RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 18 Mei 2009

BENAR ATAU FITNAH ? PERLUKAH PAS JAWAB?


Bukan setakat memboikot jentera pilihanraya, bahkan ahli-ahli PAS Permatang Pauh dilarang keluar mengundi. Jika mengundi juga, ahli PAS hendaklah merosakkan undi, atau mengundi calon lain selain PKR bagi memastikan calon Umno ( jika bertanding) menang.

Arahan lisan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dalam perjumpaannya dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, baru-baru ini.

Menurut sumber parti itu, Omar mengeluarkan arahan itu apabila disoal oleh salah seorang daripada AJK PAS berhubung kedudukan jentera pilihanraya parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti.

Omar yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, dikatakan 'membetulkan' jawapan daripada Ketua Cawangan Mengkuang Titi, Ustaz Khalid, yang menjawab soalan berkenaan sebelumnya.

Sayap Pemuda dan Muslimat kawasan berkenaan turut mengambil langkah yang sama, meskipun Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang secara jelas mengeluarkan kenyataan PAS menyokong dan akan membantu PKR.

PAS kawasan itu, sebelum ini secara terbuka menuntut kerusi Penanti diserahkan kepada parti itu.

Menjadi rahsia umum, pimpinan PAS yang diterajui Omar sejak sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PKR Permatang Pauh.

Pada pilihanraya 2004, Omar bersama Pengarah Pilihanraya PAS negeri ketika itu Mazlan Ismail, pernah mengadakan 'road show' secara terbuka, menyeru ahli-ahlinya memboikot PKR Permatang Pauh.

Ketika itu mereka menuntut agar PAS diberikan kerusi yang lebih termasuk menuntut kerusi Penanti.

Namun kerusi Penanti tetap diberikan kepada PKR melalui calonnya Anwar Shaari yang ketika itu Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.

Akibat gerakan terbuka anti PKR itu, kerusi Penanti berjaya dimenangi Umno melalui Datuk Abdul Jalil Majid yang sebelum itu disandang calon PKR Abdul Rahman Kadir.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

~~Sumber:
http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com/2009/05/siri-82-ydp-pas-ppauh-arah-jangan-undi.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan