RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 14 Disember 2009

Isu PAS S'gor: JK disiplin mesyuarat Rabu ini

Jawatankuasa disiplin PAS akan bermesyuarat 23 Disember ini untuk membincangkan jawapan pemimpin-pemimpin PAS Selangor yang diberi surat tunjuk sebab sebelum, berhubung isu kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara yang menjawab surat tersebut ialah pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pejabat Agung PAs di ibunegara mulai jam 2 petang.

Surat tunjuk sebab itu dihantar pada 2 November lalu dan mereka diberi tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Surat tunjuk sebab tersebut dihantar kepada kepimpinan PAS Selangor isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung soal kerajaan perpaduan.


Pada asalnya, menteri besar Kelantan itu mendesak muktamar khas diadakan untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan Dr Hassan.

Berikutan itu, satu mesyuarat khas barisan kepimpinan atasan PAS diadakan pada 28 Oktober lalu yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu.

Jawatankuasa itu diminta menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan jawapan mereka itu, Tuan Ibrahim berkata: "Kita akan membawanya ke dalam mesyuarat"./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan