RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 23 Julai 2009

APA TUJUAN ZAHID HAMIDI BERJUMPA EHUD BARAK DI PERANCHIS?


Wednesday, July 22

Oleh Angkasanuri


Masihkah kita ingat saudara seagama kita dalam tragedi yang berlaku pada hari Rabu 15 september 1982 di kem pelarian Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan? Beribu-ribu saudara seagama kita dibunuh tanpa belas kasihan oleh regim haram Zionis laknatullah.
Masihkah kita ingat apa yang berlaku pada awal tahun ini? Ribuan lagi umat Islam terdiri dari kanak-kanak, wanita serta orang tua kurang upaya yang menjadi mangsa dalam peristiwa berdarah dan menyayat hati seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semuanya kerana kezaliman dan sikap kebinatangan tidak berhati perut regim haram Israel.

Maka seluruh dunia bangkit melancarkan demontrasi dan memboikot segala produk Yahudi. Di Malaysia tidak terkecuali malah pemimpin pembangkang dan kerajaan bersatu mengutuk kekejaman yang tidak berperikemanusiaan.

Tetapi, Datuk seri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan seolah-olah melupakan itu semua apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan selama 35 minit dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam pertunjukan Udara di Paris Jun lalu. Pertemuan ini menyentap dan merobek perasaan umat Islam seolah-olah satu bentuk pengiktirafan kepada regim haram Israel. Sedangkan Allah SWT sendiri mengutuk bangsa Yahudi ini seperti dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 120.

Adakah Malaysia mula mengubah dasarnya terhadap Israel? Adakah ini satu usaha untuk perbincangan lebih serius pada masa akan datang? Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi perlu menjawab dan menjelaskan tentang motif pertemuan tersebut kepada seluruh rakyat di negara ini./Sumber: http://angkasanuri.blogspot.com/

4 ulasan:

  1. member pencen keramat23 Julai 2009 3:24 PTG

    Kalau DS Anwar Ibrahim berjumpa dengan siyahudi ni ha sudah tentu riyoh rndah seruruh Malaysia tapi kalau mereka berjumpa senyap sepi langsong tak kedengaran berita. Mana Utusan Meloya dan Berita Hairan?

    BalasPadam
  2. Ada hal kut nak mengadu pada si yahudi tu. atau nak buat kawan dan teman.





    JULY 23,2009 5.45PM

    BalasPadam
  3. Semua Kerajaan sekular atau yang mengamalkan sekularisme akan berbaik-baik dengan Israel dan Yahudi, kerana Israel dan Yahudi menguasai Amerika, dan Amerika menguasai dunia, kecuali negara-negara yang berpegang teguh dengan pendirian masing-masing seperti Iran dan sebagainya.

    BalasPadam