RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 22 Julai 2009

MSO MINTA PEMIMPIN PAS TEGUR YAB IR NIZAR PEGANG LILIN

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, heboh semua apabila YAB Ir Nizar dilihat memegang lilin sebagai menghormati kematian Mendiang Teoh Beng Hock baru-baru ini. Tidak diketahui samada perbuatan YAB Ir Nizar itu menyamai salah satu rukun ibadat ugama mendiang atau pun hanya adat menghormatisi mati semata-mata. Sekiranya perbuatan tersebut menyamai rukun ibadat mereka, tentunya tidak dibolehkan oleh Syarak tetapi sekiranya sekadar adat seperti orang Melayu membakar kemenyan di rumah si mati, saya rasa tidak menjadi satu kesalahan.

Dan, diberitakan Timbalan Mufti Kedah menyatakan perbuatan YAB Ir Nizar itu tidak salah dari segi hukum Islam. Ustazah Mashitah yang suatu ketika pernah memberi hukum harus kerana `dharurat' ke atas perempuan yang melacur untuk mencari rezeki bagi membiayai anak-anak juga memberi hukum beliau ke atas perbuatan YAB Ir Nizar. Ustazah Umno ini menyebut perbuatan YAB Ir Nizar tersebut menyalahi akidah Islam. Ustazah ini juga pernah mempersendakan hukum hudud apabila mempersoalkan adakah perlu orang Islam yang mencuri dipotong tangan kiri, kemudiannya kanan, kedua-dua belah kakinya sehinggakan terpaksa memotong mulut atau hidung sekiranya orang itu terus mencuri. Ustazah ini juga ingin menunjukkan ilmunya apabila turut memberi hukum ke atas YAB Ir Nizar.

Apa pun, seorang lagi Penulis Pro Kerajaan Perpaduan terkenal iaitu MSO (Mohd Sayuti Omar) ingin menasihatkan pimpinan PAS untuk memberi hukum ke atas perbuatan YAB Ir Nizar itu. Berikut adalah petikan dari tulisannya dalam blog beliau. "Pas juga perlu menengur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan aqidah muslim mereka? Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!" (Baca seterusnya di sini)

Wah, begitu bersemangat MSO untuk menjaga kesucian Islam. Mungkin kerana untuk menjaga kesucian Islam yang berkobar-kobar itulah MSO terlalu kepingin kepada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Malangnya pimpinan PAS tidak seperti MSO yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam di muka bumi Malaysia ini. Kerajaan Perpaduan telah ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Pas, dan tidak pula MSO bertanya apa hukumnya penolakan Kerajaan Perpaduan tersebut. MSO juga tidak pernah bertanya hukumnya strategi `merangkak' malam beberapa kerat pemimpin Pas di Selangor bertemu pemimpin Umno untuk bentuk kerajaan perpaduan di Selangor sejurus PR memenangi pilihanraya di Selangor dahulu?

Bertuah Pas mempunyai penulis seperti MSO ini yang terlalu peka terhadap Islam, lebih peka daripada meniaga kambing. Memang wajar MSO diberi peluang menulis sebanyak mana pun di ruang-ruang media Pas kerana tulisannya amat membantu Pas untuk menegakkan Islam kalaupun tidak untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan yang `wajib disisi syarak' itu. Saya harap YAB Ir Nizar patut belajar ilmu agama samada daripada Ustazah Mashitah ataupun daripada MSO./kembali ke blog utama.

8 ulasan:

  1. MSO ni apa?..Main Sondol Orang pas ker?...kah kah kah ...perasan dia penulis tersohor abad ini...keh keh keh ...selekeh punya kaki.....
    maSHITah tu apa?....keh keh keh....

    BalasPadam
  2. Jadi pelacur pun tak salah (dalam keadaan dharurah) inikan pula pegang lilin bernyala (waktu malam).

    BalasPadam
  3. saya sokong tuan. mana ada salah pun ...setakat pegang lilin.

    BalasPadam
  4. Apalale bangang Melayu semua!!!China mampus seekor, heboh!!!..Dulu masa Melayu muslim mati kt Memali, mana Dap???..semua hindu pariah & china babi senyap!!!!!..buat tak tau aje...terjerit2 orang Pas...minta keadilan...Dah lupa ke??/..apa le nak jadi semua Melayu ni...Nak bodek undi,sanggup buat apa saje....Betul2...bodoh!!!!

    BalasPadam
  5. Di masa itu pakatan pembangkang tiada. Sbb itu Umno bermaharaja lela. Tapi kini, Umno pula nyawa2 ikan,,,,

    BalasPadam
  6. Siapa saja yang menyokong UMNO akan mengatakan apa saja yang buruk kepada orang melayu yang tidak menyukai UMNO. ini adalah lumrah. tapi fikirkanlah kenapa ramai melayu tidak sukakan UMNO masa kini. jangan terlampau taksub dengan UMNO. fikirkan lah kenapa melayu dikawasan maju sprt KL, Selangor, Penang benci akan UMNO.kenapa? Kerana mereka, melayu UMNO telah terbukti jahat. Jahat terhadap orang melayu sendiri. kita tahu walaupun cina atau india jahat dimata melayu namun lebih baik berkawan dengan mereka daripada berkawan dengan melayu UMNO. Selama ini walaupun kita kawan dengan melayu UMNO kita tetap susah orang kampung tetap kena cerca oleh melayu UMNO jadi baik kita sokong cina dan india biar kita melayu UMNO ke melayu PAS melayu takde parti ke sama-sama susah. kalau kita sokong melayu UMNO, hanya juak-juak dia je yang senang kita ni yang tak boleh berpati ni tetap susah.

    BalasPadam
  7. MSO penganut tarikat sesat ni jauh lebih kufur dari If Nizar yang pegang lilin tu...

    BalasPadam
  8. Motif disebalik isu ini :
    1. Nak lagakan sesama pemimpin pas
    2. Nak menutup isu kematian beng hock.

    Pada pimpinan dan penyokong pakatan janganlah terperangkap dengan isu ini. UMNO kini dah tinggal nnyawa-nyawa ikan dah ....tok-tok mufti yang boleh dikategorikan ular dalam semak eloklah menegur juga perbuatan-perbauatn yang lain seperti adat bersanding kebanyakan rakayat n pemimpin besar, isteri pemimpin tak bertudung , jom heboh , artis yang keterlaluan , hiburan melampau dan ,,,,,banyak lagi ....tegurlah dengan ikhlas bukan berat sebelah

    BalasPadam