RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 22 Mac 2012

AZMIN PULA DISERANG KERANA HARTA, PILIHANRAYA HAMPIR SANGAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SECARA tiba-tiba giliran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR pula diserang.  Isu harta Azmin pula timbul.  Sebenarnya isu ini sudah berpuluh tahun disebut seawal zaman reformasi lagi mereka mendakwa Azmin memiliki harta di dalam dan di luar negeri yang terlalu banyak, mungkin jauh lebih banyak dari `tokey lembu Feelot'.

Tandanya apa?  Tandanya kita di dalam PR perlu bersedia kerana Pilihanraya Umum semakin hampir.  Apabila isu-isu basi sudah mula dimamah semula oleh Umno, maka itulah tanda mereka sudah tidak mampu lagi untuk mencari kesalahan pemimpin PR.  Di TV3 suku malam tadi, tegang urat Ruslan Kassim bekas Ketua Penerangan KEADILAN mencabar Azmin letak jawatan kerana `harta'nya.

Wahai Ruslan Kassim.  Apakah kamu ingat rezeki Allah tidak beri kepada orang lain selain dari mereka yang hanya minta sedekah di dalam Umno?  Kamu dulu sewaktu di dalam KEADILAN bukan main hebat membelasah Umno, tiba-tiba timbul kes bahawa kamu mahu dimufliskan oleh pihak bank.  Oleh kerana perjuangan kamu adalah untuk perut, maka kamu pun istihar keluar KEADILAN.  Kes muflis pun senyap.  Orang macam ini kah yang mahu mencabar Azmin letak jawatan?  Malu lah sikit pada kawan-kawan kamu yang lain yang mengenali siapa kamu. 

Aku bukan penyokong kuat Azmin atau taksub dengan Azmin.  Azmin seperti manusia lain juga mempunyai kelemahan.  Tetapi kekuatan Azmin yang Ruslan Kassim tidak boleh tandingi hatta sebanyak taik kuku itu adalah kesetiaan beliau pada parti.  Jika benar Azmin memperolehi kekayaan dengan cara merompak harta rakyat atau rasuah, sesiapa sahaja boleh laporkan dan SPRM boleh siasat.  Jika ada bukti, heret saja Azmin masuk ke mahkamah.  Habis cerita.  Apa masalahnya?  Bukan Azmin sahaja, jika DS Anwar sekalipun mereka boleh heret jika cukup bukti.  Sekadar buat cerita bodoh di dalam TV dan Utusan buat apa?  Rakyat tidak sebodoh Ruslan Kassim.

Peliknya, tidak sepatah pun keluar dari mulut Ruslan Kassim menyuruh Shahrizat letak jawatan sebelum ini.  Siapakah pemimpin Umno yang pernah disuruh oleh Ruslan Kassim letak jawatan selama beliau berada di dalam Umno?  Kita di dalam PR berbeza, kita tuduh bersama dengan bukti dan ada asasnya.  Contoh, isu lembu di dalam kondo.  Ada asas dan kini akan dibawa ke mahkamah.  Isu cincin RM24 Juta, ada asasnya iaitu Borang Kastam dan diakui sememangnya cincin itu ada masuk ke negara ini walaupun tiada rekod keluarnya cincin itu.  Isu dagang dengan Israel pun ada asasnya iaitu berupa dokumen dan akhirnya Menteri akui sememangnya ada hubungan dagang.

Tuduhan terhadap Azmin apa asasnya?  Adakah kerana Azmin memiliki dua tiga biji kereta sport maka tandanya Azmin rasuah?  Jika begitu asasnya, ramailah anak-anak Raja atau kerabat Diraja yang kaki rasuah kerana mereka juga banyak memiliki kereta mewah.  Kalau Ruslan Kassim hanya mampu memiliki kereta buruk walaupun makan minum disuap oleh Umno, jangan dengki atau iri hati jika orang lain lebih dari kamu.   /wfauzdin.blogspot.com

BLOG DAN PORTAL PRO UMNO JUGA SUDAH RIMAS DENGAN UMI HAFILDA

UMMI HALFIDA LAGI

(Disiarkan semula apa yang Blog Pro Umno Ini Tulis Di Umno-Reform2)

Cuba fikirkan - kalau seseorang itu berani melakukan seks luar tabii yang di tegah kuat oleh agama - apa lah setakat bersumpah itu.

Merujuk kepada artikel : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48162-ummi-hafilda-gives-details-on-anwars-alleged-bisexual-activities

Setelah Datuk Nalla mengeluarkan kenyataan hari ini Ummi Halfida adik kepada pemimpin Keadilan Azmin Ali memperakukan cerita Ummi Halfida. Mungkin isu ini akan terus menjadi kekuatan kepada Anwar Ibrahim – dengan saman yang akan dilakukan kepada Utusan dan Nalla Karupan. Kita hari ini nampak jelas – salah satu kegagalan kita adalah untuk menjadikan pengajaran mengenai tuduhan melulu dan tidak mempunyai asas. Adakah kita sebenarnya menjadi payung kepada keberanian melemparkan tuduhan? Adakah kita terlibat kerana keberanian mereka akan menjadikan ini satu alasan kepada pembangkang bahawa apa sahaja yang kita lakukan mendapat perlindungan dari mahkamah. Ini memburukkan reputasi sistem keadilan kita. Semakin lama ini berterusan – ini juga akan menjejaskan kerajaan yang ada hari ini.

Kita andaikan rakyat marhaen melihat isu ini. Satu tuduhan selamba yang tidak diikuti dengan asas tuduhan. Mereka berani – mungkin kerana mereka tahu kebenaran tetapi kebenaran memerlukan bukti kukuh. Pembangkang akan menjaja – mereka berani kerana mereka dilindungi kuasa dan melihat kepada beberapa keadaan – persepsi ini akan terbentuk kuat. Mereka akan percaya bahawa kenyataan tuduhan ini berani dibuat kerana dilindungi dan akhirnya persepsi terbentuk bahawa kerajaan dapat mempengaruhi mahkamah. Siapa yang rugi secara keseluruhan dalam insiden ini.

Kita perlu lihat kenapa kenyataan Ummi Halfida dan Nallakarupan ini diangkat oleh blog dan portal pembangkang. Ini bagi mereka memberi loncatan politik kepada pembangkang. Isu tuduhan ke atas Anwar Ibrahim akan memberi loncatan politik yang tinggi – apa lagi kalau si penuduh itu tidak mempunyai kredibiliti yang kuat tidak mempunyai asas pembuktian yang sahih.

Mereka mengangkat berita itu untuk tujuan yang lebih besar sedangkan kita menyokong berita itu untuk tujuan yang kecil dan tidak akan memberi kesan kuat kepada kita dan rakyat. Kita terpengaruh – ini satu berita hebat tetapi kita gagal melihat kehebatan berita ini adalah untuk dipatahkan kepada kita balik.

Mungkin ini adalah apa yang kita sering katakan – sokongan membawa rebah. Mungkin inilah yang perlu kita sedar – sebelum ghairah membuat sokongan dan membawa berita ini untuk dijaja di setiap ceramah UMNO.

Petikan Komen Dari Pengunjung Blog Berkenaan:

masih cerita lama |2012-03-21 10:00:00
aku masih ingat bagaimana si jalang ini menyelak kain dan menunjukkan pahanya pada orang orang mengikuti ceramahnya di taman delima sp sewaktu awal reformasi.
"adakah paha putih debu ini ,anwar nak tengok saja"
begitulah si jalang ini menjual maruah dirinya dan amat malang masih ada pemimpin umno masih menggunakan khidmatnya.jika tidak betul khidmatnya di gunakan,masakan begitu mudah dia mendapat tempat untuk berucap dalam majlis majlis yang di anjurkan olih mereka mereka yang mengaku menjadi ahli umno.
mereka mereka inilah sebagai penghalang kebanyakan bekas penyokong umno untuk kembali pada umno

masih cerita lama   |2012-03-21 10:03:14
tambahan;jika ia berlaku kenapa sebelum ini si jalang ini TIDAK pernah menjual cerita nya sebagai pelaris pembohongannya.
pada yang masih percaya pada si jalang ini,bukalah kembali dan bacalah kes perbicaraan liwat 1 DSAI dan buat keutusan semula siapa sebenarnya si jalang ini

Anonymous  - biar betul ko ckp ini   |2012-03-21 11:48:18
betul ke ko ckp ini. Dia tunjuk peha ckp cam tu. Kalau betul alamak, betul jalang ni. kalau cam 2 knp kita biarkan dia dok bersuara. betul ke sdra?

Anonymous   |2012-03-21 16:31:02
kalau betul en. anwar ibrahim tu spt yg dikatakan, tolonglah dakwa beliau, tunjukkan bukti pd saluran yg betul. x perlu lah keluar statement anwar itu, anwar ini, kata nk bagi bukti, tp tgu pya tgu x keluar2 pun.Lama2 rakyat jd muak dgn cerita2 ni. persepsi rakyat terhadap cerita mcm ni akhirnya hanyalah sekadar fitnah politik. kalau perkara ni benar, x ke haru mlysia ni.
So kpd yg kata anwar itu dan ini, sila kemukakan bukti yg boleh dipercayai, dan gunakan saluran yg betul utk dedahkan perkara ini. Ini belum apa2 dah kata mcm2.
bosan betul.

Azlan  - ripley's believe it or not     |2012-03-21 20:02:04
Yes, believe it or not, there are still people who are buying all these floating accusations.

Rabu, 21 Mac 2012

HASSAN PARASIT AKIDAH BERSAMA UMI ANDARTU LAKUKAN ROADSHOW BERSAMA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

UMI Hafilda Ali, seorang betina tua yang masih belum berkahwin (nikah?), seorang anak `dara?' keturunan darah sedaging dengan Azmin Ali walaupun pernah dianggap bukan anak lagi oleh bapanya, di dalam Malaysiakini dilaporkan merancang untuk membuat roadshow seminggu sekali di seluruh negara.  

Sebenarnya sudah lama betina ini berjanji sedemikian, bahkan beliau juga pernah berjanji akan mendedahkan rakaman video berkotak-kotak yang kononnya melibatkan musuh utama beliau iaitu Anwar.  Sehingga kini, mana pendedahan video itu?  Mengapa tidak diserahkan kepada TV3 suku untuk ditayangkan seperti video Datuk `T' sebelum ini?  Atau, setidak-tidaknya serahkan sahaja video-video  yang beliau simpan itu kepada Blogger pencacai Papagomo.  Bukankah Papagomo memang suka benda-benda setaraf bangkai seperti itu?  Anjing makan tulang lebih baik dari anjing makan bangkai.  


Kita rasa elok juga jika betina tua ini berpakat dengan Dr Hassan Ali Parasit Akidah untuk mengadakan roadshow bersama kerana Hassan Parasit Akidah ini juga sedang melakukan perkara yang sama.  Tambahan pula, masing-masing mempunyai musuh yang sama iaitu Anwar dan masing-masing juga `menjilat' punggung orang yang sama iaitu Najib. Jika mahu nampak lebih hebat lagi, roadshow itu nanti boleh disertai bersama oleh Nalla Karuppan dan Ezam sesumpah.  Masing-masing pun mempunyai musuh yang sama dan suka `menjilat' orang yang sama.


Kadangkala kesihan melihat Umi Hafilda, terlalu sibuk mencari sesuap nasi dengan terpaksa menjadi pencacai setaraf pelacur murahan yang menjaja cerita lucah ke hulu ke hilir.  Sibuknya betina yang dibuang oleh bapanya ini sehingakan beliau `terlupa' beliau masih belum berkahwin walaupun umur mahu mencapai ke taraf nenek sekarang.  Atau, beliau teringin sangat mahu berkahwin seperti wanita yang lain, malangnya jantan kemaruk mana yang mahu menjadikan betina lucah sebagai bini?  Sejahat-jahat lelaki pun, semuanya mahu isterinya orang yang baik dan cantik.  Lelaki mana mahu betina yang rupanya pun sesuai dengan perangai lucah dan suka mencarut seperti itu?

Semenjak betina ini berpusing ke seluruh negeri berceramah dengan maki hamun, cakap lucah dan jijik serta membuat fitnah ke atas Anwar, adakah sokongan terhadap Anwar berkurangan?  Jika benar sokongan terhadap Anwar berkurangan, perlu apa disekat dengan berbagai cara program Anwar sehingga ke tahap kereta Anwar pun menjadi mangsa?  Ertinya, usaha betina tua ini dan juga para pencacai yang lain gagal samasekali.  Mereka makan gaji buta selama ini. 

Bayangkan, jika Dr Hassan Parasit Akidah ini yang memiliki PHD pun gagal menjatuhkan Anwar, siapa lah Umi yang kelulusan tidak seberapa ini?  Untuk menjadi penceramah lucah tidak perlu berpendidikan tinggi, cukup sekadar seseorang itu mempunyai moral yang rendah jika tidak serendah pelacur jalanan pun./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 20 Mac 2012

JADILAH ANAK JANTAN, KATA BEKAS ADUN UMNO P.MANIS

Saya tidak mahu membosankan pembaca mengenai ceramah yang saya sertai bersama Mat Sabu dan Aspan Alias di Pekan. ianya hanya salah satu ceramah yang sudah saya mulai sejak bulan yang lalu. Yang menjadikan ribut, ialah tidak ramai yang sangka, kita berani lakukan program seperti itu dalam gelanggang Najib sendiri. Entah apa yang kita mesti takut dan segan, saya tak tahu. Najib hanya harimau kertas dan mudah kita koyak kan satu persatu. Hanya tunggu. Its no big deal. Saya akan menyertai banyak lagi ceramah dalam daerah Pekan. 
 
Dato' Arif Sabri - Bekas Adun P.Manis, Pekan/Blogger Sakmongkol

Ada beberapa reaksi yang tidak rasional timbul daripada ceramah sulung saya sebagai ahli DAP di Pekan Pahang. Goga dan riuh orang UMNO Pekan. perkara yang saya bangkitkan amat mudah di jawab. Baru sekali datang- orang UMNO Pekan macam hilang akal. Relax lah brader. Saya akan datang lagi untuk menyampaikan ceramah.

Anjurkan suatu majlis penerangan poltik dan jawab lah. Jawab lah isiu cincin, handbag, Melayu tak Melayu nya, benarkah UMNO membangunkan bangsa Melayu semua nya, dan lain lain isiu. Cuba bezakan antara tanggung jawab melaksanakan amanah dengan melakukan jasa. Mengenang jasa jangan di paksa. Ianya datang secara suka dan rela. Jawab juga hal lembu. Jawab hal korapsi dan rasuah. Malah bukan itu sahaja yang akan saya bangkitkan. Saya bercadang meletihkan UMNO Pekan.

Politik jawablah dengan politik. Namun, saya tidak ada masaalah jika mahu menceritakan soal2 peribadi. AJK UMNO Bahagian Pekan ini semua nya rakan rakan saya. Budak hingusan yang jadi MC malam itu sahaja yang tidak lahu latar belakang hubungan saya dengan ramai AJK bahagian dan ketua cawangan. Ramai yang datang berjumpa saya sebelum dan selepas ceramah tersebut. Si hingusan itu menyebut perihal ketibaan SU Bahagian Pekan yang di canangkan sebagai tahu mengenai Dato Ariff Sabri dari A-Z. saya meyambut dengan berkata Alhamdulillah sebab saya tahu juga mengenai SU Bahagian , bahkan Najib Razak dari A-Z. takde hae, kata orang Pekan.

jika mereka tahu saya dari segi A-Z, maka saya pun tahu kesemua mereka termasuk Dato Najib dari A hingga Z jugak. Ingat ya- jika pipi kanan saya di cubit, saya tidak akan beri pipi kiri untuk di cubit jugak.itu amalan orang Nasrani. Saya akan cubit ke dua2 pipi kamu. Jadi, jangan bercakap bohong mengenai saya, dan saya berjanji tidak akan mendedahkan kebenaran mengenai kamu di khalayak ramai.

Jika ada orang menyatakan mereka mengenali saya- ini adalah dusta yang amat besar. Tidak ada sorang pun ahli UMNO di bahagian Pekan bersama saya di tingkatan 5, 6 dan seterusnya ke university. Jadi sekali lagi jangan berdusta mengaku kamu mengetahui saya. Ertinya, jika saya cakap terus terang- jika kamu tidak pernah bersama saya dari alam sekolah hingga ke university, kamu bukanlah sama taraf dengan saya. Bahasa begini sahaja yang di fahami oleh mamat UMNO ini. terpaksa lah saya cakap kasar sedikit.

Kaedah penyampaian ceramah tidak sama dengan menulis blog. Ia memerlukan emotional appeal sahaja. Maka yang demikian perkara sensasi di timbulkan. Kita mesti juga sedar bahawa tahap kapasti minda para pendengar adalah average. Mereka lebih memahami kaedah asosiasi. Bongkak sombong dan lagak mewah di kaitkan dengan cincin yang berharga RM 72 juta. Saya tidak menyebut ianya cincin di beli oleh sesiapa. Saya bertanya berapa banyak RM 500 kita hendak beri untuk menyamai harga sebentuk cincin. Juga berapa RM 500 yang kita mesti beri untuk menyamai harga satu handbag yang kaum wanita sanggup mati untuk mendapatkan nya. Ini kemewahan di tengah sengsara rakyat.

Saya menyebut hal pelat dan masuk Melayu kerana untuk memusnahkan anggapan dan metos yang di jaja UMNO bahawa Melayu UMNO sahaja yang Melayu nya. Jadi jangan kita berlagak kita lebih Melayu hanya sebab kita Melayu UMNO. Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion’s den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den.

Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.

Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang.

Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Setia hamba setia bertempat
Setia pak malau setia melulu



Mengapa kita mahu taksub dengan jawatan feudal ini? kita hormat tapi tidaklah sampai menyifatkan kedudukan itu maksum. Hormat kita hormat bertempat dan bersyarat. Itu sumpah seribu jebat si anak tani. Kenapa saya harus taksub? Sementara tok nenek saya berparang, bertombak dan berlembing melawan penjajah, ada sekumpulan yang di sanjung setengah orang sedang berpoya2 dan bergundek dalam kediaman mereka. Dan apabila keadaan kembali aman, yang bergundek dan berpoya tadilah yang tampil kehadapan dan mengaku merekalah yang memperjuangkan kepentingan yang berkuasa. Saya katakan- jadi jadi lah dan cukup lah hendak menjual kelentong dan cara yang lapuk.

Itu pun prinsip perjuangan moyang saya yang turun dari Kelantan dan menetap antara tempat nya di Jerantut- Pulau Tawar dan Tebing Tinggi. Menyamakan kritikan dalam ceramah dengan menjatuhkan maruah Raja Pahang adalah kerja orang pandir.

Elok saya nyatakan disini, cara persembahan ceramah tersebut memang di sengajakan. Tujuan nya ialah membangunkan orang Melayu yang sudah lama tidur dan lena dalam buaian UMNO dan BN. UMNO dan BN lah yang mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda yang beku.

Apa pasal kamu bercakap mengenai UMNO jika kamu sudah keluar UMNO? Jawapan nya, UMNO buat masa ini memiliki apa yang kita mahukan iaitu kuasa kerajaan. Oleh yang demikian, ia mesti diserang. Itu jawapan mudah.

Jawapan yang lebih panjang ialah kerana UMNO menganiayai bangsa Melayu. Kita telah memberikan UMNO kuasa lebih 50 tahun, apa yang orang Melayu telah capai? Penguasaan ekonomi tidak sampai 20% sedangkan orang melayu merupakan 60% lebih dari penduduk negara ini. walhal, hampir semua pimpinan jabatan kerajaan, menteri besar, ketua polis-, ketua jabatan, KSU dan kepala GLCs adalah Melayu.

Kenapa kedudukan orang ekonomi orang melayu tercicir? Jawapan nya ialah kuasa yang kita berikan kepada UMNO lebih dari 50 tahun, tidak digunakan dengan baik. Sebab, tujuan perjuangan UMNO hari ini, telah menyimpang jauh dari missi perjuangan UMNO yang asal.

Memang benar UMNO memperjuangkan gagasan Bumiputera, akan tetapi, konsep Bumiputera UMNO mempunyai pengertian khusus. Bumi di belakang atau tercicir, putera di hadapan. Dan putera yang di maksudkan ialah putera bangsawan, putera pemimpin atasan, putera golongan elit. Mereka inilah dalam golongan Melayu yang memonopoli kekayaan negara. Mereka bersekongkol dengan cukong2 India dan Cina. Golongan majority Bumi- tercicir dan di tinggalkan di belakang , menadah tangan di suruh bersyukur terhadap kebajikan yang di teteskan kebawah.

Pemimpin UMNO kalau pergi turun padang hanya tahu mengkakaktuakan 3 ayat Quran:-

(1) Mengenai syukur- La azi dan nakum…….
(2) Wa’tasimu bihablillah- berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
(3) Bersetia kepada rasul dan pemimpin- ati ‘uLlah ha wa ‘ati urrasul…..

Memang benar kita di suruh bersyukur tapi bukan kepada UMNO. Memang kita berpegang kepada tali Allah tapi bukan kepada tali yang di bekalkan oleh UMNO dan memang benar kita bertaaat setia kepada pimpinan dengan syarat pemimpin berlaku adil dan baik.

Makna nya, sokongan kepada UMNO sentiasa bersyarat dan bukan mutlak. Demikian juga jawatan presiden UMNO, pengerusi BN da PM adalah bersifat TOL atau LPS- Lesen pendudukan sementara. Ia bersifat sementara selari dengan sokongan yang di berikan rakyat. Dan bila rakyat memilih untuk menarik balik mandat dan amanah yang di beri, kita hendak mohon maaf apa lagi.

Izinkan saya menurunkan beberapa rangkap sajak yang di karang oleh Pendita Zaaba dalam tahun 1920an. Zaaba telah menulis dalam bahasa Inggeris:-

I tell you not in mournful numbers
That the Malays are a dying race
I only want the soul that slumbers
To wake and work in these bright days.


Tapi inilah yang di lakukan oleh UMNO selama ini. mengekalkan orang Melayu dalam tidur yang di buai mimpi rekaan UMNO dan mengekalkan jiwa hamba orang Melayu. Akibat nya orang Melayu menjadi bangsa yang lesu sentiasa bergantung untuk perlindungan dan kemajuan dari UMNO.
Sebab itu seterusnya, Zaaba menyatakan:

Bukan saya nyatakan dengan nada sedih
Mengenai cara nya memajukan bangsa Melayu
Biarlah setiap Melayu insaf
Caranya bukan bergantung harap dan cepat berpuas hati.
 

VIDEO - BUKTI PM PENGARUHI MAHKAMAH?

Isnin, 19 Mac 2012

ABU ADALAH `ASAL BUKAN UMNO' BUKAN BERERTI `ASAL BUKAN MELAYU'

Oleh:  WFAUZDIN NS


TERDAPAT suara-suara yang amat tidak selesa apabila Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) kini telah merebak ke merata negeri.  Jika suara-suara itu datangnya dari puak sebelah sana, itu tidak menghairankan kerana bagi mereka kempen ABU amat membahayakan periuk nasi mereka, tetapi malangnya suara-suara itu datangnya dari dalam yang mereka amat faham dan kenal apa itu UMNO.

Kita jangan keliru dan dikelirukan dengan perjuangan ABU.  ABU bermaksud `Asal Bukan Umno' dan jangan pula disalahgunakan dengan menyebut ABU itu adalah `Asal Bukan Melayu'.  Jika tafsirannya disalahgunakan maka kita akan terperangkap dengan `fatwa' Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno.  Jauh samasekali.

YB Nurul Izzah turut bersama `ABU'
Kita bukan menentang Melayu jauh sekali menentang Islam.  Kita lawan Umno yang terlalu banyak menjadikan bangsa Melayu menderita.  Tidak kiralah siapa yang mengilhamkan ABU, jika baik untuk digunakan untuk menguburkan Umno (ingat, Umno bukan Melayu) maka kita harus menyokongnya.  Ada yang bertanya, jika ABU itu bermaksud `Asal Bukan Umno', adakah bererti kita boleh menyokong MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti berbentuk perkauman yang lain di dalam Bn? 

Kita harus faham bahawa Umno adalah simbolik sahaja, ertinya apa sahaja parti yang bersekutu dengan Umno ertinya lawan kita.  Umno juga adalah tunjang kepada Bn, tambah pula Umno lah yang punyai banyak rancangan dan dasar yang membuatkan rakyat semua kaum di negara ini hidup semakin terhimpit.  Sebagai contoh, Islam mengharamkan `daging babi' untuk dimakan, adakah ianya bermaksud tulang dan kulit babi halal dimakan? 

Oleh yang demikian, wajar kita faham apakah simbolik kepada slogan ABU itu.  Puak mereka juga sudah memulakan slogan `ABAI' (Asal Bukan Anwar Ibrahim), adakah ini bermakna puak mereka setuju dengan Karpal Singh atau Haji Hadi?  Justeru itu, ABU mesti diperhebatkan.  Tiada pemimpin di dalam ABU, rakyat yang insaf dan sedar kecurangan Umno selama lebih 50 tahun memerintah patut meraikan kempen ABU ini dan mereka adalah pemimpin kepada ABU./wfauzdin.blogspot.com


Jumaat, 16 Mac 2012

YB NURUL DATANG LAGI KE FELDA LEPAR , INGATAN BUAT SAMSENG UPAHAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

BUKAN misi balas dendam tetapi jauh sekali untuk merasa takut dengan sebarang ugutan oleh samseng-samseng belaan Umno di Lepar Hilir.  Pada program ceramah YB Nurul Izzah bersama YB Nik Nazmi di Felda Lepar Hilir 1 pada 26 Feb yang lalu, berlaku tindakan ganas dari mereka yang tidak bertamadun dan difahamkan bukannya dari penduduk tempatan Lepar Hilir 1 tetapi diketuai oleh seorang samseng bacul dari Lepar Hilir 2.

Ketua perusuh terhadap seorang YB wanita anak sulung kepada DS Anwar itu wajahnya telah tersebar di merata-rata melalui internet, siap diketahui di mana alamat dan no telefonnya.  Maka, program YB Nurul Izzah terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak Polis pada malam itu. Sesudah membuat kacau, puak samseng tersebut dikatakan dibawa menjamu selera di sebuah kedai makan di Batu 11, jalan Gambang.  Kononnya meraikan kejayaan mereka membuat kerja bangang dan pengecut itu.

Sebagaimana yang dijanjikan kepada penduduk Lepar Hilir, sekali lagi YB Nurul Izzah akan berkunjung di tempat yang sama pada 17 hb Mac ini.  Difahamkan kebenaran dari pihak Polis telah diperolehi dan khabarnya puak-puak tidak bertamadun itu sekali lagi ingin membuat kacau atau provokasi.  Kali ini dikatakan mereka akan mengadakan ceramah juga pada waktu yang sama dengan mengundang bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Adun PAS yang telah dipecat iaitu Dr Hassan Ali atau lebih sinonim disebut Hasan Akidah @ Jati.  Aku tidak tahu lah samada Hasan Jati ini sanggup menjadi barua atau bersubahat dengan kerja-kerja khianat seperti ini.

Program anjuran KEADILAN Paya Besar dan Dun Lepar itu tetap akan diteruskan walaupun didatangkan Iblis dari gunung mana pun datang untuk mengganggu.  Namun kali ini, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.  Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat akan lebih bersedia pada program ini nanti dengan satu slogan "Kita tidak menjual, tetapi kita juga tidak keberatan untuk membeli".  Khususnya KEADILAN, kita akan garapkan tenaga dari semua peringkat parti terutamanya dari AMK yang berperanan menjadi benteng kepada parti ini.  PAS juga turut memberikan komitmen mereka untuk menawarkan Unit Amal bagi menentukan program malam itu nanti dapat berjalan dengan aman dan selamat.  Begitu juga dari SAMM Pahang yang akan mengumpulkan beberapa ahlinya untuk saling bekerjasama bagi memastikan tiada lagi samseng bermaharajalela.

Adalah diharapkan pihak berkuasa pada malam itu nanti dapat berfungsi dengan baik, telus dan adil.  Lojiknya, dua program dari parti berlawanan di dalam satu lokasi pada tarikh dan waktu yang sama patut dilarang oleh pihak berkuasa lebih awal.  Namun, semenjak kebelakangan ini mereka sering terlepas pandang aspek keselamatan seperti ini seperti juga baru-baru ini di Sg Miang, Pekan.  Di Sg Miang, Pekan puak Umno dibenarkan berceramah bersebelahan dengan ceramah PAS dengan hanya dijarakkan lebih kurang 50 meter sahaja.  Lebih malang lagi, beberapa pemuda mereka hampir ke tepi pagar tempat ceramah PAS dengan menjerit-jerit umpama orang kena sawan babi.  Tiada satu pun tangkapan dibuat pada malam itu. 


Apa yang bakal berlaku pada 17 hb Mac ini nanti?  Kita tunggu saja.  Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, marilah kita sama-sama meraikan demokrasi dengan hadir beramai-ramai ke Felda Lepar Hilir 1 pada 17 Mac ini jam 09.00 malam.  Selepas itu, YB Nurul Izzah akan beregas pula ke Markas PAS Felda Cini 3, Pekan untuk berceramah.  Lawan Tetap Lawan./wfauzdin.blogspot.com  

Rabu, 14 Mac 2012

TAHNIAH, SAMM PAHANG MAJU SETAPAK LAGI

 Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH aku ucapkan kepada SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Pahang yang kini semakin maju ke depan apabila mewujudkan FaceBooknya sendiri iaitu `SAMM Pahang'.  Aku juga difahamkan SAMM Pahang kini telah mula bersedia untuk mewujudkan blog sendiri pula.  Alhamdulillah.

Sebelum ini gerakan SAMM Pahang hanyalah secara individu melalui FB masing-masing.  Namun, berkat usaha Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta yang juga bekas Timbalan Ketua AMK Pahang dan bekas Ketua AMK Kuantan serta dibantu oleh rakan-rakan beliau, maka wujudlah FaceBook SAMM Pahang ini.  

Aktiviti SAMM Pahang sejak kebelakangan ini hanyalah mempergiatkan usaha di dalam Kempen ABU (Asalkan Bukan Umno) di merata-rata kawasan di seluruh Negeri Pahang.  Hasil daripada kempen yang berterusan, alhamdulillah, baru-baru ini di beberapa kawasan Felda iaitu kubu kuat Umno, kempen ABU mendapat sambutan.

Secara peribadi, aku sendiri adalah penyokong SAMM dari awal lagi.  Sewaktu pemilihan di dalam KEADILAN dulu, aku juga salah seorang yang menyokong kuat Chegu Bard (Penyelaras SAMM) untuk bertanding jawatan Ketua AMK.  Tetapi, apa jua keputusan dari pertandingan itu aku tetap menyokong SAMM kerana bagi aku SAMM bukan lah sayap parti yang boleh aku kaitkan dengan keputusan pemilihan yang secara prinsipnya aku terima apa jua keputusan parti yang aku sertai sekarang. Bagi aku, masalah pemilihan biarlah mereka yang arif menentukannya.

Walaupun ada di kalangan rakan-rakan mendakwa SAMM wujud adalah kerana kekalahan Chegu Bard di dalam pemilihan Ketua AMK, bagi aku itu merupakan dakwaan yang ternyata tidak berpijak di bumi nyata.  Mereka boleh lihat, SAMM lebih awal wujud sebelum pemilihan lagi dan prinsip perjuangan SAMM jauh berbeza dengan prinsip kepartian, cuma asasnya sama iaitu menentang rejim yang zalim.

Walaupun aku penyokong gerakan SAMM ini, aku juga pernah mengkritik beberapa ahli SAMM yang kadangkala terbabas dan keterlaluan di dalam berkata-kata.  Bahkan, aku juga pernah menegur dan memberi pandangan kepada Chegu Bard secara peribadi dan juga melalui blog berkaitan beberapa perkara.  Tetapi semua ini tidak pernah menjadikan hubungan kami rosak akibat perbezaan pendekatan atau kritikan.  Ini lah hebatnya SAMM yang berani berdepan secara hujah bukan hanya berlagak hero di belakang tabir dan melalui facebook semata-mata.  

Bagi aku Chegu Bard (Penyelaras SAMM) sebagai Ketua Cabang Rembau dan orang kanannya iaitu Ketua AMK Rembau telah berjaya mengangkat parti ini melalui gerakan SAMM.  Ertinya, hujah yang menyebut bahawa SAMM dan AMK sentiasa bermusuh amat tidak tepat samasekali, walaupun tidak dinafikan ada yang merasakan begitu dek kerana tidak matangnya politik mereka.  Secara peribadi juga aku mengalu-alukan penubuhan beberapa NGO lain seperti Jingga 13, AIC (Anwar Ibrahim Club), MAP (Memacu Arus Perjuangan) dan beberapa lagi NGO yang sentiasa menjadikan rejim zalim sebagai sasaran mereka.

Apa yang penting bagi aku, kerja parti mesti diletakkan di atas segala-galanya.  Jika peluang melalui parti agak terhad untuk meneruskan perjuangan maka gunakanlah platform NGO seperti ini untuk meneruskan perjuangan asalkan sasarannya tetap sama.  Kita sedar, ada di kalangan di dalam parti yang `beku' di dalam perjuangan malahan ada ketua yang malas untuk hadir mesyuarat parti, tetapi mereka tidak pula mahu berjuang melalui NGO-NGO seperti yang disebut di atas.  Sikap inilah sebenarnya yang menampakkan kepimpinannya tidak berkesan dan tidak berpengaruh.

Sekali lagi tahniah kepada SAMM Pahang.  Teruskan perjuangan anda dan harungilah apa sahaja yang berada di hadapan tanpa menghiraukan `kemuncup' di jalanan.  Kekalkan prinsip SAMM sebaik mungkin dan kamu harus sedar pejuang yang hebat pasti mempunyai ramai musuh samada di luar mahu pun di dalam./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 13 Mac 2012

FESYEN HAJJAH ROSMAH BUKTI KONSEP `WASATIYYAH' UMNO BERJAYA


Oleh:  WFAUZDIN NS

FOTO di atas adalah foto terbaru sewaktu pembukaan sidang Parlimen semalam.  Untuk apa foto ini disiarkan?  Penting sangatkah kepada kita?  Memang penting pun.

Semua kenal beberapa tokoh di dalam foto di atas.  Selain dari DYMM YDP Agung dan Permaisuri, ada dua lagi tokoh penting di negara ini yang bergambar bersama.  Mereka adalah Haji Najib dan Hajjah Rosmah Mansor.  Apa yang peliknya tentang foto mereka berdua?  Memang pelik pun.

Sekiranya Ustazah Mashitah atau Jamil Khir melihat foto ini, terutamanya tentang fesyen pakaian Hajjah Rosmah Mansor, adakah kedua-dua pakar agama Umno tersebut mahu mengaku bahawa itu adalah isteri pemimpin negara yang mereka sanjung?  Aku rasa mesti mereka mengaku kerana jika tidak, buat apa mereka duduk di dalam saf Umno yang memilih pemimpin seperti itu?  

Hajjah Rosmah tidak peduli apa jua rakyat akan perkatakan tentangnya kerana beliau yakin dengan kekuatan suaminya Najib yang boleh membeli jiwa rakyat.  Masakan rakyat terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam akan pertikaikan pakaiannya yang `seksi' dan `ketat lagi berisi' di bahagian dada itu setelah Najib umpan rakyat dengan BR1M sebanyak RM 500.  Pastinya rakyat bersyukur dan terhutang budi pada Najib, dan tanda bersyukur itu adalah sokong Najib dan isterinya hatta apa jua yang beliau lakukan.  Itu lah erti syukur bagi mereka.

Cantikkah Hajjah Rosmah berpakaian begitu?  Mengapa Najib redha dengan cara Hajjah Rosmah?  Jawapannya anda sendiri fikir kerana anda lah yang bakal menentukan pemimpin anda sendiri.  Kalau tanya aku, usahkan aku redha dia jadi isteri PM, kalau jadi Amah di dalam rumah aku pun aku tidak redha.  /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 12 Mac 2012

ISU NFC - SHAHRIZAT TUNAI JANJI `LONDEH' SENDIRI KAINNYA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM dengan wajah selamba bagaikan orang tidak bersalah walaupun tidak boleh diselindung lagi riak wajah kekecewaan dan kedukaan, Shahrizat Jalil pun mengumumkan akan `meletakkan jawatan' beliau sebagai Menteri.  Bila?  Esok atau lusa atau minggu depan?

Jawapannya bukan esok atau pun minggu depan, tetapi bulan depan iaitu sama dengan tarikh tamatnya tempoh beliau sebagai Senator.  Jangan kita lupa, beliau dilantik jadi Senator untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Menteri.  Lojiknya, tamat tempoh Senator, maka tamatlah tempoh menjadi Menteri.  Jadi, mengapa perlu Shahrizat buat cerita sedih kononnya beliau akan meletakkan jawatan?  Bukankah memang lojik beliau berhenti jadi Menteri apabila tidak lagi menjadi Senator?  

Rakyat termasuk beberapa kerat pemimpin Umno bukan mahu Shahrizat berhenti jadi Menteri serentak dengan tamatnya tempoh beliau sebagai Senator.  Mereka mahu Shahrizat berhenti serta merta kerana terlalu banyak yang buruk dari baiknya beliau berada di dalam Kabinet yang sememangnya sudah buruk itu.  Bak kata Nazri Aziz, beliau harus pulangkan balik RM250 Juta dari NFC.  Ertinya, berhenti sahaja tidak memadai bahkan jika dipulangkan kembali wang rakyat itu pun masih belum mencukupi. Seperti yang dikatakan oleh seorang Pegawai Polis dari Bukit Aman bahawa suami Shahrizat harus didakwa atas tuduhan pecah amanah.  Mampukah Peguam Negara berbuat demikian?

Kita juga mahu tahu sejauh mana Shahrizat tidak berperanan di dalam kes NFC ini.  Pokoknya bukan isu letak jawatan atau tidak, isunya adalah RM 250 Juta itu.  Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan lakonan letak jawatan yang dianggap tindakan tepat oleh Najib itu.  Nampaknya masih panjang lagi masa untuk Shahrizat berada di dalam kabinet dan diharapkan dengan masa yang masih panjang ini, tidak `memanjangkan' tangan (panjang tangan) Shahrizat. Janji Sharizat tertunai sudah, beliau telah pun `melondehkan' kainnnya./wfauzdin.blogspot.com


ADA AKU KISAH MEREKA MEROYAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

KADANGKALA kesian tengok kawan-kawan seperjuangan.  Mereka cuba mahu menjadi hero maki hamun di dalam facebook, kononnya orang lain penakut berhujah dengan mereka.  Aku pun baca semua yang ditulis dalam facebook mereka, kot-kot ada lah hujah mantap yang boleh aku jawab, malangnya yang ada hanya maki hamun.  Kesihan penyakit Umno sudah berjangkit, tidak boleh berhujah melainkan maki hamun.

Kononnya mereka berani dan kata aku ni takut untuk berhujah, lucunya setakut-takut aku pun nama dan gambar aku, maksudnya identiti aku tetap terpapar di profile facebook.  Yang menyalak maki hamun tu pulak, berselindung dengan nama yang aku sendiri tak tahu datangnya dari mana.  Lebih parah lagi guna nama parti pulak tu dalam facebook, kononnya untuk burukkan parti sendiri?

Paling bangsat dan bacul, dia minta penjelasan dari aku secara personal melalui inbox facebook aku.  Aku ni anggap dia ikhlaslah nak minta penjelasan, maka aku pun terang dan jawab apa yang beliau mahu aku jawab.  Aku ikhlas juga bagitahu dia, jika masih kabur dengan penjelasan aku, hibungi lah aku semula untuk penjelasan lebih lagi, malahan aku kata aku boleh bertemu muka jika dia masih tidak faham.  Dia pun tak jawab selepas itu, maka aku fikir dia faham....

Rupa-rupanya dia copy apa yang aku tulis melalui personal kepada dia, dia letakkan kat wall facebook.  Lepas tu, dua tiga ekor ini pun mulalah bercakap sesama mereka isu yang aku jawap tu.  Pelik juga, kan?  Aku tak hairan sikit pun dia copy paste apa yang aku tulis tu kerana apa yang tertera tiada maki hamun atau lucah pun.  Sebaliknya, mereka jadikan bahan maki hamun sesama mereka.  Ada aku kisah?  

Aku hanya tabik jika mereka yang boleh berbahas dan berhujah bukan yang menjawab dengan maki hamun.  Jika mahu cari yang pandai maki hamun untuk menjawab hujah, melambak puak-puak macam tu dalam Umno.  Sekali lagi aku tawarkan kepada sesiapa saja hatta orang-orang Umno sekalipun yang tidak puas hati dengan apa yang aku tulis, kita boleh bertemu dan berhujah cara baik.  Tetapi, sekiranya mahu pancing aku agar masuk dalam facebook yang penuh dengan cercaan dan makian, maaf sajalah kerana aku dah jemu dengan semua tu dan takkan boleh buat kita lebih cerdik melainkan bertambah bodoh...Ada aku kisah?/wfauzdin.blogspot.com