RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 14 Disember 2009

MCA TAK SELESAI, MUHYIDDIN RANCANG YANG BARU PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN nampaknya semakin hilang arah dan pedoman. Semua yang dilakukannya tidak pernah berjaya dan beliau sebenarnya satu-satunya TPM yang tiada ketokohan langsung di dalam sejarah politik negara ini. Inilah kualiti pemimpin yang diangkat oleh Umno untuk dijadikan pemimpin mereka walaupun mereka sedar Muhyiddin sepanjang rekodnya sebagai MB Johor dan juga sebagai Menteri dan kini sebagai TPM tiada apa pun yang berjaya beliau lakukan untuk dikenang oleh rakyat jelata.

Memang sesuai beliau diregukan dengan Najib kerana Najib juga tiada kebolehan sebagai seorang PM melainkan Najib berjaya sedikit sebagai Menteri Pendidikan dan juga Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu. Sebagai PM, Najib langsung tiada kredibiliti baik dari segi kepimpinan, wawasan jauh sekali dalam aspek moralnya. Justeru itu, kita tidak hairan negara kita sekarang tidak lagi disegani dan dihormati oleh jiran-jiran terdekat kita.

Muhyiddin pernah berjanji untuk menyelesaikan krisis di dalam MCA dalam tempoh seminggu. Sekarang sudah berapa minggu? Selesaikah masalah di dalam MCA? Bukan MCA yang tidak lagi selesai, bahkan MIC dan juga PPP masih kelam kabut Muhyiddin gagal menangani krisis di dalam parti komponennya sendiri dan MCA langsung tidak mempercayai kebolehan beliau untuk menyelesaikan krisis yang semakin rumit itu. Mudah kata, Muhyiddin gagal menunaikan janjinya.

Terbaru pula, Muhyiddin mengumumkan bahawa Umno akan melancarkan Program Raksasa `Umno Juara Rakyat' bagi memenangi hati pengundi Melayu. Mungkin beliau sudah merasa bosan dengan parti MCA dan MIC juga PPP yang tidak mahu mendengar pandangannya. Beliau cuba pula dengan program baru ini yang akan dilancarkan mulai bulan depan dan berterusan sehingga Pilihanraya Umum Ke 13. Program ini kononnya untuk menunjukkan kepada orang-orang Melayu betapa Umno ini adalah juara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial, belia dan sebagainya. Tidak tahu lah kita adakah agama juga akan diperjuangkan oleh Umno. Jika agama pun termasuk dalam perjuangan parti sekular yang bersemangat kebangsaan ini, nampak sangat lah besar temberangnya.

Apa pun kita lihat lah nanti program terbaru ini berjaya atau tidak. Paling kuat pun saya rasa program ini diwar-warkan begitu hebat melalui media balaci mereka untuk menunjukkan program ini berjaya. Kita bukan tidak tahu, tanpa wang melimpah dan tanpa media serta jentera kerajaan, Umno tidak mampu bergerak sedikit pun. Apa kebolehan Muhyiddin yang dapat kita lihat cuma satu iaitu beliau mampu bercakap tanpa menggunakan akal tidak seperti TPM yang terdahulu. Beliau bercakap tentang DS Anwar pengkhianat Melayu, kemudiannya bercakap Tok Guru Nik Aziz mengajar ajaran sesat. Itu lah kebolehan Muhyiddin.

Usahkan parti komponen Bn yang tidak menghormati beliau, menteri kabinetnya sendiri tidak lagi segan kepadanya. Jika tidak percaya tanya Nazri Aziz. Tidak hairan nanti dalam pemilihan Umno akan datang, Muhyiddin akan ditolak oleh ahli-ahli Umno. Masalahnya, siapa yang lebih cerdik dari beliau yang ada dalam Umno untuk menggantikannya? Mungkin Umno perlu melantik Ibrahim Ali atau Ezam kot./Kembali ke laman asal di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan