangor. Saya yakin dan berani beri jaminan bahawa kehadiran orang ramai pasti beratus kali ganda jika dibandingkan dengan `road show' yang Umno rancangkan itu.

Pada siri debat itu nanti, Umno berpeluang luas untuk menghentam Kerajaan PR dan ketika itu Umno boleh ceritakan apa jua salah laku Kerajaan PR Selangor. Terpulanglah mahu dedahkan kisah lembu korban ke, rasuah pasir ke, lesen rumah urut atau arak ke dan sebagainya. Tentu terkial-kial PR Selangor mahu jawab, betul tak? Di masa itu juga Khir Toyo mungkin boleh ceritakan betapa banyak jasanya kepada rakyat di Selangor sewaktu beliau menjadi MB Selangor. Beliau juga boleh bercerita pengalamannya menjalankan `tugas resmi' ke Disney Land tempat Mickey Mouse itu bersama isterinya. Mungkin ramai mahu tahu benarkah cerita beliau mendapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit itu. Kita juga ingin menimba ilmu dan belajar dari Khir Toyo cara-cara membangunkan PBT di Selangor hanya dengan `anugerah penyapu' sahaja. Tentu hebatkan?

Mungkin semasa debat nanti, rakyat Selangor baru tahu betapa zalimnya Kerajaan PR Selangor kerana lebih banyak meruntuhkan rumah setinggan jika dibandingkan dengan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor. Mungkin Kerajaan PR Selangor akan dimalukan semasa debat nanti apabila fakta menunjukkan siapa jaguh di dalam merantai pintu masjid dan melarang Ulamak berceramah di Selangor. Aku rasa Kerajaan PR Selangor susah mahu menjawab hujah Umno nanti apabila Umno membawa beberapa orang rakyat Selangor yang tidak makan dan berlapar sewaktu Kerajaan PR memerintah Selangor. Khir Toyo dan Umno Selangor pasti akan berbangga bila menunjukkan bukti bahawa kerajaan semasa beliau memerintah telah berjaya mengkayakan Syabas iaitu Syarikat Air di Selangor, sedangkan Kerajaan PR terlalu bodoh dengan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor.

Sebenarnya banyak isu yang boleh Umno kemukakan jika debat terbuka ini diadakan. Tentu rakyat Selangor akan terfikir, memang benar Umno lah satu-satunya parti yang boleh diharapkan membela nasib mereka di Selangor. Bukankah ini yang dimahukan oleh Umno? Jika ini yang Umno mahukan, mengapa tidak syorkan kepada Kerajaan PR Selangor untuk berdebat secara terbuka dan batalkan sahaja `road show' yang mungkin akan ditertawakan orang nanti.

Masalahnya adakah Umno Selangor berani berbuat demikian? Jika Najib selaku pemimpin Umno Selangor tidak berani, adakah Khir Toyo berani? Adakah Noh Omar juga berani? Jika Senatak Ezam raja sesumpah yang dulunya hebat mencabar puak-puak Umno berdebat sewaktu di dalam KeADILan, kini sudah berada di dalam kantung Umno adakah kejantanan beliau sudah hilang? Aku berharap pemimpin Umno Selangor tidak sedayus dan sebacul itu kerana bak kata Senatak Ezam raja sesumpah yang bacul dan dayus itu hanyalah DS Anwar dan penyokongnya saja. Jadi, tunggu apa lagi? /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 4 Julai 2010

SIAPA YANG BACUL DAN DAYUS ? ANWAR, NAJIB ATAU EZAM SESUMPAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK seorang dayus dan bacul menggelar orang lain dayus dan bacul. Inilah yang dapat kita lihat apabila raja sesumpah Senatak Ezam menggelar DS Anwar dan penyokongnya sebagai dayus dan bacul. Sebelum ini Najib menggelar DS Anwar sebagai sesumpah, iaitu satu gelaran yang diberikan mutlak untuk raja sesumpah Senatak Ezam dan sekutunya. Najib cuma ingin pinjam gelaran itu agar `keramat'nya gelaran itu dapat kepada DS Anwar.

Raja sesumpah yang baru dilantik sebagai `Senatak' (senator katak) di dalam akhbar Sinar Harian hari ini menyalak lagi dan seperti biasa DS Anwar adalah sasarannya. Berkitabkan Penulis kafir (mungkin Yahudi sekutu Israel) di dalam Washington Post, raja sesumpah Ezam seperti mendapat peluru terbuang untuk menyerang DS Anwar. Saya tidak mahu ulas isu yang dikatakan DS Anwar telah memohon maaf kepada rejim Zionis itu kerana anda boleh baca ulasan saya di sini.

Cuma, saya merasa agak ganjil sedikit bila mana raja sesumpah menyebut bahawa DS Anwar adalah seorang dayus dan bacul. Begitu juga beliau menggelarkan para pemimpin dan penyokong kepada DS Anwar. Baru-baru ini Mursyidul Am PAS juga menyokong DS Anwar di dalam isu yang dikaitkan dengan rejim Zionis tersebut. Dan, ini bermakna raja sesumpah menggelar Tuan Guru Nik Aziz juga adalah dayus dan bacul. Mungkin padanya beliau seorang sahaja pejuang suci yang maha hebat dan berani, sehinggakan dilantik menjadi Senatak melalui pintu belakang. Itulah keberanian seorang raja sesumpah.

Malang sekali, beribu-ribu tuduhan yang telah beliau katakan terhadap DS Anwar, malahan isterinya DS Wan Azizah, namun satu fakta atau bukti pun yang mampu raja sesumpah tampilkan. Hanya bermodalkan air liur dan berkitabkan media pencacai dalam dan luar negara, raja sesumpah menunjukkan kehebatannya. Jika ditanya mana bukti, raja sesumpah pasti akan mencabar DS Anwar untuk bersumpah menafikannya. Bukan beliau yang perlu membuktikannya tetapi DS Anwar pula yang diharapkan untuk bersumpah. Apakah raja sesumpah fikir DS Anwar serendah dan sehina beliau? Apakah dengan sumpah maka negara ini bebas dari rasuah dan cengkaman Apco?

Dayus dan bacul itu adalah milik raja sesumpah sebaik sahaja beliau meninggalkan perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan. Beliau menjadi dayus dan bacul apabila tidak berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang melanda kepimpinan Najib. Adakah dengan bersumpah sahaja Najib boleh selesaikan semua ini? Raja sesumpah sewaktu mula-mula menyerahkan borang Umno kepada Pak Lah dahulu pernah memberitahu bahawa beliau akan fokus kepada isu rasuah aoabila berada di dalam Umno. Tapi, akhirnya apa yang difokuskan oleh beliau? Beliau memfokuskan DS Anwar kerana beliau tahu bahawa kekuatan PR sekarang terletak pada DS Anwar. Mungkin itu lah peranan yang diberikan oleh Najib setelah diberi makan melalui pintu dapor.

Jelas kepada kita, siapa yang dayus dan siapa yang bacul? DS Anwar berulang kali mencabar Najib untuk berdebat di dalam apa jua isu hatta tentang Apco. Namun, pemimpin yang diagungkan oleh raja sesumpah itu terlalu kecil jiwanya umpama tikus walaupun berasal dari negeri Tok Gajah. Siapa yang dayus dan bacul? DS Anwar atau Najib? Siapa pula yang menyokong Najib? Maka, penyokong kuatnya itu 2 x 5 dayus dan baculnya./wfauzdin.blogspot.com

MASHITAH JUAL AGAMA DEMI `MELAYU'NYA?

TIDAK dapat hendak dibayangkan ke mana perginya ilmu agama yang ada pada Mashitah Ibrahim. Begitu menebal sekali sikap `Assobiyah' nya terhadap Melayu dan juga parti yang didokongnya iaitu Umno. Saya mahu mengulas sedikit apa yang ditulis oleh rakan saya berkaitan sikap Mashitah itu di sini.

Mashitah berkata, hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Melayu. Bermaksud, mampusnya Umno (InsyaAllah, akan mampus) nanti, maka hilanglah Melayu di muka bumi ini. Begitulah jadinya bila seseorang yang ada sedikit ilmu agama, tetapi apabila berada di dalam Umno, mereka tidak mampu menggunakan ilmunya untuk `membaiki' Umno dari dalam, bahkan mereka sendiri pun menjadi jahil dengan ilmunya. Itulah yang dikatakan tiada keberkatan.

Umno wujud sudah lebih 5o tahun di negara ini, butakah mata kita untuk melihat apa sudah jadi dengan Melayu? Apa sudah jadi dengan ugama Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan bangsa Melayu itu? Melayu bertambah kaya atau miskin? Melayu bertambah baik akhlaknya atau bertambah buruk? Siapakah yang paling ramai menjadi penagih dadah, Mat Rempit, Bohsia dan yang membuang anak luar nikah merata-rata? Jika ingin disebut, begitu banyak lagi perbuatan buruk yang dijuarai oleh Melayu. Bukankah selama lebih 50 tahun Umno sudah memimpin negara ini? Sepatutnya Melayu bertambah kuat, maju dan berdaya saing.

Melayu ramai di Brunei dan bukan Umno yang memerintah Brunei. Melaratlah Melayu di sana? Bahkan, negara tersebut kaya raya. Jika Mashitah berkata, jika tolak Islam maka Melayu akan pupus di negara ini kita boleh terima kerana majoriti di negara ini Melayu beragama Islam. Tetapi Mashitah tidak berkata demikian kerana beliau pun tahu Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Umno adalah parti sekular yang mengasingkan ugama dan pemerintahan.

Mashitah ini seperti yang diulas oleh rakan saya di dalam tulisannya, pernah memberi `fatwa' bahawa perempuan yang miskin dan susah dibenarkan menjadi pelacur kerana `dharurat'. Orang seperti ini mahu diharapkan untuk menjaga orang-orang Melayu apatah lagi Islam? Inilah nasib yang diterima oleh orang yang berpendidikan agama apabila terpedaya dengan keduniaan. /mandor.blogspot.com

IKUTI TERJEMAHAN WASHINGTON POST INI, BENARKAH ANWAR MOHON MAAF ?

Kontroversi artikel The Washington Post


Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post

Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. /Sumber: Detik daily

Komen Blogger:

Mengapa susah sangat pemimpin Umno untuk memahami bahasa mudah di dalam akhbar berkenaan? Kita ingat YB DSU Rais Yatim yang selalunya berbunga-bunga bahasa percakapannya itu arif tentang maksud bahasa, rupa-rupanya ada juga kejahilan di dalam pengetahuan bahasa MP dari Jelebu itu. Jika sudah kelulusan Oxford yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno yang tidak berjawatan di dalam kabinet itu pun tidak faham apa yang tertulis di akhbar berkenaan, apa lagi pemimpin Umno yang lain.

Di mana yang dikatakan DS Anwar mohon maaf? Secara jelas DS Anwar menyebut sememangnya beliau menentang keras dan hilang sabar terhadap Israel. DS Anwar dikatakan cuma kesal jika istilah yang digunakan itu menyebabkan silap faham di kalangan mereka yang tidak bersalah tetapi tiada satu pun ayat atau perkataan menyebut DS Anwar mohon maaf atau menarik balik kecamannya terhadap zionis Israel.

Apa yang menariknya, tulisan di akhir artikel tersebut menyebut bahawa perubahan DS Anwar dari seorang yang demokrat yang pro Amerika kepada fanatik Anti Israel merupakan sesuatu yang serius. Bukankah ini bermaksud bahawa Penulis artikel tersebut juga masih yakin dan percaya sememangnya DS Anwar anti Zionis Israel. Sekaligus, ini membuktikan bahawa DS Anwar tidak memohon maaf kepada puak yang menyokong zionis Israel itu.

Oleh yang demikian, mengapa pemimpin Umno menafsirkan benda lain dari yang dimaksudkan oleh Penulis itu sendiri? Mengapa tidak dihebohkan tentang tuduhan liwat yang direka terhadap DS Anwar di dalam artikel yang sama? Mengapa tidak diulas tentang pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib sebelum tuduhan liwat 2 ke atas DS Anwar? Bukankah perkara itu juga ditulis oleh Penulis?

Kesimpulannya, ini bermakna pemimpin Umno masih lagi tercari-cari isu yang boleh mereka gunakan untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Mereka sanggup dilabelkan bodoh asalkan rakyat mempercayai mereka. Masalahnya, adakah rakyat kesemuanya ingin menjadi bodoh seperti mereka? Jika Najib, KJ, Rais, Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang merasakan mereka telah menjumpai keburukan DS Anwar, kita cabar mereka untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar. Sekali lagi kita boleh memotong jari jika pemimpin Umno berani berdebat dengan DS Anwar. Mustahil, kerana Umno dulu, kini dan selamanya memang penikus./wfauzdin.blogspot.com