BERCELARU. Sungguh bercelaru Umno mahu berkempen untuk hadapi KEADILAN di Permatang Pauh dan PAS di Rompin. Mana satu Umno mahu angkat untuk dijadikan isu? Pokoknya isu GST tetap berkesan untuk meranapkan Umno.
Umno mahu main isu Hudud. Di mana tempatnya? Di Permatang Pauh? Atau di Rompin? Umno mahu sebut KEADILAN menolak Hudud untuk kempen mereka di Rompin? Pertamanya, mana fakta KEADILAN menolak Hudud? Kedua, apa pendirian Umno tentang Hudud? Ketiga, Apakah Umno sedar MCA dan Gerakan paling kuat menolask Hudud bahkan sanggup tinggalkan Bn jika Umno terima Hudud. Adakah Umno bersedia untuk berpura-pura kali ini?
Di Rompin, Umno langsung tidak boleh main isu Hudud sebab khabarnya Umno sudah bersetuju dengan Hudud. PAS pun tidak bijak jika mahu bermain dengan isu Hudud di Rompin kerana isu yang paling berkesan di Rompin waktu ini adalah isu Felda dan GST. Isu hak kaum Orang Asal juga amat penting di Rompin. Jika PAS lebih menekankan isu Hudud lebih ke hadapan dari isu-isu ini, langkah PAS amat silap kerana tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Akhirnya, Umno mengumpan RM4 Juta di Permatang Pauh dan Uniform baru untuk RELA di Rompin. Ini yang ditawarkan oleh Zahid Hamidi. Terpulanglah kepada para pengundi di dua kawasan ini samada sanggup terima Umno lagi atau tidak. Permatang Pauh tradisinya memang kenal siapa itu Umno dulu, kini dan selamanya. Di Rompin, harap mereka boleh kenal Umno sekarang.





