RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 20 Julai 2009

KPN dan Ketua Pesuruhjaya SPRM harus bertanggungjawab: Anwar

ALOR GAJAH - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan tidak berdolak dalik berhubung kematian setiausaha politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Teoh Beng Hock.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan perlu bertanggungjawab.

“Ini merupakan kes kematian, jangan dipandang mudah,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Beng Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh pegawai SPRM.

Mayatnya ditemui sembilan tingkat di bawah dari pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 oleh penjaga bangunan itu pada kira-kira jam 1.30 tengah hari. Teoh membantu dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan oleh beberapa wakil rakyat.

Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu lalu, dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM Selangor itu yang terletak di tingkat 14 bangunan 20 tingkat itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam./Sinar

KEPUTUSAN POLL JAMBATAN MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI penganalisis politik dan juga penulis blog percaya bahawa salah satu faktor Umno berjaya meningkat majoritinya di dalam PRK Dun Manek Urai baru-baru ini adalah disebabkan oleh sogokan pembangunan termasuk sebuah jambatan yang dijanjikan sekiranya Umno menang di Dun tersebut. Meskipun kalah di tangan Pas, sekaligus melengkapkan kemenangan cemerlang PR di dalam enam PRK di Semenanjung sebelum ini menjadikan `jaringan' 6 - 0, namun seperti biasa Umno tetap menganggap kekalahannya sebagai satu `kemenangan'.

Blog ini telah membuat satu bancian berkaitan perkara ini, tetapi bukan berkaitan kalah atau menang tetapi ingin mengetahui sejauh mana pendapat pungunjung blog ini terhadap sogokan sebuah jambatan di Manek Urai. Selama 1 minggu dan berakhir pada 19 Julai 2009 yang disertai oleh seramai 320 pengunjung, berikut adalah keputusan Poll yang dijalankan:

"TPM Menjanjikan Jambatan Bernilai 7 Juta Di Manek Urai Sekiranya Umno Menang, Merupakan Satu Unsur Rasuah. Pendapat Anda?"

a. Setuju - 94 %
b. Tidak Setuju - 3 %
c. Tidak Tahu - 3 %

wfauzdin.blogspot.com

KEMATIAN BENG HOCK - BUKTI PR BUKAN PERKAUMAN

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Abdul Rahim Sabri
Jul 19, 09
6:44pm

dikemaskini 11pm Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.
Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"


Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.

'Teoh di bawah jagaan SPRM'


Mengulas lanjut, beliau berasa amat marah dan sedih dengan kematian Teoh ketika di bawah pengawasan SPRM

“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara. Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?

“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,


“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek. Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM.

“Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang.

Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Dr Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Ada siasatan? Tidak ada siasatan kepada mereka. Tiada siasatan daripada pihak SPRM.

“Tapi Teoh disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia,” katanya.

Guan Eng kecam polis, SPRM

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam pihak polis dan SPRM yangdidakwanya bersikap'double standard' kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap pemimpin negera sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis.


“Sebaliknya kalau MB atau ketua menteri buat laporan polis, awak mahu keterangan. Ini 'double standard' yang diamalkan, bersih, cekap, betul... poorah!.

“Kita tak nampak siasatan skandal PKFZ (oleh SPRM), sampai sekarang ada tak? SPRM pun poorah,” katanya.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga anak lelaki Kit Siang, turut senada dengan ayahnya menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dengan segera menyiasat kematian Teoh.


Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga setiausaha DAP, turut mengumumkan DAP akan membentuk tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.

“Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka. Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

'Khalid: Banyak persoalan timbul'


Sementara itu, menteri besar Selangor berkata pihaknya mahukan kebenaran dan keadilan berhubung siasatan terhadap kematian Teoh kerana banyak persoalan yang belum terjawab, terutama mengapa selepas disiasat, Teoh sanggup duduk di pejabat SPRM.

Katanya, banyak laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pemimpin BN yang telah dibuktikan, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.
Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan segera terhadap kematian Teoh.

“Tidak ada yang kita mahu selain daripada itu. Kalau Najib benar-benar mahukan satu Malaysia, tubuhkan suruhanjaya diraja. Kalau Najib tak buat, dia cakap tak serupa bikin, bukan satu Malaysia.

“Rakyat mahukan keadilan. Ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tapi ini soal keadilan dan kepercayaan rakyat, katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menyokong cadangan Guan Eng untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.

Manakala Husam mendakwa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN.

Beliau mendakwa SPRM cuba untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.

Husam mendakwa siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap kedua-dua pemimpin tersebut, tidak dilanjutkan.


Menurutnya, PAS turut menyokong penubuhan suruhanjaya diraja tersebut bagi menyiasat kematian Teoh.

Utusan, Berita Harian dibakar

Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.

Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.

Sumber: Malaysiakini

Ahad, 19 Julai 2009

DNA Mahu Digunakan Sebagai Asas Pendakwaan

Bagi melengkapkan konspirasi ini, patutlah kita ada mendengar baru-baru ini kerajaan BN beriya-iya benar mahu meminda akta DNA tersebut. Malah, lebih mengejutkan klausa yang dipinda ialah membabitkan pihak tertuduh tiada hak untuk mempertikaikan DNA yang sudah diperolehi dan disiasat oleh ahli kimi. Malah, bukti tersebut boleh dijadikan alasan kukuh untuk pendakwaan dan tertuduh tidak berhak untuk mempertikaikan semua itu. Ini bermakna, Anwar bakal terjerat dalam kes ini bilamana DNAnya telah dicuri oleh pihak polis. Biarpun "dubur Saiful masih suci dan teruna", namun ada kemungkinan DAN Anwar akan dipercikkan ke dubur beliau atau pun diletakkan di lokasi kejadian sebagai bukti.

Ini amatlah tidak wajar dan jahat !! Mana mungkin asas DNA dijadikan sebagai bukti pendakwaan terhadap seseorang. Ini kerana DNA boleh diperolehi dengan mudah melalui rambut, bulu, air liur, peluh dan sebagainya. Jika ini berlaku, sudah pasti Anwar akan didapati salah atas satu kesalahan yang tidak berlaku. Asas kes liwat ialah kejadian liwat itu mesti berlaku dan terdapat bukti laporan perubatan serta pengesahan oleh doktor pakar. Kemudian barulah DNA boleh digunakan untuk tujuan siasatan. Namun, jika tiada asas mangsa diliwat, maka kenapakah bukti spesimen DNA mahu digunakan terhadap Anwar?. Ini adalah tindakan yang amat zalim !!.

Teknik DNA Anwar Diperolehi Secara Tidak Sah

Sudah dinyatakan DNA boleh diperolehi dengan berbagai cara dan kaedah. Asas untuk membicarakan kes liwat kali ini hanya berpandukan kepada DNA. Besar kemungkinan ia akan digunakan dan diletakkan pada tubuh Saiful atau tempat kejadian. Ini untuk membolehkan mereka mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan itu, biarpun agak hambar. Penguambela Anwar sudah pasti sukar untuk membuat pembelaan, tambahan pula contoh spesimen DNA berkenan tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk diperiksa serta diteliti oleh pakar DNA yang dilantik oleh Anwar sendiri. Ini berlaku di mahkamah baru-baru ini. Lantaran itulah ada asa yang kukuh bahawa Anwar bakal disabitkan kesalahan ini dan akan dipenjarakan semula selepas ini.

Inilah saja cara terbaik bagi mereka "mematikan suara" Anwar. Soalnya, bagaimanakah caranya DNA Anwar dicuri?. Terdapat laporan mengatakan kecurian berlaku ketika siaran langsung debat antara Anwar dengan Shabery Chik dulu. Difahamkan cahaya lampu yang terang dan panas telah dihalakan kepada Anwar menyebabkan beliau berpeluh dengan banyaknya. Ketiak siaran direhatkan untuk iklan, terdapat seorang krew yang datang kepada Anwar dan mengelap peluh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dipercayai bahawa krew terbabit adalah salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mendapatkan DNA Anwar. Jika maklumat ini benar, maka ia sesuatu yang amat merungsingkan kita. Tambahan pula peluh tersebut bakal dijadikan asas dan bukti kukuh untuk mensabitkan DNA Anwar bearada pada tubuh Saiful dalam kes ini. Bukankah ini sesuatu yang amat mendukacitakan kita sebenarnya. Maka seharusnya rakyat bangkit dan menghalang ia berlaku !!

[Rentetan daripada ketakutan terhadap Anwar inilah yang menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja. Apakah kita harus berdiam diri dalam hal ini. Kerana Anwar telah berjaya menyatu padukan rakyat berbilang kaum. Malah, banyak krisis politik yang melibatkan PAS, DAP dan PKR berjaya selesai selepas Anwar turun dan bersemuka dengan pemimpin terbabit. Ini bermakna Anwar punyai Aura untuk mengembalikan ketuanan rakyat di negara ini. Itulah yang amat ditakutkan sangat oleh puak-puak UMNO dan BN sebenarnya]./
Sumber: Pahangdaily

Mengapa saya tinggalkan BN? - Chua Jui Meng

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata ” jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan”.

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu./Anwaribrahim.blogspot

Sabtu, 18 Julai 2009

95 % RESPONDEN NTV 7 SOKONG BADAN BEBAS SIASAT KEMATIAN BENG HOCK

Di dalam satu undian SMS Edisi 7, 95% responden berpendapat badan bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian teo Beng Hock yang dikatakan jatuh dari bangunan SPRM semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.

Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi.

Sementara itu PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo./Tranungkite.Net

DI PUKUL POLIS? BIAR BETUL...

SHAH ALAM, 17 Julai: Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.

Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.

Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.

“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.

Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.

Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.

Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.

Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.

Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.
Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan. /Sumber:

APA PENGUMUMAN DR CHUA JUI MENG ESOK?

Anwar: Jui Meng buat pengumuman khas esok
Jul 17, 09 5:12pm
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas di majlis khas anjuran PKR di Sunway esok, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya, Anwar berkata, majlis tersebut merupakan satu forum umum bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN".

Ia akan berlangsung di sebuah hotel di Sunway pada jam 2.30 petang esok.

Katanya, PKR berpendirian bahawa rakyat berhak mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara.

"Forum ini akan mengetengahkan fakta-fakta yang diselindungi oleh BN, yang tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.

chua jui meng 010605"Mantan ,enteri kesihatan Dato' Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut," katanya.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang yang Chua yang meletakkan jawatan pengerusi MCA bahagian Bakri yang dipimpinnya sejak 1988, akan melompat parti untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, malam tadi, bekas naib presiden MCA itu menafikan beliau akan menyertai PKR.

Kenyataan Anwar hari ini dilihat sebagai satu petanda mengenai kemungkinan besar Chua akan menyertai PKR./Malaysiakini

PENDAKWA KES DS ANWAR MERAYU PULA

Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

Siang tadi, pasukan pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan supaya dibatalkan perintah Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar dibekalkan segala dokumen berkaitan dan rakaman CCTV kepada barisan pembelaan.

Hebahnya konon mereka yakin dengan fakta. Mengapa enggan serahkan dokumen? Apa yang mahu disembunyikan?

Sekarang manakala kes pembelaan kukuh, pendakwa melengahkan lagi. Dulu mereka lengahkan kerana enggan menyerahkan dokumen. Bila kita membuat rayuan dan kita pula dikatakan melengahkan perbicaraan.

Sekarang pendakwa merayu, kerana takut dokumen diteliti. Maka mereka sekali lagi menyebabkan kes tertangguh.

ANWAR IBRAHIM

Sumber: Suara Keadlan Online

SUDAH TERLAMBAT WAHAI PAK LAH

Nasihat Pak Lah kepada Umno Kelantan sudah terlewat - Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin

Fri | Jul 17, 09 | 6:48:53 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Julai (Hrkh) - Nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Umno Kelantan supaya meneruskan projek pembangunan di Manek Urai biar pun Barisan Nasional (BN) kalah dianggap sebagai terlambat.

Sedangkan semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed menjelaskan parti itu tidak lagi terikat dengan janji-janji membangunkan Manek Urai seleps kalah Selasa lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dihasrat Abdullah hanya boleh berlaku di zamannya mengetuai kerajaan.

"Tetapi apa yang kita hairankan mengapa beliau cepat sangat hendak berhenti dan memberi jawatan kepada orang lain. Sedangkan rakyat pilihnya untuk lima tahun.

"Mana boleh (begitu), kita orang politik. Kena guna politik sikitlah. Saya tak setuju lama dah beliau berhenti. Berhenti buat apa, kita dilantik lima tahun," katanya ketika ditemui selepas kuliah mingguannya di Medan Ilmu pagi tadi.

Mantan perdana menteri itu hari ini dilaporkan mahu khidmat kepada rakyat Kelantan diteruskan biar pun BN tewas di Dun Manek Urai.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan Pak Lah.

Beliau juga berkata, Umno tidak perlu mengumumkan kepada rakyat mahu melaksanakan pembangunan di Manek Urai kerana ia sudah menjadi tugas agensi dimiliki kerajaan pusat iaitu Kesedar.

Ini kerana kata beliau Manek Urai terletak di bawah Kesedar yang mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan pusat.

"Manek Urai berada dalam kawasan Kesedar. Tetapi kenapa pula Umno memperalatkan agensi itu untuk menabur janji pembangunan ketika menghadapi pilihan raya sahaja.

"Kenapa hendak tunggu menang dahulu baru hendak membangunkan Manek urai. Rakyat sekarang bukan 50 tahun dahulu, mereka semakin ramai dan cerdik,". - mj _

ISU KEMATIAN BENG HOCK - PAKATAN RAKYAT SEMAKIN BERSATU

SPRM dan pimpinan BN wajib jawab kes kematian Teo
Saidah Hairan
Fri | Jul 17, 09 | 3:42:23 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

ImageDalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."

Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."

Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'

Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

ImageTurut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."

"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini."

Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN.

Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'

Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.

Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.

ImagePergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.

Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.

Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.

Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.

Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.

Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'.

Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama Khalid Ibrahim, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Kit Siang, Guan Eng, Azmin keluar dari bangunan tersebut.

Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.

Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.

Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _