RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 17 Julai 2009

TIDAK SEMUA BAHAN BUKTI ANWAR DAPAT - YANG PENTING TIADA KESAN LIWAT

KUALA LUMPUR [6.45 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya dalam usahanya untuk mendapatkan dokumen dan barang kes berkaitan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi di sini tetapi gagal mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa membenarkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa pendakwaan membekalkan dokumen dan barang kes itu, memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan barang-barang berkenaan dalam masa tujuh hari. Semasa menolak permohonan Anwar untuk dibekalkan dengan sampel spesimen Mohd Saiful dan beberapa sampel yang lain, Hakim Mohamad Zabidin berkata ini kerana barang kes itu telah dimeterai oleh ahli kimia tetapi pihak pembelaan boleh memohon untuk meneliti sampel-sampel itu setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes. "Kenyataan bersumpah daripada pegawai penyiasat (Deputi Superintendan) Jude Pereira menunjukkan kesemua sampel kini berada dalam bungkusan masing-masing. "Oleh itu sebarang gangguan oleh sesiapa terhadap meterai itu sebelum ia dikemukakan di mahkamah akan mengganggu identiti dan rangkaian keterangan berhubung barang kes itu," katanya. Selepas keputusan itu, Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan menangguhkan sementara keputusan yang dibuat hari ini, secepatnya esok.

[Apapun yang terjadi, terkadang kita agak hairan dengan kes ini. Sudah terbukti dan telah diperakui oleh tiga orang doktor pakar HKL dan seorang dari Hospital Pusrawi yang merawat Saiful bahawa dia tidak diliwat. Maka kenapa perlunya ada lagi pendakwaan, dan spesimen berkaitan mahu digunakan?. Inilah yang berlaku kepada Sukma Dermawan dulu, dimana ada doktor HKL yang dipaksa mengubah laporan berkaitan untuk membuktikan dia diliwat Anwar. Kini ia seolah-olah berlaku lagi, dan jika tidak ditangani dengan betul bermakna Anwar akan didapati bersalah sekali lagi. Ini kerana spesimen yang diambil itu kemungkinan besar telah di atur sebaik mungkin agar menampakkan yang Anwar memang berada bersama Saiful ketika kejadian liwat itu berlaku. Bukankah spesimen Anwar juga telah diambil oleh Saiful ketika hampir lima bulan beliau bekerja dengan Anwar dulu. Banyak rambut-rambut dan bulu roma berkaitan boleh dijadikan sebagai bahan kes untuk mendakwa Anwar. Apapun, teruskan perjuangan kerana kebenaran itu pasti tersingkap jua akhirnya]. Sumber: Pahangdaily.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan