RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 17 Ogos 2009

S/USAHA POLITIK YANG KANTOI

Isu masjid: SU menteri akui silap guna kepala surat
Abdul Rahim Sabri
Ogos 17, 09
11:55am

Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. takut kena belasah dengan SPRM ler tu...salahguna kuasa dan salahguna letter head. SU Politik tak abis ngaji ler tu..tak tahu nak buat kerja.pakai sain jer tapi tak baca.buta kayu. tu sebab kantong negara kurus. ini contoh terbaik buta kayu.

    BalasPadam