RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 15 Januari 2013

HASSAN JATI TIDAK PERLU CABAR ANWAR TETAPI CABAR TUAN GURU HJ HADI

Siapa benarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam?
Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, menyalak sekali lagi Hassan Jati tentang isu Kalimah Allah.  Rakyat sudah tidak fikir isu tersebut kerana rakyat tahu siapa sebenarnya yang berhak dan berkuasa di atas isu ini.  Surat di atas sudah cukup membayangkan sikap sebenar Umno di dalam isu ini dan Hassan Jati sudah buta hati kerana tidak sedar selama ini siapa yang memerintah dan mempunyai kuasa eksekutif di negara ini.

Pemahamannya cukup mudah, tetapi Hassan Jati sudah kering isu maka dikutip isu yang rakyat sendiri sudah mula memahaminya.  Hassan Jati mencabar DS Anwar dan DAP menerima keputusan Majlis Syura PAS tentang isu Kalimah Allah.  Cabaran bodoh yang menunjukkan Hassan Jati juga tidak faham isu ini.  DS Anwar, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS) sudah sepakat di dalam isu tersebut.  Adakah Tuan Guru Hj Hadi melanggar keputusan Majlis Syura?  Jika begitu, Tuan Guru Hj Hadi patut dikenakan tindakan tatatertib.  Tetapi mengapa tidak?  Ini adalah kerana Tuan Guru Hj Hadi tidak melanggar keputusan Majlis Syura apabila beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan tentang isu tersebut.

Cuma, Hassan Jati yang buat tidak tahu atau sememangnya dia tidak tahu.  Sebelum dia cabar DS Anwar terima keputusan Majlis Syura PAS itu, kita juga cabar Hassan Jati mencabar Tuan Guru Hj Hadi untuk berdebat berkaitan isu ini jika Hassan Jati bukan seorang yang jahil.  Mengapa Hassan Jati buat-buat tidak tahu surat di atas?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana jiwanya telah dibeli oleh sekutu APCO.  Itu saja.

Ahad, 13 Januari 2013

LAUNGAN 'MERDEKA' DS ANWAR SEMALAM PALING DRAMATIS!!

Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBAT !! Itulah yang boleh dikatakan terhadap HKR KL112# semalam (12 Jan 2013) di Stadium Merdeka.  Biarlah media bangsat menyebut perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, biarlah si Us Nasha, Berahim Katak. Hassan Jati bahkan si Sembab, Muhyiddin pun sama bangang apabila menggelar perhimpunan semalam adalah "Perhimpunan Shamsidar".

Suasana menakutkan rejim Najib
Apa yang terbukti semalam, rakyat telah bangkit untuk membuktikan kepada Umno tidak semua rakyat boleh mereka 'perlembukan'.  Rakyat sudah tidak kisah apa jua isu yang kamu mahu tonjolkan untuk memperbodohkan rakyat.  Isu moral DS Anwar sudah lama basi.  Isu Hudud PAS-DAP jelas makan diri kerana semua tahu semenjak bila Umno sayang kepada Hudud?  Isu Amanat Hj Hadi, Umno terkangkang apabila akhirnya terpaksa membatalkan kehendak mereka sendiri agar Presiden PAS itu muncul dikaca TV untuk menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu ini.  Sekarang, isu Kalimah Allah.  Mereka lupa, siapa yang memerintah negara selama ini dan siapa yang membenarkan Kalimah Allah digunapakai di Sabah dan Sarawak?

Suasana dalam stadium
Semalam rakyat memenuhi setiap sudut Stadium Merdeka sehingga melimpah ke luar stadium.  Mula-mula PDRM sebut jumlah sekitar 80,000 kemudiannya ditarik balik kononnya kesilapan "teknikal" maka disebut hanya 45,000 yang berhimpun semalam.  Media bangsat bercelaru menyebut jumlah yang hadir di antaranya yang sebut hanya 35,000 dan ada juga yang 'bermurah hati' sebut hanya 20,000.  Mungkin tidak semua media tahu berapa jumlah kapasiti Stadium Merdeka maka tidak pelik jika mereka 'sedungu' itu.

Di luar stadium
Bolehkah Najib kumpulkan rakyat seperti ini tanpa diangkut atau diupah?
Paling teruja semalam apabila DS Anwar dengan penuh semangat melaungkan "MERDEKA" sebanyak 6 kali disambut penuh semangat oleh rakyat yang hadir memenuhi luar dan dalam stadium seolah-olah semalam baru kita MERDEKA.  Laungan DS Anwar semalam meremangkan bulu roma, menusuk kalbu, meruntun jiwa, meresap ke dalam hati dan menghibakan itu mengingatkan kita kepada laungan keramat Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957, dan laungan MERDEKA semalam akan rakyat realisasikan pada PRU ke 13 nanti.


Jumaat, 11 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!!

Isu kalimah Allah menjadi modal murahan Umno. Tapi peluru makan tuan. Mereka lupa berpuluh tahun merdeka, ada lagu resmi negeri2 menyebut perkataan Allah dan setiap rakyat negeri tersebut tidak kira apa jua agama telah menyanyikan lagu itu. 
 
Ini logo yg tetap ada pada pakaian angota Tentera Darat tidak kira apa jua agama
Mereka lupa, di dalam pakaian seragam PDRM dan ATM terdapat logo yg tertulis kalimah Allah, dipakai oleh anggota2 PDRM dan ATM tidak kira apa jua agama, bahkan sehingga mereka bawa ke dlm tandas dan ada di antara mereka yg bukan Islam apabila mati, dipakaikan pakaian istiadat yg terdapat butang/badge yg tertera nama Allah dikebumikan bersama jenazah yg bukan Islam itu bersama keranda mereka. 
 
Ini Pahlawan Negara, mendiang Kanang Anak Langkau.  Semenjak dari zaman beliau di tahun 60-an lagi hingga kini Logo Tentera Darat tetap dipakai.  Adakah beliau seorang Muslim? 
Apakah selama ini PAS, PKR atau DAP yg perintah negara ini? Siapa perintah dan berkuasa di negara ini dahulu dan sekarang? Jawab sendiri.....Maka kita tahulah skrg bahawa isu ini hanya dipermainkan oleh mereka kerana mereka kehabisan isu dan modal utk mnghadapi PRU ke 13.
 
Isu moral Anwar, tak jalan. Isu amanat Hj Hadi dan Hudud pun tak beri kesan bahkan memalukan mereka sendiri apabila Tok Guru Hj Hadi berani utk berdebat dgn mereka. Kini, isu Kalimah Allah umpama mereka menampar pipi mereka sendiri. Umno semakin nazak......!!!

Selasa, 8 Januari 2013

AYUH WARGA TENTERA - "SATU PELURU, SATU MUSUH, SATU UNDI, SATU BATU NISAN UNTUK UMNO"

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEBANGKITAN rakyat tidak lagi boleh disekat.  Bayangkan tidak pernah berlaku sebelum ini orang-orang yang pernah memegang jawatan besar di dalam ATM dan PDRM, yang pernah memegang jawatan besar sebagai Pengarah dan sebagainya kini mula membenci Umno.

Aku berucap mewakili KOBAT di Temerloh kelmarin
Di dalam ATM, sudah berapa ramai yang berpangkat Jeneral, Kolonel sehinggalah ke pangkat bawah sekali apabila bersara atau menamatkan perkhidmatan mereka amat membenci Umno.  Menamatkan perkhidmatan bagi mereka amat melegakan kerana tidak lagi terkongkong dengan peraturan-peraturan yang berat sebelah.  Di dalam ATM, pemimpin Umno boleh berkempen politik di dalam kem tentera, sebaliknya pihak Pembangkang usah bermimpi.  Malahan terdapat tekanan pula kepada warga tentera untuk hadir ke ceramah-ceramah Pembangkang walaupun peraturan membenarkannya.

