RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 4 Ogos 2009

ANWAR AKAN SAMAN MUHYIDDIN

Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf
S Pathmawathy
Ogos 3, 09
8:48pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Meletakkan seseorang ketaraf pengkhianat bangsa bukanlah sesuatu yang boleh lepas cakap saja, apa lagi didepan umum seolah-olah umum juga akan berkeyakinan demekian. Ucapan sedemekian sebenarnya meletakkan kehidupan beliau sendiri ketaraf yang teramat hina dan jahil. Apakah cara hidup islam mahukan umatnya bercakaran dan tak sudah-sudah dengan melabelkan orang lain mengikut fahamannya tersendiri?

    BalasPadam
  2. Tanya muhyiddin..Siapa yg menjual tanah2 di johor kpd Singapura? Adakah DSAI atau pemimpin2 UMNO Johor, Jadi siapa pengkianat melayu? DSAI atau pemimpin2 UMNO Johor?

    BalasPadam