RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 15 September 2012

SIKAP HISHAMUDDIN LEPAS TANGAN, POLIS JADI MANGSA CERCAAN RAKYAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEGITU mudahnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin menjawab persoalan kekacauan dan tindakan samseng-samseng yang memburu ke mana sahaja DS Anwar dan rombongannya pergi.  Wajarkah Menteri itu berkata, terpulanglah kepada rakyat Johor kerana ini politik, politik ada risiko seperti yang beliau katakan di dalam Malaysiakini semalam.

Setakat mana beliau boleh ketawa? 

Bas dan kereta disimbah cat, di baling batu dan jalanraya ditaburkan paku.  Inikah budaya politik dan transformasi Najib?  Di dalam Islam sendiri, ketika berperang dengan tentera-tentera Kafir pun Allah melarang membunuh atau sengaja mencederakan kuda/unta tunggangan pihak musuh.  Apa yang berlaku sekarang bukan peperangan tetapi perlaksanaan amalan demokrasi yang dunia luar banyak melaksanakannya secara penuh bertamaddun.

Aku tidak tahu ada atau tidak di negara-negara lain yang bertamadun termasuk negara Komunis sekalipun Menterinya berfikiran seperti Hishamuddin ini.  Kita tidak peduli samada kenyataannya itu menunjukkan dia bengap atau bodoh, tetapi kita amat simpati yang akan menjadi mangsa adalah pihak keselamatan iaitu pihak Polis.  Rakyat lebih mudah untuk menuduh pihak Polis tidak bersikap adil daripada melihat Menterinya yang tidak tahu bekerja secara profesional.

Justeru itu, sudah sampai masanya seluruh warga keselamatan Polis dan tentera untuk berubah dari terus diperlakukan sedemikian.  Tentukan Umno akan tumbang di dalam PRU akan datang untuk kamu menyaksikan di manakah ceruk dan lubang cacing yang pak-pak Menteri seperti ini akan lari.  

Bagi kita, sehebat mana pun kezaliman mereka ianya tetap akan menambahkan lagi semangat kita untuk menguburkan Umno/Bn.  Melayu bergaduh sesama Melayu dan Islam angkara menteri yang tidak bertanggungjawab seperti ini.  Jangan dituding kepada DAP atau MCA mahupun Gerakan dan MIC.  Mereka tidak seperti puak tersebut yang bagaikan anjing liar memburu ke mana sahaja rombongan DS Anwar berada.  

Kalaupun Najib terlalu takut untuk berdebat dengan DS Anwar, jangan jadikan pasukan keselamatan sebagai pelindung kebaculan beliau.  Najib mesti tunjukkan bahawa beliau anak jantan sejati walaupun untuk beberapa minit berdepan dengan Ketua Pembangkang kami./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR DAN ROMBONGAN KE JOHOR - ADAKAH INI SATU CUBAAN MEMBUNUH ?

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

“Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

“Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

“Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, “katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

“Kami dapati jalan penuh paku,” kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

“Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini,” katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya./anwaribrahim.blog

Jumaat, 14 September 2012

Saranan Melayu tinggal Umno sokong PAS tepat

Oleh:  Amysan Bt Mohamed Amysan


Umum mengetahui kebobrokan UMNO-BN dan tindakan jahat yang mereka lakukan ke atas kepentingan orang Melayu, Agama Islam, malah institusi DIRaja. Namun, UMNO sebenarnya lebih teruk daripada itu, mereka sedang menjerumuskan Negara ke lembah kebinasaan. Saranan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya orang-orang Melayu meninggalkan UMNO dan mengukuhkan PAS merupakan saranan yang tepat dan perlu diambil pengajaran segera.
 

Ironinya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.

Pengundi di kawasan Bandar dan kawasan-kawasan yang pesat membangun mempunyai alternative yang luas terhadap maklumat. Mereka tidak mudah diperbodohkan oleh media berat sebelah oleh pembangkang mahupun kerajaan. Dalam era teknologi maklumat yang pesat membangun, rakyat terdedah kepada maklumat yang benar dan banyak.
 

Sebut mengenai kuasa Sultan, tulisan Jawi, ekuiti ekonomi orang Melayu, penjagaan terhadap tanah rezab orang Melayu, dan yang terbaru isu perlaksanaan undang-undang syariat Islam, tiada dalang utama selain UMNO dan Barisan Nasional. Maka jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional ibarat pagar, pagar makan padi.

Tidak kurang dari kalangan mereka yang masih di takuk lama, enggan berubah kerana kemajuan Malaysia kononnya terletak di tangan UMNO-BN. Sekali lagi, ramai yang lupa, dan sengaja membutakan mata kerana angka prestasi ekonomi Negara tidak seindah khabar yang diberikan oleh UMNO-BN.
 
 
Malaysia mencatatkan deficit dalam belanjawan Negara untuk kali ke 12 berturut-turut. Jabatan Audit Negara juga melaporkan bahawa hasil kutipan balak mahupun pasir di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bertambah dan menunjukkan angka yang jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pengurusan UMNO-BN.

Jika dahulu, mungkin tidak ramai yang tahu fungsi Jabatan Audit Negara, maka tidak ramai yang memberikan tumpuan terhadapnya. Kini, Jabatan Audit Negara menjadi antara senjata utama yan digunakan untuk menghukum pihak yang menyalahgunakan kuasa dan kepentingan. Maka Kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi, kerana Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa pendapatan Negara meningkat, serentak dengan itu, hutang Negara juga mencatatkan peningkatan.
 
 
Persoalannya, mengapa pendapatan Negara meningkat, hutang Negara juga meningkat? Paling pelik, rakyat “dipaksa” untuk membantu mengurangkan hutang dengan perintah “jimat” dan kenaikan harga barang. Pada masa yang sama, Menteri-menteri dan isteri-isteri juga keluarga, dilaporkan terus berada dalam keadaan bermewah-mewah. Apakah pemimpin UMNO-BN menyangka bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun?

Mungkin UMNO-BN sudah lupa mengenai bagaimanakah yang dikatakan dengan urustadbir negara yang berkesan. Mereka kini lebih kerap menggunakan media untuk mengaburi mata rakyat, namun mereka lupa bahawa rakyat mempunyai “telinga” dan “mata” yang tersendiri untuk melihat dan mendengar apakah sebenarnya yang telah, sedang dan apa pula yang sepatutnya terjadi.
 

Urustadbir kerajaan di bawah kepimpinan Melayu UMNO-BN sangat lemah kerana mereka tidak pernah belajar dari kesilapan. Bukankah cendekiawan pernah mengingatkan, kita tidak boleh mengharapkan hasil yang berbeza untuk usaha yang sama? Begitulah UMNO-BN, masih dengan taktik lapuk dan kunonya, kononnya cuba membutakan dan memekakkan rakyat.

Rakyat tidak mudah tertipu dengan sogokan RM500, sedangkan mereka sedar bahwa mereka sedang menanggung ribuan hutang yang disebabkan oleh kegagalan urustadbir Negara. Rakyat tidak mudah dikaburkan dengan keenakan slogan Transformasi, ketika kezaliman jentera penguatkuasa kerajaan begitu jelas terasa dan kelihatan.

Bagaimanakah rakyat ingin berasa selesa berada di sebuah Negara yang sama sekali tidak mendaulatkan undang-undang, apabila undang-undang hanya berkesan terhadap rakyat dan dolongan bawahan, tetapi tidak lut kepada pimpinan atasan. Rakyat masih menunggu jawapan daripada pembanteras jenayah rasuah Negara terhadap isu National FeedLot yang menelan RM250juta duit mereka. Dimanakah nilai kedaulatan undang-undang di sisi pemimpin UMNO-BN?

Baru-baru ini, ratusan ribu rakyat berhimpun ketika malam sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55. Setelah 3 kali himpunan besar Bersih diadakan, merea berhimpun lagi, kali ini menagih janji Kerajaan ditepati. Rakyat menuntut agar janji menegakkan kembali demokrasi di Malaysia. Di manakah telinga pemimpin UMNO-BN yang sepatutnya menjadi tempat luahan hati rakyat? Apakah ratusan ribu yang berhimpun itu bukan rakyat Malaysia, atau telinga UMNO-BN hanya untuk Melayu, atau mungkin UMNO-BN telah dipekakkan oleh laungan transformasi yang mereka bangga-banggakan?

Apakah mereka lupa, pemimpin yang baik ialah pendengar yang baik? (A Good leader is a good listener). Berkali-kali ditekankan, pemimpin yang mendengar luahan rakyat dan mereka yang dipimpin di bawah mereka, bukanlah pemimpin yang lemah atau pemimpin yang tidak mempunyai kuasa pengaruh ke atas rakyatnya. Bahkan, kesediaan dan kesudian pemimpin mendengar luahan hati rakyat menunjukkan kewibawaan dan keberanian pemimpin tersebut untuk memberikan khidmat yang terbaik. Responsif juga merupakan cirri-ciri urustadbir yang berkesan.

Apalagi dalam ruang lingkup sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan rakyat tidak kira dari lapisan mana sekalipun. Mendengar tidak semestinya patuh. Demikian contoh yang diberikan oleh Allah Ta’ala dalam kisah Ratu Balqis yang bermesyuarat dengan para pemimpin negaranya, membuka ruang komentar, sekalipun Ratu Balqis sebenarnya telahpun mempunyai pandangan yang jauh lebih baik dan tepat.

JIka UMNO-BN sudah tidak mempunyai ingatan yang baik, eloklah saya ingatkan, bahawa tadbir urus yang baik mempunyai 8 ciri-ciri utama. Ia adalah penyertaan, berorientasikan konsensus, bertanggungjawab, telus, responsif, berkesan dan cekap, saksama dan inklusif serta mematuhi kedaulatan undang-undang. Ia menjamin bahawa rasuah diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan bahawa suara-suara yang paling lemah dalam masyarakat didengar dalam membuat keputusan. Ia juga responsif kepada keperluan masa kini dan masa depan masyarakat.

Melihat kepada cirri-ciri urus tadbir yang baik, tiada satu pun yang boleh dicontohi daripada kepimpinan UMNO-BN. Semuanya adalah slogan-slogan sumbang, yang rupanya tidak seindah apa yang dikhabarkan.

Justeru, pandangan yang dilontarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, terhadap orang Melayu wajar disambut dengan baik oleh kesemua rakyat Malaysia. Orang Melayu menjadi sasaran utama terhadap seruan perubahan ketika ini, namun malang sekali, UMNO masih bebas melakukan kerosakan kerana “keris melayu” masih memberikan sokongan.

Rabu, 12 September 2012

US NASHA BAKAL BERTANDING MENENTANG DR HASSAN ALI DI GOMBAK SETIA?


Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMUA kena terima keputusan Majlis Syura PAS iaitu isu Us Nasha tidak perlu dibincangkan sekurang-kurangnya sehingga selepas PRU ke 13 akan datang.  Apabila diberitakan lagi bahawa Us Nasha juga di antara yang tersenarai sebagai calon, ertinya beliau mungkin agak selamat sekurang-kurangnya sehingga selesai PRU ke 13 nanti.

Semoga Us Nasha lebih berdisiplin..
 
Tersenarai sebagai di antara calon belum tentu menjadi calon.  Kita pun tidak tahu di kawasan manakah PAS akan mempertaruhkan bekas Timbalan Presiden mereka ini jika beliau terpilih sebagai calon.  Buat masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Bachok, Kelantan dan difahamkan PAS Bachok sudah serik untuk berwakil rakyatkan Us Nasha lagi.  Bolehlah dikatakan Parlimen Bachok bukan lagi tempat untuk beliau di dalam PRU akan datang (jika dicalonkan).

Keputusan PAS untuk tidak membincangkan isu Us Nasha ini boleh dikatakan satu keputusan yang adil dan bijaksana.  Adilnya adalah kerana Us Nasha perlu diberi peluang untuk berubah sikap dari seorang yang suka membuat kenyataan yang berlawanan dengan dasar parti kepada ahli parti yang lebih berdisiplin.  Peluang ini juga telah diberikan kepada Dr Hassan Ali dahulu, tetapi sikap Dr Hassan Ali yang beranggapan bahawa PAS tidak akan berani bertindak terhadap beliau ternyata silap.  Diharapkan Us Nasha tidak berfikiran seperti Dr Hassan Ali.

"Sub Contract" Umno?
Kebijaksanaan PAS yang tidak terlalu fokus kepada isu Us Nasha ini patut juga diberi pujian.  Di dalam PAS, Majlis Syura adalah badan yang tertinggi samada disukai atau tidak, semua ahli PAS mesti akur kepada keputusan badan yang dianggotai oleh para Ulamak di dalam PAS ini.  Apabila para Ulamak berbincang, sudah pastinya mereka menjadikan Al-Quran atau Hadith sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah.  Isu Us Nasha tidak dibincangkan, ertinya tiada nas atau dalil yang boleh menghukum atau membebaskan beliau melainkan PAS merasakan isu beliau terlalu kecil untuk diberikan fokus berbanding dengan isu yang lebih besar bagi menghadapi PRU akan datang.

Justeru itu, hujah Dr Hassan Ali baru-baru ini yang menyebut pengekalan Us Nasha di dalam PAS dan sebagai Ahli Majlis Syura membuktikan bahawa Ulamak di dalam PAS bersetuju dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu ternyata meleset.  Apabila isunya tidak dibincangkan, di mana datangnya persetujuan atau penentangan?  Nampaknya Dr Hassan Ali terlalu kecewa dengan keputusan PAS membiarkan Us Nasha begitu sahaja.  Paling kecewa sudah tentu Umno kerana Umno kini kehabisan isu dan modal untuk memburukkan PAS.  Dr Hassan Ali mungkin kecewa kerana kempunan untuk menambah keahlian JATI, yang mungkin beliau telah sediakan satu kerusi penting buat Us Nasha jika beliau dipecat dari PAS.

Lupakan isu itu sementara waktu.  Sekarang di mana kawasan yang wajar dan baik sekali untuk PAS berikan kepada Us Nasha jika PAS berpendapat beliau masih layak menjadi Wakil Rakyat?  Apabila PAS mahu meletakkan calon, sudah pasti PAS mahu menang.  Justeru itu, suka dicadangkan agar PAS meletakkan Us Nasha bertanding di kerusi Dun sahaja iaitu di kerusi yang sekarang ini diwakili oleh Dr Hassan Ali, iaitu di Dun Gombak Setia, Selangor.  Pada PRU ke 12 yang lalu, Dr Hassan Ali yang bertanding atas tiket PAS telah menang di kerusi ini dengan majoriti 2, 797.  Ini kerusi selamat buat PAS dan selamat buat Us Nasha jika beliau bertanding di kawasan ini akan datang. 

Di kawasan tersebut, PAS pastinya akan berdepan dengan Umno.  Adakah Dr Hassan Ali akan turut bertanding mengekalkan kerusi tersebut sebagai calon Bebas?  Jika beliau benar-benar anak jantan yang hebat atas kekuatan pengaruhnya, kita yakin Dr Hassan Ali akan mempertahankan kerusi tersebut.  Beliau tidak akan berani bersemuka dengan YB Khalid Samad di Parlimen Shah Alam, walaupun di dalam setiap ceramahnya beliau menghentam Ahli Parlimen Shah Alam tersebut sehingga menyeru orang ramai agar jangan memberi walau satu undi pun kepada YB Khalid Samad.

Kita jangkakan, Dr Hassan Ali tidak sebacul itu untuk melarikan diri dari Gombak Setia. Kita mahu saksikan Presiden JATI yang tidak diketahui berapa kerat ahlinya ini menyeru kepada pengundi-pengundi di Gombak Setia jangan berikan walau satu undi pun kepada Us Nasha di kawasan tersebut. Ketika itu, ketaatan dan kesetian kita di Gombak Setia akan diuji. Mungkin ramai yang tidak suka kepada Us Nasha, tetapi apakah mereka akan memilih Dr Hassan Ali atau calon Umno? Jika ditakdirkan Us Nasha menang di situ, ertinya rakyat telah cukup ditarbiyyahkan iaitu parti mesti diutamakan dari individu./wfauzdin.blogspot.com



























Isnin, 10 September 2012

"JANJI DI TEPATI" - 87 % MENOLAK THEMA PROPAGANDA INI

Oleh:  WFAUZDIN NS

BLOG ini telah membuat "Poll" bagi mengetahui pendapat pengunjung blog ini tentang tajuk Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara baru-baru ini di mana berthemakan " JANJI DI TEPATI".  Adakah thema ini digemari oleh rakyat Malaysia atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing untuk membuat tafsiran, aku cuma mahu mengumpulkan pendapat para pengunjung blog ini sahaja yang berminat untuk menyatakan pendapat mereka.

Mahu letak thema pun huru-hara dibuatnya?

Jika tidak dibuat "Poll" pun mungkin ramai di kalangan kita sudah boleh mengagak apakah Rais Yatim selaku Menteri yang bertanggungjawab benar-benar seorang yang cerdik dan pintar, apabila menyaksikan puluhan ribu berhimpun di Dataran Merdeka serta sekitarannya menjelang detik 31 Ogos yang lalu di dalam Himpunan "JANJI DEMOKRASI#BERSIH".  Akibat dari tekanan rakyat, kerajaan pusat terpaksa mencipta sejarah tidak mengadakan "countdown" menjelang detik 31 Ogos, sebaliknya mengadakan "Ambang Merdeka" selepas tarikh sambutan 31 Ogos di Bukit Jalil dengan mengadakan persembahan artis dan menawarkan Cabutan Bertuah.  Apakah Rais Yatim tidak memahami maksud "Ambang" itu?  Merdeka adalah pada 31 Ogos, tetapi "Ambang Merdeka" selepas itu?

Menjadi pilihan majoriti....

Blog ini telah mengadakan "Poll" dengan mengemukakan tajuk, " THEMA HARI KEMERDEKAAN "JANJI DI TEPATI" ADALAH PROPAGANDA UMNO DAN TIDAK PATRIOTIK".  Di dalam sejumlah 2, 011 pengunjung yang telah mengambil bahagian, seramai 86 % daripada mereka bersetuju bahawa thema "JANJI DI TEPATI" itu adalah propaganda Umno dan tidak patriotik.  Manakala hanya 14 % sahaja yang percaya bahawa thema tersebut bersesuaian dan bersifat patriotik (Berakhir 10 Sept 2012)/wfauzdin.blogspot.com


Ahad, 9 September 2012

TINDAKAN KE ATAS US NASHA, BIARLAH MAJLIS SYURA TENTUKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARI ini (09 Sept), diberitakan Majlis Syura Ulamak PAS Pusat akan bermesyuarat dan tentunya agenda penting yang akan dibincangkan nanti adalah berkenaan tindakan bekas Timbalan PAS Pusat, Us Nasharudin yang dilihat sejak kehilangan jawatannya di dalam PAS, beliau semakin 'mesra' Umno dan condong kepada mencari jalan untuk dipecat oleh PAS.


Salahnya Us Nasha bukanlah kerana bergambar atau berada bersama Najib.  Tidak juga menjadi salah Us Nasha bertemu dengan Ulamak Muda Umno, Fathul Bari.  Apa yang menjadi persoalan kepada kita wajarkah Us Nasha memberi kenyataan umum bahawa PAS perlu menimbang semula untuk berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat.  Itu sahaja.  

Us Nasha sewaktu membuat kenyataan tersebut masih berada di dalam Ahli Majlis Syura, iaitu badan tertinggi di dalam menentukan dasar-dasar PAS.  Difahamkan, Majlis Syura tidak pernah dikemukakan usul tersebut oleh Us Nasha di dalam apa jua mesyuarat badan itu dan difahamkan juga Us Nasha kerap kali gagal hadir mesyuarat.  Bagaimana PAS mahu membincangkan saranan Us Nasha jika beliau tidak membawa usul tersebut ke dalam Majlis Syura?  Adakah PAS berada di tahap yang begitu rendah untuk membuat keputusan yang penting melibatkan dasar parti itu semata-mata membaca kenyataan Us Nasha di akhbar-akhbar atau di TV semata-mata?  Ertikata lain, Us Nasha seolah-olah ingin menguji kewibawaan Majlis Syura.


Tidak dipastikan samada perbuatan songsang Us Nasha yang membelakangkan Majlis Syura ini satu perbuatan remeh atau `nakal' semata-mata.  Apa pun pandangan kita, kita mesti akur dengan keputusan Majlis Syura nanti kerana itulah satu-satunya badan tertinggi di dalam PAS yang mana badan ini lebih berkuasa daripada Presiden sendiri.  



Sudah tentu Majlis Syura akan berbincang dan berbahas dengan penuh ilmu berpandukan adab dan disiplin yang ditetapkan di dalam Islam.  Oleh kerana PAS adalah parti Islam, maka kita yakin bahawa Majlis Syura akan bertindak penuh adil dan bijaksana di dalam hal ini.  Kita tidak mahu Us Nasha dizalimi dan dianiayai oleh partinya sendiri, tetapi kita juga tidak sanggup melihat parti ini hancur oleh kerana seorang manusia yang tidak berdisiplin.


Terserahlah kepada Majlis Syura kerana mereka terdiri daripada para Alim Ulamak yang tentunya tidak termakan oleh hasutan atau perasaan emosi bagi memutuskan sesuatu perkara.  Kes Us Nasha bukan sahaja mesti adil tetapi mesti dilihat adil.  Inilah cabaran buat Majlis Majlis Syura kerana rakyat terutamanya ahli-ahli PAS sendiri selama ini meyakini keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura adalah bertepatan dengan keadilan hukum Syarak./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 8 September 2012

NEGERI KETUA AMK PUN BAS KENA SIMBAH CAT? BELAJARLAH DARI SEJARAH

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bas yang dinaiki oleh DS Anwar di dalam jelajahnya ke seluruh negeri sekarang ini telah disimbah cat lagi.  Kali ini di Melaka, negeri Ketua AMK, Sdr Samsul Iskandar sendiri.

