RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 22 November 2009

BERITA HUSAM LETAK JAWATAN USAHA PECAH BELAHKAN PAS - NIK AZIZ

22 November, 2009 15:18 PM

Nik Aziz Nafi Husam Mahu Letak Jawatan

KOTA BAHARU, 22 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.
Justify Full
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, Ahad.

Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husam cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Nik Aziz berkata laporan akhbar berkenaan sama sekali tidak benar dengan memetik sumber termasuk daripada blog tertentu yang kononnya mempunyai maklumat Husam akan melepaskan jawatan berikutan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata jika benar sekali pun Husam mahu meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat memerlukan khidmat dan buah fikiran Husan kerana sepanjang perkhidmatannya, Husam banyak membuat rundingan dengan kerajaan Pusat termasuk mengenai tanah dengan Felda, Felcra dan terbaru tuntutan royalti petroleum.

"Mengapa orang kita tidak tahu menilai orang yang berguna (seperti Husam)," katanya.

Ketika ditanya sama ada benar Husam pernah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan baik dalam parti mahu pun kerajaan, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak ada... sayapun tak terfikir dia nak berhenti. (Ini pandai-pandai akhbar) nak bawa berita panas supaya orang beli akhbar".

Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.

"Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya," katanya.

Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit.

--BERNAMA

4 ulasan:

  1. -pandai pulak kau nak cover line..kalau sehari dua sebelum ni kuat pula kau kutuk husam..bila tok guru nafikan pandai pulak kau nak tunjuk sokongan pada husam..pege daaah! dulu syok jugak baca blog ni..ini dah nak jadi mcm mso jugak!

    BalasPadam
  2. Memeranjatkan!

    Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L’gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu

    Konspirasi untuk “mengawal” TGNA dan menjatuhkan YB Husam! Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.

    Yang berlaku sekarang di Kelantan ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin. Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas?

    Kassim Slamat

    BalasPadam
  3. Slm John, Cuba anda link kan yg mana satu artikel dari blog ini yg menghentam Husam? Atau anda kurang bijak dlm membaca mana2 tulisan di dalam blog? Artikel di atas juga bukan tulisan empunya blog tetapi dipetik dari BERNAMA. Ini menunjukkan blog ini bebas dlm menyuarakan pandangan. Malah, tulisan MSO juga pernah disiarkan di dalam blog ini kerana tidak semua pandangan MSO itu dianggap salah. WFAUZDIN NS

    BalasPadam
  4. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana mengembalikan kegembiraan dan cinta dalam perkahwinan saya, perceraian dan perpisahan bukanlah perkara yang baik untuk dialami dalam sebuah hubungan tetapi terima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana memberikan mantra cinta kepada saya untuk mengembalikan cinta dalam perkahwinan saya. Hubungi dia hari ini di (ekpentemple@gmail.com) untuk mendapatkan bantuan.

    BalasPadam