RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 31 Mei 2014

MATC/PEMILIHAN DI PAYA BESAR HARI INI - SIAPA PILIHAN AKU?

HARI ini (31/5/14), tiba giliran aku pula untuk mengundi bagi pemilihan pimpinan Cabang Paya Besar dan pimpinan Pusat.  Demokrasi mesti diraikan walaupun tiada kewajipan dari segi perlembagaan parti untuk kita mengundi, namun apalah ertinya menjadi ahli di dalam satu-satu jemaah jika kita tidak ambil kisah siapa pemimpin kita.  

Di dalam kepala aku sudah di setkan siapa pimpinan Cabang yang aku yakin lebih baik kerana bagi aku yang menawarkan diri sebagai Ketua Cabang itu terdiri dari yang baik-baik belaka, paling kurang lebih baik dari pimpinan Umno.  Di Paya Besar, jawatan Ketua Cabang ada dua calon.  Seorang adalah Penolong Setiausaha parti di peringkat negeri, manakala seorang lagi adalah mantan bekas calon parti di dalam PRU 13 yang lalu.  Kedua-duanya telah bekerja untuk parti dan ada jasanya kepada parti.

Jawatan Timbalan Ketua Cabang pula, terdapat dua calon juga.   Seorang berbangsa Cina dan seorang lagu berbangsa Melayu.  Adakah aku mesti memilih berdasarkan kaum?  Jika aku fanatik sangat dengan kaum, buat apa aku sertai PKR?  Lebih baik aku sertai Umno, sebab Umno memang untuk kaum Melayu.  Tentunya aku memilih yang telah menunjukkan kerja dan berminat untuk membantu parti.  Jadi, perkauman aku tolak ke tepi.

Di peringkat Pusat, aku ada dua pilihan kini bagi aku memilih siapa Timbalan Presiden.  Calonnya ada tiga, tetapi aku akan pilih satu daripada dua yang aku rasa terbaik untuk parti.  Satu lagi calon awal-awal lagi aku rejek dari pemikiran aku kerana terlalu banyak "jasa'nya merosakkan parti.  Naib Presiden pula, yang pastinya aku mahu tentukan YB Fuziah berada di dalam Naib Presiden.  

Aku harap pagi nanti, MATC dan pemilihan akan berjalan dengan baik.  Jika ada yang mahu wujudkan suasana tegang, calon berkenaan akan aku rejek dari pilihan aku.  Tidak mudah untuk aku buat pilihan kerana kedua-dua calon Ketua Cabang rapat dengan aku.  Aku mahu lihat salah seorangnya akan jadi pemimpin yang aktif di Paya Besar nanti.  Jika sekadar mahu jawatan tetapi tidak berminat untuk kembangkan parti, elok rasanya jangan bertanding.

 

Jumaat, 30 Mei 2014

PENING UMNO DIBUATNYA DI TELUK INTAN......


TARIKH 31 Mei 2014 (Sabtu) ini, sekali lagi PR buat kejutan, InsyaAllah, apabila kita berjaya memalukan Bn dengan 'hatrik' PRK selepas Kajang dan Bukit Gelugor.  PRK biasanya Bn hebat dengan seluruh jentera turun membantu kempen termasuk media haprak TV3 suku serta Utusan meloya.  

Najib punya lah gelabah sampaikan menjanjikan jawatan Menteri kepada calon Bn, Pengerusi Gerakan Datuk Mah Siew Keong.  Ada kaum Cina kisah dengan tawaran tersebut?  Mereka tidak kisah pun kerana jika jadi Menteri sekalipun apa yang Menteri ini boleh buat?  Bukankah berpuluh tahun memang ada Menteri dari kalangan kaum Cina, tetapi apa yang Umno lakukan pada kaum ini?  Hanya ayat "Apa Cina Mahu" atau "Cina balik tongsan" yang selalu kedengaran.  Ingat kaum Cina lupa?  Ingat kaum Cina lupa dengan sepanduk provokasi 13 Mei?

Kaum Cina kini sudah jauh lebih bijak berpolitik dari kaum Melayu yang hanya tahu sebut "BR1M".  Tidak semua Melayu bodoh kerana yang bodoh telah berada di sebelah kumpulan "Syaitan yang dikenali".  Bak kata Mahdey Kutty Karala, mana ada yang cerdik duduk dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu?  Apatah lagi baru-baru ini kaum Cina cukup marah bila politik menyepak dan menendang pintu pejabat parti lain.  Ini bukan budaya politik kaum Cina.  MCA pun marah dengan sekumpulan bodoh yang menyepak pejabat DAP itu.  Lagi lah bodohnya yang menceroboh Dewan Undangan Negeri P.Pinang.

Tidak sabar rasanya nak saksikan 'hatrik'di Teluk Intan.  Jeritan "Ketuanan Melayu" langsung tidak kedengaran kerana yang bertanding mewakili DAP adalah Melayu.  Yang lawan Melayu bernama Dyana ini pula adalah kaum Cina.  Pening Umno dibuatnya!!

Penamaan calon: 19 Mei;
Mengundi: 31 Mei;
Undi awal: 27 Mei

Bil pusat mengundi: 36 pusat pengundian (35 saluran - undi biasa dan 1 saluran- undi awal)

Pusat Penamaan Calon: Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Pusat Penjumlahan Undi: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib

Selasa, 27 Mei 2014

USTAZ KIASU RIDHUAN TEE BUAT CONTOH BODOH UNTUK MEMBODEK


APA yang kamu merepek ni Ustaz Ridhuan Tee atau "Ustaz Kiasu" ini?  Kamu masih mahu bicara soal perkauman lagi?  Modal untuk kamu mahu pertahankan kepala otak perkauman kamu itu maka kamu gunakan Islam?

Apa kata ustaz Kiasu ini; (Penuh di sini)

"(Pemain negara, Datuk Lee) Chong Wei lawan (pemain China) Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia.

"Kedua-dua adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.

"Katakan, Chong Wei lawan (bekas pemain negara, Datuk) Misbun (Sidek) atau Lin Dan lawan (pemain Indonesia) Taufik Hidayat, ketika itu siapakah yang akan disokong?

"Justeru tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia tetapi mengundi ultra kiasu," katanya.

Mualaf itu berkata demikian bagi menjawab satu tulisan dalam satu akhbar berbahasa Inggering yang menurutnya menuduh beliau mengalami krisis identiti kerana sering mempertahankan golongan Melayu.

Ridhuan menjelaskan, pendiriannya sebelum ini dibuat kerana mempertahankan Islam.

Tidak perlulah kamu bersungguh-sungguh mahu bodek Umporno.  Sekuat mana pun kamu ampu parti tak guna itu, kamu takkan boleh berubah dari insan berbangsa Cina kepada Melayu.  Cina tetap Cina.  Cina tidak hina, tetapi yang hinanya bila orang Cina seperti Ustaz Kiasu ini memburukkan kaumnya sendiri dengan cara menggunakan Al-Quran.  Prasangka buruknya kepada kaum Cina, khususnya DAP amat ketara.  

Aku nak tanya Ridhuan Tee, banyak mana dah Cina DAP rembat harta dan hak rakyat?  Hak Melayu berapa banyak pemimpin DAP sapu?  Berapa banyak pemimpin Melayu yang rembak hak rakyat?  Melayu itu dari Umporno ke PAS atau PKR?  Bandingkan dengan pemimpin DAP yang Ridhuan Tee selalu dakwa jahat itu.  Contoh yang Ridhuan Tee beri di atas, jika Chong Wei lawan Misbun, kita akan sokong siapa?  Jangan jadi bodoh Ridhuan.  Peminat sukan bukan bangang macam kamu.  Mereka meminati seseorang ahli sukan bukan kerana bangsa atau kaum tetapi bakat yang ada padanya.

Contoh mudah, ramai orang Melayu Islam tidak suka dengar kamu berceramah agama bukan kerana kamu itu Cina.  Mereka tidak suka dengan kamu sebab kamu terkenal dengan sifat mengampu.  Pendakwah yang kuat menjilat pemimpin yang berkuasa tidak ubah seperti anjing.  Sebab itulah kamu tiada peminat.  Bukan masalah kamu itu Cina atau Mamak Kutty dari Karala.  

Jika mahu pertahankan Islam bukan dengan cara hina atau pandang buruk kepada kaum lain.  Kamu dari dulu tidak pernah bersangka baik dengan DAP sedangkan yang banyak menyusahkan rakyat, rasuah, zalim, kaki fitnah, hina Raja tu dari puak mana?  Bukankah dari puak yang menyuapkan mulut kamu dan ahli keluarga kamu sekarang?  Cukuplah membodek....lagi kuat bodek, lagi hina kamu di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.

Isnin, 26 Mei 2014

UMNO/BN SEMAKIN "HATRIK" TEWAS DI DALAM PRK


PR semakin menghampiri 'hatrik' menumbangkan rejim dan sekutunya di dalam PRK. Bermula di Kajang, kemudian semalam diumumkan anak kepada Mendiang Karpal Singh, Ram Karpal telah menang besar di PRK Parlimen Bukit Gelugor sehinggakan calon-calon Bebas yang lain termasuk dari Parti PCM telah hilang deposit.

Memang patut pun Bn tidak meletakkan calon kerana mereka sudah terbau deposit akan hilang dan ini amat mengaibkan. Kini, malu terbesar bakal menanti mereka pula iaitu di PRK Parlimen Teluk Intan. Seandainya calon DAP, Dyana Sofya menang maka lengkaplah 'hatrik' buat Bn. Tentu malu besar buat parti yang memerintah kerajaan yang disokong oleh 47% itu.

Sebab itulah di Teluk Intan sekarang mereka berusaha dengan berbagai cara agar PR tidak lagi menang. Kita sebagai penyokong PR semakin bersemangat apabila Bukit Gelugor berjaya kita pertahankan.

Memang kita mahu 'ajar' Umno/Bn dengan cara 'hatrik' tewas di dalam PRK.

 

 

Sabtu, 24 Mei 2014

PIALA THOMAS - SKUAD TANPA "ORANG ISTANA" MARA KE FINAL, IBU PANDA JANGAN HADIR FINAL OK

SUDAH lama aku menyanggah pendapat orang yang kata sukan di negara kita ini boleh maju dan meningkat jika satu-satu persatuan itu dipegang oleh 'orang Istana".  Malah bagi aku, sukan itu mesti diuruskan oleh mereka yang berminat dengan sukan itu sendiri, bukannya yang pegang bolasepak itu orang yang lebih suka bermain golf atau kuda.  

Tahniah kepada Skuad badminton Piala Thomas negara yang telah melangkah ke Final apabila menewaskan Indonesia malam tadi.  Sebelum itu skuad  "Panda China" juga turut kecundang di tangan Jepun.  Final esok (Ahad). Malaysia yang baru saja dapat "Panda" akan bertemu dengan Jepun.  Aku harap dan merayu benar agar "ibu panda" tidak hadir menonton perlawanan akhir esok.  Kita tahu memang ibu panda itu kepingin sangat untuk memeluk Chong wei sekali lagi jika kita berjaya merangkul Piala Thomas nanti.  Janganlah kita kempunan mendapat Piala Thomas yang terakhir kita dakap Tahun 1992 itu ranap angkara 'kesuweian' si ibu panda.

Walaupun skuad ini dikalangan "pemain pendatang" (gelaran puaka puak yang rasis), aku harap jangan ada pula demontrasi tendang pintu atau ceroboh pejabat BAM dari puak Melayu bangang yang mendakwa BAM memilih bulu di dalam membentuk barisan pemain.

Terbukti sukan boleh maju tanpa "orang istana' di atasnya.  Tahniah BAM !! 

Rabu, 21 Mei 2014

DEMO DI HADAPAN PEJABAT PKR TROPICANA MALAM TADI TANDA AHLI SAYANG KEPADA PARTI

MALAM tadi dkhabarkan lebih kurang 200 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) yang dianggap mereka gagal menguruskan pemilihan di dalam parti dengan telus.  Mereka hadir dengan berbagai sepanduk yang mengecam beberapa tokoh tertentu yang dianggap mereka sebagai tali barut segala penipuan sepanjang pemilihan berlangsung.

Jika dilihat secara zahir, perbuatan berhimpun seperti ini dilihat tidak bijak untuk meningkatkan imej parti.  Tentunya orang akan kata mengapa tidak dibantah secara dalaman tanpa diperlihatkan terutamanya kepada media pencari berita longkang seperti Utusan meloya atau TV3 suku.  Modal besarlah mereka.  

Kita mesti ingat, pemilihan tahun 2010 dulu pun banyak aduan yang dilaporkan.  Adakah dapat diselesaikan dengan baik?  Berapa banyak yang disimpan di bawah karpet?  Aduan dilakukan secara resmi melalui prosedur yang ditetapkan juga.  Waktu itu tiada himpunan seperti malam tadi.  Oleh kerana pihak atasan melihat bantahan itu seperti tidak serius, mereka pun anggap tidak serius untuk memperbaikinya.

Oleh kerana itulah pemilihan kali ini berlaku lagi.  Kita jangan tuduh semua tempat berlaku penipuan tetapi kita tidak boleh nafikan ianya berlaku di beberapa tempat.  Yang menuduh juga kemukakan aduan mengikut prosedur.  Di dalam tempoh aduan disiasat, masih berlaku juga di tempat lain.  Ertinya, apa yang berubah dan di mana kepekaan JPP?  Mungkin atas sebab inilah segelintir yang mahu melihat JPP bangun segera dari lena untuk baiki proses pemilihan kali ini dengan serius, maka malam tadi mereka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat.  

Tidak cantik dipandang tetapi apa lagi pilihan yang ada?  Tentunya cara malam tadi lebih baik dari cara mereka bertindak keluar dari parti hanya kerana pemilihan yang mereka anggap tidak adil.  Biar kita seperti berbalah waktu ini daripada kita memiliki pemimpin yang tidak amanah dan jujur.  Perlu ada pengorbanan sedikit sebanyak untuk memperbaiki parti.  Ada pendekatan lembut dan ada pendekatan dilihat agak kasar namun ianya semua untuk memperbaiki parti.  Salahkah begitu?

Malam tadi, DS Anwar yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP turun menemui sekumpulan yang berhimpun.  Agak tegas tetapi penuh hikmah, DS Anwar menyebut bahawa semua aduan wajib disiasat dan tiada siapa yang akan dilepaskan sekiranya terdapat bukti kukuh.  Beliau arahkan semua yang berhimpun bersurai kerana beliau bimbang peristiwa ini akan dimanipulasikan oleh media rejim yang sentiasa menunggu peluang.

Kesemua yang berhimpun akhirnya bersurai kerana menghormati tokoh utama mereka.  Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera sebelum terlambat.  Jika ada aduan, ada bukti kukuh maka buatlah keputusan.  Jika tiada bukti kukuh, maklumkan secara terbuka agar semua mendapat maklumat di atas aduan mereka.  Tidak guna disimpan atau disorok lagi.

Isnin, 19 Mei 2014

MENGAPA PERTIKAIKAN CALON DAP, DYANA ?

MENGAPA ada yang pertikaikan calon DAP, Dyana Sofya bertudung dan berbaju kurung sewaktu hadir di pentas PAS di dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan?  Adakah kerana selama ini kita lihat beliau tidak bertudung maka kita kutuk dan keji beliau bila bertudung?

Memang benar, sebagai orang Islam menutup aurat itu wajib.  Tidak kira di mana pun fahaman politiknya maka hukum asas menutup aurat ini tetap wajib apatah lagi orang itu orang besar dan pemimpin negara yang sentiasa menjadi perhatian, contoh kepada rakyat.  

Dyana Sofya adalah ahli DAP.  Namun beliau umat Islam dan tentunya beliau tidak boleh lepas dari hukum Islam di dalam bab aurat.  Ini perlu kita peringatkan kepada beliau bahkan sesiapa saja yang mengaku Islam.  Tetapi apabila beliau bertudung dan berbaju kurung atas apa niatnya sekalipun mengapa kita pertikaikan?  Patutnya kita memuji langkah permulaan itu dan doakan agar berterusan, bukannya mempertikaikan penampilannya itu.

Bimbing Dyana, bukan kutuk dan pertikaikan niatnya
Samada Dyana Sofya berniat untuk menjaga adab di pentas PAS atau apa pun niatnya, kita tidak ada hak pertikaikan nawaitu seseorang.  Sesiapa yang hampir dengan beliau mesti gunakan kesempatan ini untuk menasihatkan Dyana agar terus bertudung dan menjaga auratnya kerana itu adalah kewajipan umat Islam, bukannya memperlekehkannya.  Mudah-mudahan beliau diberi taufik dan hidayah untuk terus bertudung seterusnya menutup aurat dengan sempurna.

Apakah kita wajib undi calon Gerakan/Bn atas hujah Dyana tidak bertudung?  Soalan ini mudah untuk dijawab.  Pertamanya, Dyana tetap orang Melayu berugama Islam.  Beliau berada bersama PR iaitu satu gabungan yang menolak rasuah, kezaliman, fitnah dan penganiyaan ke atas rakyat.  Calon Gerakan pula berada di dalam Saf yang meneruskan rasuah, zalim dan terus menganiayai rakyat.  Terlalu banyak isu yang boleh kita sebut betapa Bn ini menyusahkan rakyat.  Di antara dua pilihan ini, pilihlah yang kurang mudharatnya, atau paling baik untuk rakyat.  Tiada pilihan lain, kecuali calon dari PR, iaitu Dyana.

Sabtu, 17 Mei 2014

BELUM LAGI GST, LETRIK DAH NAIK...OHHH...LETRIK BUKAN MAKANAN ASASI RAKYAT!!

SELEPAS kita bulat-bulat kena kelentong oleh Mat Said dengan "Three Stroogers"nya di Terengganu, semalam diumum pula kenaikan harga kadar elektrik.  Kononnya jika tidak naik harga, TNB rugi.  Jika TNB rugi maka keraplah nanti terjadi 'blackout" seperti yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.  Rakyat susah dan derita, peduli apa?
 
Jika dulu, kerajaan naikkan harga gula kononnya untuk mengelakkan rakyat dari kena kencing manis.  Harga ayam naik, rakyat disuruh makan daging atau ikan saja.  Daging dan ikan murah kot kat Malaysia ini?  Harga beras naik, cuba tanya pesawah di bendang adakah kehidupan mereka berubah bila harga beras dinaikkan?  Cuba tanya pula tokeh-tokeh yang menguruskan beras ini, miskinkah mereka?  
 
Kini, harga letrik dinaikkan.  Cuba tanya tokeh-tokeh IPP, YTL dan seumpamanya.  Semakin terhimpitkah kehidupan mereka?  Tahukah kita letrik tidak dikecualikan dari dikenakan GST tahun depan kerana letrik bukan makanan asas buat rakyat negara ini.  Belum GST lagi, harga letrik naik, bayangkan jika sudah dikenakan GST.  Berapa yang rakyat kena tanggung?  
 
Kilang menggunakan banyak tenaga letrik.  Kilang-kilang akan cas semua ini atas bahan produk mereka dan pengguna tanggung.  Kilang pun menanggung GST juga.  Cas lagi.  Pengguna tangung lagi.  Bukankah kesemua keperluan makanan asasi kita kesemuanya dihasilkan melalui proses di kilang?  Tidakkah kita akan menanggung kesemua kesan ini?  
 
Maka, jangan jadi bodoh lah.


Rabu, 14 Mei 2014

SI WAJAH LUCU DAN KELAT KEMBALI MELUTUT KEPADA LAKI ROSMAH....

ITULAH wajah Umno.  Umno kini hanya dipersendakan oleh ahli-ahlinya yang bergelar pemimpin.  Di Terengganu terbukti Umno sanggup dihina sedemikian rupa, dipermainkan dan dipersendakan.  Maka, Umno menjadi bahan lawak orang ramai.

Mat Said memang berwajah lawak tetapi lebih hebat lagi beliau turut menjadikan Umno sebahagian dari bahan gurauan lucunya.  Menggertak Najib kononnya untuk tunjuk beliau 'nelang' terbilang di Darul Imang.  Awalnya gertakan beliau betul-betul membuatkan Najib kecut segalanya kecuali telor kerana beliau sememangnya dikenali sebagai insan yang tidak 'bertelor'.  Gelabah juga Najib dibuatnya, nasib baik ada kuasa yang dipegangnya boleh menggertak Mat Said dan anak-anak buahnya untuk melutut kembali kepada parti keris telanjang tidak bersarung itu.  

Di kaca TV tadi, wajah Mat Said seperti biasa.  Riak lucu sedikit unsur-unsur bodoh memperlihatkan kepuasan hatinya dapat mempersendakan parti melayu tersebut.  Mat Said rujuk kembali kepada Umno setelah melihat sekelilingnya dua tiga kerat rakan karibnya dulu mula melutut kepada laki Rosmah.  Mat Said mula berasa keseorangan dan kebodohan, maka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah yang kononnya dipertahankan sewaktu beliau mengumumkan keluar parti kelmarin, Mat Said dengan wajah selamba dan kelat mengumumkan kembali bersama Umno.  Umno lah parti yang akan dibawa ke kubur nanti.  Gitu lah gamaknya.

Rakyat kini tahu dan kenal siapa Mat Said.  Rakyat juga kenali Najib dan kita lebih kenal Umno itu sendiri.  Apakah anda bangga menjadi ahli atau penyokong Umno apabila kes di Terengganu ini menjadi bahan lawak seantero dunia?  Memang Umno parti lawak.

UMNO/BN TERENGGANU "NYAWA-NYAWA IKAN" TETAPI PR TERENGGANU MASIH 'DEFENSIF"?

RAMAI yang menduga apa yang berlaku di Terengganu akan dapat diselesaikan dengan mudah oleh Najib.  Najib kenal selera pemimpin-pemimpin Umno dan beliau tahu apa ubat yang perlu diberikan jika ada masalah yang boleh menyusahkan beliau dan parti.  

Sebab itulah Najib tidak teragak-agak membuang Mat Said dari kerusi MB.  Orang kata Mat Said "Nelang' tapi mereka tidak tahu Najib ada penawar penyakit "Nelang".  Sehebat mana pun kononnya berani Mat Said, Najib tidak hairan kerana selera Mat Said ada di dalam poketnya kalaupun tidak di dalam beg tangan Rosmah.

Mulanya ramai juga yang beranggapan Terengganu di bawah parti Keris Telanjang tanpa sarung itu bakal tumbang bila Mat Said tunjuk "nelang'nya keluar dari parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas.  Kemudiannya diikuti pula oleh 'badi'nya.  Walaupun ada rakannya yang ketiga cuba untuk ikut Mat Said, namun buat "U-Turn" semula kerana tidak cukup ilmu 'nelang'nya.  Kini, ada dua Wakil Rakyat Bebas tapi sokong Bn?  

Berani ke Mat Said jika istihar jadi Wakil Rakyat Bebas tapi istihar sokong Bn?  Sememangnya Mat Said takut dengan 'penawar' yang ada pada Najib.  Memang Mat Said cakapnya berdegarp-degar tetapi sedikitpun tidak menakutkan Najib.  Bahkan, Mat Said kini menempah maut dengan tindakan 'berani bodohnya' itu.  Mahu tunjuk berani tapi terlupa bahawa hidungnya masih terikat dengan tali yang dipegang oleh Najib.

Kini, ramai yang tertanya dan pelik, mengapa PR Terengganu masih 'defensif'  walaupun kubu lawan telah nampak bocor?  Mungkin masih ingin 'tunggu dan lihat' kot.

Jumaat, 9 Mei 2014

ISU HUDUD - NON MUSLIM DI DALAM PR HARUS BERHATI-HATI

ISU Hudud semakin hangat.  Tiba-tiba Umno berminat dengan Hudud, dan jangan persoalkan niat Umno dan kita berfikiran positif, itu pesanan Us Nik Amar.  Ambil peluang yang diberikan, katanya.

Aku tidak mahu sentuh bab Umno minat atau tidak dengan Hudud.  Pendapat peribadi aku sudah ada berkaitan dengan spesis Umno ini.  Aku cuma mahu sentuh isu MCA yang mula menggerakkan ahli-ahlinya untuk berdemo dan berhimpun bagi menentang Hudud.  Bagi aku ada beza, Non Muslim boleh tidak bersetuju dengan hukum Allah ini tetapi mereka tiada boleh menzahirkan tentangan seperti itu.  Tidak bersetuju lain, menentang itu lain.  Berdemo atau berhimpun itu adalah penentangan secara terbuka.  Apakah umat Islam boleh membenarkannya?

Aku harap Non Muslim di dalam PR, samada dari PKR mahu pun DAP atau dari Dewan Himpunan Penyokong PAS jangan cuba cari pasal meniru cara MCA itu.  Kamu boleh tidak bersetuju tetapi jangan sesekali menentang secara terbuka hukum Hudud.  Seandainya itu yang terjadi, kami umat-umat Islam pastinya akan bangkit berhimpun untuk menyatakan bantahan kami ke atas penentangan kamu.

Di dalam PR, kita ada disiplin dan saling menghormati.  Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi jangan ada provokasi atas isu-isu sensitif.  Biarkan Umno dan MCA bermain dengan rentak mereka.  Jangan kita terperangkap.