Sebelum ini berlaku di Kelantan, mungkin kita tidak mampu menghalang kerana kejadian tersebut tidak dijangka walaupun negeri tersebut amat kuat pengaruh Pakatan Rakyat.  Sepatutnya kita belajar dari pengalaman lalu.

Tidakkah Ketua AMK merasa bersalah kerana gagal mengawal keselamatan di negerinya itu?  Mengapa pihak musuh boleh menghampiri bas dan menyekat bas berkenaan?  Adakah kesemuanya berada di dalam bas tanpa pasukan pengiring bas berkenaan?

Bayangkan jika bas tersebut disimbah petrol dan dibakar, apa akan jadi kepada semua penumpang di dalam bas berkenaan termasuk Ketua Umum sendiri?

Belajarlah dari pengalaman.  Kita kini sudah kenal syaitan itu setelah bapak syaitan mamak kutty memberikan kepada kita pertunjuknya.  Tugas kita sekarang adalah menyekat daripada syaitan tersebut mengganggu kita.

Khamis, 6 September 2012

PECAH RAHSIA - PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR DALAM POLITIK

SATU cara je nak jatuhkan Anwar.  Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.

Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar.  Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu.  Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya?  Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar.  Apa kekuatan dia?  


Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani.  Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar.  Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah.  Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar.  Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.  


Habis tu bagaimana?  Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari politik.  Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada yang berani lebih dari Anwar.  Negara kita dipimpin oleh Najib, dan Presiden Umno pun Najib.  Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar macam-macam kat TV dan akhbar.  Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.

Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja.  Anwar telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan oleh ibunya sebagai anak jantan.  Anwar telah beberapa kali mencabar Najib berdepan.  Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?  

Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam atau Nalla?  Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua Kerajaan atas apa jua tajuk.  Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM.  Ketika itu, barulah kita boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan.  Selagi ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera dari PKR saja.

Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk kali pertamanya cubalah bersikap jantan.  Pujuklah dia untuk berdebat dengan Anwar.  Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari persada politik.  Sampai bila mahu baling kasut dan cat?/wfauzdin.blogspot.com
 kasut pagi-pagi buta

AKIBAT MEMILIKI PEMIMPIN YANG PENAKUT DAN BACUL

Oleh:  WFAUZDIN NS

POLITIK di negara ini semakin kotor akibat ada pemimpin yang takut kehilangan kuasa.  Hilangnya kuasa, maka hilanglah pengaruh dan kekayaan.  Pemimpin bacul seperti ini telah melihat sendiri apa yang telah terjadi ke atas Hosni Mubarak, Thaksin, Gaddafi dan beberapa pemimpin dunia yang dihina serta diburu sehingga ke lubang cacing apabila kehilangan kuasa.

Sehubungan itu, mereka amat takut kehilangan kuasa di negara ini.  Alang-alang menjadi kerajaan yang zalim, lebih baik tunjukkan kezaliman itu secara nyata.  Alang-alang menjadi Syaitan yang ghaib, lebih baik menjelmakan diri agar lebih dikenali.  Mungkin inilah pemimpin yang dimaksudkan oleh mamak kutty Syaitan yang dikenali.

Pakatan Rakyat setakat ini boleh diberi pujian kerana masih bertahan dan bersabar dengan gelagat mereka yang bacul dan dayus ini.  Seandainya pergaduhan memerlukan permit seperti untuk mengadakan ceramah, kita merasakan belum sampai waktunya kita memohon permit itu.  Ini adalah kerana kita berpolitik bukan untuk berpecah-belah sesama kita khususnya umat-umat Islam.  Kita boleh tabik dengan masyarakat Cina di negara ini, mereka juga berpolitik dan tidak semua mereka sependapat di dalam perjuangan politik mereka.  Tetapi, pernahkah kita menyaksikan apabila MCA atau Gerakan mengadakan ceramah, mereka diganggu oleh 'Perkasa' DAP?  Begitulah juga sebaliknya.  Mereka lebih ke hadapan dan matang di dalam berpolitik.

Serendah-rendah moral Chua Soi Lek pun, beliau menjadi jaguh kaum Cina di dalam MCA kerana berani berdebat dan berdepan dengan Lim Guan Eng dari DAP.  Begitu juga selembut-lembut Koh Tsu Koon pemimpin dari Gerakan pun beliau ada keberanian dan jati diri untuk berdebat dan berdepan secara anak jantan dengan pemimpin DAP.  Itulah politik yang sihat.

Berbeza dengan pemimpin 'Keris Telanjang tanpa sarung'.  Mengajak Najib berdebat sehingga merayu-rayu rakyat untuk melihat anak Tokoh Negara, Almarhum Tun Razak ini samada benar-benar pahlawan Pahang atau tidak, sehingga kini Najib masih belum membuktikan bahawa beliau adalah Wira atau Pendekar Umno.  Seburuk-buruk atau serendah-rendah moral seperti yang mereka dakwa ke atas DS Anwar, setidak-tidaknya Ketua Pembangkang ini telah membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan.  Bukan setakat Najib, DS Anwar telah beberapa kali mencabar mamak kutty untuk berdebat tanpa menghiraukan tokoh yang pernah memimpin negara itu jauh lebih hebat dari Najib.  

Oleh kerana tiada keberanian, mereka tiada cara lain lagi untuk mempertahankan kuasa melainkan dengan menggunakan cara yang paling jijik dan kotor.  Mencipta suasana tegang bagi mereka mungkin boleh menyelamatkan maruah parti mereka yang semakin hampir ke liang kubur itu.  Mengapa mereka begitu berani?  Ya, kerana mereka ada kuasa dan dengan kuasa itulah mereka boleh membeli sesiapa sahaja yang tidak mempunyai maruah samada rakyat biasa atau jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai.

Apakah cara mereka itu akan berjaya?  Jawapannya, lihat sahaja di Mesir betapa hebatnya malah berkali ganda hebatnya Hosni Mubarak sewaktu memimpin Mesir.  Tetapi, apa sudah jadi dengan pemimpin diktator ini?  Siapa jangka Hosni Mubarak sekarang boleh terlantar dan kelu di atas katil?  Itu semua kerana kuasa Allah.  Sang diktator mempunyai kuasa dan jentera, kita rakyat biasa hanya mempunyai semangat dan kekuatan rohani yang sentiasa bergantung kepada Allah yang Maha Besar.  Percayalah, kezaliman dan kebathilan akan hancur akhirnya./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 5 September 2012

BUDAK INI TUNJUK PUNGGUNG DI KHALAYAK RAMAI SALAH, BIK MAMA BERCUMBU DAN BERPELUK DI KHALAYAK RAMAI OK

Muka-muka basi yang dah lama tak keluar TV, kini dikutip semula untuk ambil kesempatan atas beberapa isu murahan Umporno.  Isu bendera Sang Saka dan juga isu tunjuk punggung diulas oleh beberapa pencacai haprak.  Timbul kembali wajah Zul Kulum, Hassan Akidah dan beberapa ekor lagi cicak mengkarung belaan Umporno.


Kejadian di atas di dalam bilik atau di khalayak ramai?  Apa hukumnya?

Pelik apa dengan bendera Sang Saka?  Takut sejarah lampau diketahui oleh golongan muda?  Jika mereka tahu pun, bukannya Pembangkang mahu tukar bendera Sang Saka bagi menggantikan Jalur Gemilang.  Semua pimpinan PR sepakat bahawa yang akan berganti hanya Kerajaan, iaitu Umporno/Bn akan menjadi Pembangkang.  Tiada kena mengena dengan bendera pun.  Rakyat kurang minat mahu kibar Jaluir Gemilang semenjak tahun 1998/99 adalah kerana hilang selera dengan kerajaan yang zalim bermula di era mamak kutty.  Jika tidak percaya, apabila PR menjadi kerajaan di Pusat nanti kita akan lihat seluruh jalanraya dan kenderaan akan berkibar megah Jalur Gemilang.  Rakyat sudah meluat dengan Umporno/Bn, maka selera kepada Jalur Gemilang turut terjejas.


Antara Sang Saka dengan bendera Israel, mana satu lebih mulia?
Sudahkah ditangkap siapa yang koyakkan gambar MB Kedah ini?
Gambar Koh Tsu Koon, pemimpin Gerakan rakan dalam Bn pun mereka sanggup koyakkan, ada didakwa?

Tunjuk punggung pun satu hal.  Aku pun tidak setuju dengan cara biadab dan menyalahi hukum Islam itu.  Bukan kerana tunjuk punggung pada gambar Najib tu yang aku tidak bersetuju, malah jika tunjuk punggung di khalayak ramai walaupun pada seekor babi pun aku tidak bersetuju kerana perbuatan itu dilarang oleh Islam.  Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai itu haram.

Bukan sekadar tunjuk punggung....ugut nak bunuh lagi....Apa cerita?

Apa beza tunjuk punggung di khalayak ramai dengan tunjuk lurah dada, tunjuk rambut oleh wanita Islam di khalayak ramai?  Bik mama bukan tidak biasa tunjuk dada dan rambut di khalayak ramai.  Ramai artis yang tunjuk lurah dada di khalayak ramai, bahkan ramai anak-anak mudi Islam yang memakai seluar ketat menampakkan lurah punggungnya di khalayak ramai.  Apa beza dari segi hukum Islam?

Hukum tidak akan berubah oleh kerana Najib terlibat.  Masakan tunjuk punggung di khalayak ramai kepada pokok hukumnya harus, manakala tunjuk pungung kepada gambar Najib hukum haram?  Mendedahkan aurat di khalayak ramai itu tetap haram, samada di hadapan Najib atau di hadapan seekor babi.  Jika budak itu didakwa atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai, masakan Bik Mama tidak didakwa oleh Jabatan Agama Islam kerana mendedahkan aurat di khalayak ramai, tambahan pula bercumbu dengan pelakun Hindustan dan berpelukan dengan Jaguh Badminton di khalayak ramai.  Apa bezanya?  

Bezanya adalah kerana undang-undang ini mereka yang bikin..... /wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 3 September 2012

SYAITAN DAN LEMBU BERKELIARAN DEKAT PILIHANRAYA

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU malas nak ulas pasal serangan ke atas jemaah masjid sewaktu DS Anwar sedang memberikan tazkirah malam tadi kerana banyak blog telah mengulas kejadian ini.  Katanya PERKOSA terlibat di dalam serangan terhadap rumah Allah tersebut, tetapi aku lebih yakin bahawa sebenarnya yang menyerang itu adalah syaitan dan iblis yang telah menjelmakan dirinya.  Ertinya, kenyataan Mamak pandi kutti sebelum ini adalah benar bahawa lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali.

Aku nak ulas sikit isu bendera walaupun aku sudah mengulasnya di dalam artikel yang lepas.  Di dalam tulisan aku yang lepas aku nyatakan bahawa PR tidak berminat untuk menukar bendera, kita lebih berminat untuk tukar rejim yang memerintah sekarang.  Tiada salahnya bendera samada ianya dipanggil Jalur Gemilang mahu pun Sang Saka kerana yang rasuah tetap rasuah, yang zalim tetap zalim.  

Semalam pihak Polis secara tegasnya menyebut akan menyiasat kes bendera dan juga kes meletakkan punggung ke atas potret Najib.  Pantas nampaknya pihak Polis kali ini.  Aku harap siasatan ini berjaya walaupun banyak kes yang lebih besar tidak selesai malah berlalu begitu sahaja.

Budak ini dikatakan membawa bendera Sang Saka (Saka Bangsa? ) dan tidak pula kedengaran budak-budak ini menjerit " Ayuh...kita tukar bendera". Tidak pula diketahui membawa bendera Sang Saka ini begitu besar dosanya sedangkan bendera Israel pernah berkibar di PWTC.  Ertinya, lebih mulia bendera Israel dari Sang Saka?  

Membawa bendera Sang Saka lebih besar dosanya dari mempamirkan banner menggelar Sultan sebagai "Natang" ?  Lebih mulia gamaknya mengusung kepala babi di letakkan di masjid daripada membawa bendera Sang Saka?  Di mana siasatan dan siapa yang didakwa atas krjadian usung kepala babi ke masjid dan mempamerkan banner menghina Sultan sebagai " Natang" ?  Ada atau tidak yang didakwa?

Nampaknya semakin dekat PRU maka semakin banyak syaitan yang menjelmakan dirinya.  Mungkin kerana syaitan ini telah diseru oleh bomoh mamak pandi kutti baru-baru ini.  Oleh kerana itu, kita di dalam PR khususnya tuan rumah atau Penganjur mana-mana program yang melibatkan pimpinan berisiko wajiblah peka terhadap aspek keselamatan.  Mereka ini kita tahu dari spesis lembu yang suka makan poster dan bendera dan suka ceroboh kawasan kita, jadi kita perlu bina kandang dari dimasuki oleh lembu-lembu ini.  Jangan salahkan lembu jika menceroboh ladang kita kerana lembu tetap berotakkan lembu.