RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 20 Julai 2009

KPN dan Ketua Pesuruhjaya SPRM harus bertanggungjawab: Anwar

ALOR GAJAH - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan tidak berdolak dalik berhubung kematian setiausaha politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Teoh Beng Hock.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan perlu bertanggungjawab.

“Ini merupakan kes kematian, jangan dipandang mudah,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Beng Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh pegawai SPRM.

Mayatnya ditemui sembilan tingkat di bawah dari pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 oleh penjaga bangunan itu pada kira-kira jam 1.30 tengah hari. Teoh membantu dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan oleh beberapa wakil rakyat.

Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu lalu, dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM Selangor itu yang terletak di tingkat 14 bangunan 20 tingkat itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Komen