TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Ahad, 9 Ogos 2009

DEBAT PEMUDA UMNO - PAS, KJ MESTI HADIR

Sunday, August 9, 2009

Debat antara Ketua Pemuda UMNO dan rakan sejawatannya dari PAS mengenai isu rasuah di Malaysia ditetapkan pada 13 Ogos ini. Debat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu hanya akan berlangsung jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri turun membahasakan topik dan tidak mewakilkan tugasnya pada pihak ketiga “Pemuda Pusat mengambil keputusan bersetuju supaya Ketua Pemuda hadir pada 13 Ogos di Dewan Perhimpunan Cina dengan syarat Ketua Pemuda UMNO turut hadir. Kita akan tarik diri sekiranya selain daripada Ketua Pemuda Umno hadir,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi. Perbahasan itu bertajuk: Rasuah dan Masa Depan Malaysia, Dimana Peranan Pemimpin Muda Politik.

[Perdebatan amat baik dilakukan untuk menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi tulen. Namun, beranikan menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin untuk menghunus keris bagi menyahut seruan ini?. Kami yakin 100% yang Khairy tidak akan berani berdepan secara "anak jantan" dengan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi yang cukup dikenali dengan kelantangan dan suara serta fakta yang tegas serta jelas itu. Jika Khairy berani tampil, maka memang beliau sengaja menempah "maut" berhadapan dengan Ustaz Nasharuddin itu nanti]./Pahangdaily

1 ulasan:

  1. Aku rasa debat antara pemuda PAS dgn pemuda UMNO tidak akan berlaku kerana pemuda UMNO bukanlah pemuda yg benar2 berani. Yang mereka berani hanyalah berkukok-kukok diTV3 dan ahkbar2 milik mereka. Dari zahir mereka pemuda tapi jiwa mereka seolah2 pondan dilorong haji Taib. Aku yakin debat tidak akan berlaku.Percayalah...

    BalasPadam