Begitu juga yang berlaku di dalam PDRM.  Kini tidak pelik jika bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Fauzi kini berada bersama Pakatan Rakyat.  Sama seperti Brigidier Jeneral (B) Abd Hadi yang kini aktif berkempen untuk Pakatan Rakyat.  Pelik apanya seorang Kolonel yang pernah menjadi CO (Pegawai Memerintah) Rejimen Askar Melayu kini berada bersama DAP.  Ini semua menunjukkan betapa Umno tidak lagi ada harga kepada rakyat semua golongan.  Hinggakan seorang Pendakwaraya yang pernah menjadi Pendakwa kepada kes DS Anwar Ibrahim, apabila terkeluar dari kongkongan Pendakwa berkenaan boleh bersama DS Anwar pula.  

Ertinya apa?  Ertinya Umno kini terlalu nazak.  Kekuatan Umno kini hanya menumpang kepada jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media.  Najib sehingga kini terkedu tidak boleh berkata apa-apa apabila diserang oleh Deepak dan Musa Hassan.  Rosmah jauh lagilah.  Cabaran debat oleh DS Anwar Ibrahim tidak pernah disambut oleh Najib, maka ertinya Najib takut kepada hujah DS Anwar.  Mengapa takut?  Beliau tahu rahsianya banyak di dalam poket DS Anwar.

Kononnya alasan Umno DS Anwar tidak layak untuk berdebat dengan Najib yang 'suci' dari salah laku moral.  Tetapi, Umno takut juga untuk berdebat dengan Presiden PAS.  Adakah Presiden PAS juga tidak sesuci Najib dari segi moral?  Semua ini alasan bodoh untuk melindungi kebaculan mereka.

Pada Program Bersama Anak Muda, Jelajah Anak Muda Ke Pahang yang telah diadakan pada 06 Jan baru-baru ini, aku sendiri dijemput untuk menyuarakan rasa benci kepada Umno.  Selaku bekas tentera, aku tahu apa yang dirasai oleh warga-warga tentera yang berada di dalam kem sekarang.  Mereka sedar ke mana wang LTAT mereka dipergunakan.  Tetapi apa yang mampu mereka lakukan?  Mereka bukan ada "Union" atau persatuan untuk mereka luahkan perasaan mereka.  Apa yang ada hanya Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), tetapi apa peranan PBTM selain dari mengampu?

Baru-baru ini terang dan jelas PBTM mahu bekas-bekas tentera menyokong Umno/Bn.  Kononnya tanpa Umno, tentera akan mati.  Khurafat.  Persatuan seperti ini lah yang khianat kepada tentera dan bekas tentera.  Mereka langsung tidak berbunyi apabila isu LTAT dan dana pencen tentera ini telah disalahgunakan untuk seorang pemimpin Umno yang tidak pernah satu hari pun memakai seragam tentera.

Ayuh, warga tentera.  Lakukan perubahan jika mahu nasib anda terbela.  "Satu Peluru Satu Musuh, Satu Undi, Satu Batu Nisan Untuk Umno".

Isnin, 7 Januari 2013

AMANAT HJ HADI - PERANGKAP BODOH MAKAN DIRI

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH lagi soal "Amanat Haji Hadi".  Umno masih terliur mahu main isu ini sedangkan Umno tiada 'peluru' untuk meneruskan permainan.  Mereka mengumpan untuk mencabar Presiden PAS tampil bersama Pakar-Pakar agama kaki ampu mereka berdepan di TV.  Tok Guru Haji Hadi kata, tiada masalah hatta dibawa berapa banyak pun Tok Peti-Tok Peti beratus-ratus peti untuk berdepan dengan beliau.

Seperti biasa, Umno kecut.  Tok-Tok Peti pun kecut.  Memang spesis kecut pun sebab puak mereka telah memilih pemimpin yang tiada `telor' untuk menjadi pemimpin.  Aku sudah lama jangka, isu "Amanat Haji Hadi' ini hanyalah isu Pilihanraya untuk memerangkap PAS.  Namun, kebodohan mereka memakan diri.

Akhirnya Rais anak Yatim kata tidak perlu berbahas mahu pun berdailog di dalam TV.  Sebabnya, telah difatwakan bahawa "Amanat Hj Hadi" itu adalah menyeleweng.  Siapa mahu percaya kepada Rais anak Yatim yang bininya pun telanjang sentiasa tanpa menutup kepala?  Mahu percaya pada Najib?  Lihat bini Najib maka kita tahu manusia yang tidak kenal "najis Mughallazah" ini tidak layak mahu ulas bab agama.  Dia sendiri pun tidak faham apa yang disebut di dalam "Amanat Hj Hadi".  Dia mudah faham "Amanat Mamak Kutty" yang sebut "habis semua tangan orang-orang Islam menjadi kudung kalau Hudud dilaksanakan".

Itulah spesis yang kita tidak hairan lebih rapat dengan Syaitan yang dikenali.  Spesis ini lah yang kita mahu campakkan ke dalam lubang lahad selepas pilihanraya umum nanti.  

Ahad, 6 Januari 2013

LIVE BERSAMA CHEGU BARD DI TEMERLOH MELALUI RADIO KOBAT FM

Malam ini, radio kobat fm akan membawa siaran langsung program kemuncak HKR negeri Pahang bersama anak muda, bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh.  Di antara yang akan berucap adalah Chegu Bard dan beberapa pimpinan NGO yg lain.  Difahamkan Tuan Hj Mat Sabu turut akan berceramah.

Ikuti siaran Kobat FM melalui blog ini, atau anda boleh ke blog http://kobatpkr.blogspot.com  dan juga di  http://kobatfm.blogspot.com

Jumaat, 4 Januari 2013

AMANAT HJ HADI - BELUM BERDEBAT LAGI UMNO SUDAH DITELANJANGKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, sama juga sewaktu tahun 80-an dahulu di mana debat PAS dengan Umno atas tajuk "PAS tuduh Umno Kafir" awalnya seperti hebat dicanangkan oleh media.  Akhirnya beberapa hari sebelum tarikh debat yang dicadangkan oleh Umno itu diadakan, muncul di kaca TV Pemegang Besar Mohor Raja-Raja memutuskan bahawa debat itu dibatalkan.

Melucukan waktu itu, maklumlah kebiasaannya Pemegang Besar Mohor ini akan muncul di kaca TV hanya menjelang Bulan Ramadhan dan Syawal, iaitu untuk mengumumkan bila tarikh puasa dan hari Raya.  Maka, debat pun dibatalkan dan Umno pun selamat dari ditelanjangkan oleh PAS di khalayak ramai.

Kali ini pun tiada beza.  Mereka canangkan isu "Amanat Haji Hadi' yang sudah berpuluh tahun berlalu hanya untuk cari modal pilihanraya.  Maka, Umno mahu tunjuk hebat kononnya Umno lah parti yang bersungguh-sungguh memelihara kesesatan umat.  Mahu pecah perut menahan ketawa bila Umno menunjukkan kehebatannya mempertahankan agama.  Lihat sahaja lah malam sambutan Tahun Baru yang disiarkan secara langsung di TV baru-baru ini sudah cukup buat kita termuntah dengan Umno.

Apabila Tuan Guru Hj Hadi sanggup muncul di kamera TV secara langsung bagi memperjelaskan isu "Amanat Hj Hadi" ini, sebenarnya rakyat sudah tahu bahawa orang yang benar selalunya berani.  DS Anwar benar daripada Najib, maka DS Anwar berani cabar Najib berdebat.  Lojikkah Najib lebih benar dari Anwar maka Anwar lebih berani dari Najib?  Gila tu.

Rais anak Yatim pun berbunyi dengan suara tersedak-sedak bahawa Tuan Guru Hj Hadi boleh muncul di kaca TV tapi dengan syarat ianya dibuat rakaman, kemudiaannya mereka akan putuskan samada apa yang disebut oleh Tuan Guru Hj Hadi itu ada 'nilai berita' atau tidak baru boleh disiarkan.  Lihat, orang lama tetapi tidak cerdik-cerdik lagi.  "Amanat Hj Hadi" itu tiada nilai beritakah?  Jika tiada, mengapa kamu siarkan siang malam di semua saluran media syaitan kamu?

Kemudiannya, Rais anak Yatim menyebut Tuan Guru Hj Hadi mesti sanggup berdepan dengan "Tok-Tok Peti" atau pakar-pakar agama dari kerajaan.  Di mana pakar agama dari Umno?  Tidak mahu suruh Jamil Khir "Si penyapu wang zakat" dan Mashitah "penghalal zina dharurat" itukah?  Jika tidak pun jemputlah bekas Imam Masjid Negara si Firdaus "Penyepak Tong Undi" itu sekali.  

Tidak, Umno tidak akan sanggup memalukan diri dengan menjemput tokoh-tokoh agama mereka untuk ditelanjangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi.  Akhirnya, Tok-Tok Peti pun dikambing hitamkan.  Hanya kambing layak diberi nama kambing!!

Tuan Guru Hj Hadi selamba dan tidak kisah jika Umno mahu meletakkan berapa ekor kambing hitam sekalipun malahan jika diletakkan sekandang lembu NFC pun tidak sedikit pun menakutkan Presiden PAS ini.  Mengapa?  Sebabnya, tiada manusia yang boleh mengalahkan hujah Al-Quran.  Itu lah di antara mukjizat Al-Quran.  

Seperti yang diduga, kesemua perancangan yang mereka cipta, mereka sendiri gagalkan akibat tiada telor.  Kononnya, Amanat Hj Hadi telah difatwakan salah lama dahulu.  Rakyat pun bertanya, jika sudah lama dikatakan amanat itu salah, mengapa sehingga kini Tuan Guru Hj Hadi tidak pernah disiasat, didakwa dan dikenakan tindakan atas 'ajaran sesat' itu?  Jawab sendiri.

Rabu, 2 Januari 2013

PARLIMEN NIBONG TEBAL - 78 % MAHUKAN CHEGU BARD

SEBULAN yang lalu, saya telah adakan "Poll" atau pendapat pengunjung-pengunjung blog saya tentang siapakah yang wajar pada pandangan pengunjung blog ini untuk dicalonkan menjadi Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Sebelum ini, heboh diperkatakan kerusi Nibong Tebal bakal ditandingi oleh Penyelaras SAMM, Sdr Badrul Hisham atau Chegu Bard kerana semenjak kawasan Parlimen tersebut ditinggalkan begitu sahaja oleh "katak' iaitu bekas MP dari PKR, dikatakan aktiviti dan program di kawasan berkenaan sepi.  Akhirnya 'direstui' oleh pihak tertentu untuk membawa Chegu Bard ke sana bagi memulihkan keadaan dan nampaknya langkah ini amat berjaya.


Namun, atas pertimbangan politik atau pertimbangan yang sukar untuk kita baca, muncul pula Dr Mansor yang sekarang ini adalah Timbalan KM P.Pinang di Parlimen Nibong Tebang.  Khabarnya nama beliau telah diumumkan oleh DS Anwar sendiri sebagai calon di situ.  Selepas pengumuman tersebut, berbagai cerita mulai kedengaran tetapi difahamkan semua ahli SAMM diarahkan oleh Chegu Bard mengelak diri dari terlibat di dalam memberikan komen di atas isu ini.

Apa pun, semua tahu kedua-dua tokoh ini ada penyokong mereka yang tersendiri.  Maka, Blog ini mengadakan Poll untuk pengunjung-pengunjung blog ini sahaja agar mereka dapat luahkan pandangan mereka.  Tidak semua yang mengundi di sini adalah penyokong PR, mungkin juga ramai ahli-ahli Umno/Bn yang sengaja 'bermain' dengan undian mereka.  Maka, keputusan Poll di atas mungkin tidak tepat atau kurang tepat.

Daripada jumlah pengunjung yang melakukan undian iaitu seramai 1,011 orang, mereka yang menyokong Chegu Bard sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal adalah 78 %.  Mereka yang mahukan Dr Mansor pula adalah sebanyak 17 % manakala 5 % mahukan calon-calon yang lain.  (Undian ditutup pada 02/1/2013 jam 07.00 PM)

Terima kasih di atas penglibatan anda di dalam undian yang telah dijalankan.

Sabtu, 29 Disember 2012

MENGAKU AHLI PAS, BAWA BENDERA PAS TAPI WAJAH TETAP SAMA DAN BERBAU LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.

Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu.  TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan.  Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah?  Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan?  Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?

Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja.  Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja.  Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang.  Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu?  Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.

Sekarang ini, ada negeri yang sudah diwartakan larangan penggunaan Kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian, ada negeri yang belum wartakan.  Pendirian saya sama seperti pendirian PAS iaitu Kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja.  Tetapi, mana-mana penganut agama lain boleh bertanya atau memohon apa yang mereka perlukan tetapi pemerintah mesti buat keputusan yang mana mereka mesti patuhi keputuisan tersebut.

Demontrasi lembu-lembu yang mengaku PAS itu satu demontrasi yang menunjukkan bekunya hati mereka.  Kononnya ahli PAS tetapi semenjak dari dulu wajah yang sama juga muncul sebagai pencacai murahan. 

Selasa, 25 Disember 2012

ISU KALIMAH ALLAH - SERAHKAN KEPADA PAKAR UNTUK BUAT KEPUTUSAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah muncul lagi.  Lim Guan Eng mohon agar kalimah Allah boleh digunakan oleh ugama Kristian di dalam kitab mereka.  Sebenarnya isu ini sudah lama dan sehingga kini belum ada ketetapan yang jelas dari pihak pemerintah.

Isu ini melibatkan isu ugama, iaitu ugama Islam dan Kristian.  Rakyat biasa termasuk pimpinan politik sewajarnya mengelakkan diri dari memberikan komen tentang isu yang sensitif ini.  Isu ini kita serahkan kepada Pakar berkaitan agama untuk menyelesaikannya.  Jika di negara kita, siapa yang bertanggungjawab dan wajar untuk menjawab dan membuat keputusan atas permasalahan ini?

Di negara kita terdapat Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.  Ugama Kristian juga mereka ada Pakar mereka.  Andainya kesemua Pakar-Pakar ini duduk berbincang dan mencari penyelesaian tanpa camportangan pemimpin politik, isu ini boleh diselesaikan.  Apabila semua sudah duduk berbincang, keputusannya mestilah diserahkan kepada Kerajaan atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua pihak mesti menghormatinya.

Adalah lebih baik jika Majlis Fatwa juga menjemput beberapa pertubuhan agama atau parti-parti politik untuk menerangkan keputusan yang telah dibuat agar isu ini dapat difahami sepenuhnya.

Ahad, 23 Disember 2012

MALAM INI (AHAD-23 DIS) - KONGSI PENGALAMAN PESERTA BERJALAN KAKI DALAM PROGRAM DI KG TENGAH, KUANTAN BERSAMA PAK JABIT DAN SAMM PAHANG


MALAM ini marilah kita bersama-sama ke Kg Tengah, Kuantan untuk mendengar pengalaman peserta berjalan kaki Kumpulan Hijau Anti Lynas yang telah berjalan kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tentu banyak sekali pengalaman, suka, duka, pahit dan manis sepanjang perjalanan lebih kurang 2 minggu itu.  Program malam ini akan bermula jam 09.00 malam di Warung Mok Teh, Kg Tengah, Kuantan.

Ayuhh...kita berjumpa di sana!!