RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 4 Ogos 2009

KISAH ANAK YATIM, PERKASA YANG JADI PEKASAM AKHIRNYA

PAS jawab 'peserta demo diupah'
Ogos 4, 09 1:44pm
"Peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga" - demikian jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."

Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:

"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya/Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Salam tuan..Tolong update url bloglist malaysia yang baru di bloglist tuan, Terima kasih.
    http://bloglistpolitik.blogspot.com

    BalasPadam
  2. DULU mati-mati nak bakar jambatan!! KINI bersambung-sambung pula jambatan...Apasal?? demi negara kah? demi Islam kah? demi..demi..demikanlah SELAMA-LAMAnya!!!!

    BalasPadam
  3. salam....
    depa semua ni dr atas smpai bawah...klau tak bg $$$ mesti kerja tak jalan.ckp aje pejuangla ..perkasa la....tp sebenrnya nak $$$$ ..camna nk brjihad klau camni..teruk....teruk...sgt teruk.

    BalasPadam
  4. akum mememang betul tu depa bakar jambatan pasal tak dapat fulus bila dah dapat sambung balik lah jambatan. bini lagi glamor habis baju tukar sehari berpasan-pasang oiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam