RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2010

KJ DATANG KELANTAN HENDAK MENGAJAR KU LI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KJ Ketua Pemuda Umno yang masih belum layak jadi Menteri dalam kabinet Najib `merantau' ke Kelantan pula. Di Negeri Serambi Mekah tersebut, KJ bukan bercerita pasal royalti minyak tetapi ingin menjual `tahi minyak'. Ketua Pemuda yang disabitkan dengan rasuah politik wang ini diketahui sebagai pengukir sejarah Ketua Pemuda yang lemah dan tidak berpengaruh. Sewajarnya beliau tidak diberi apa jua jawatan di dalam kabinet Najib.

Di dalam Umno yang sedang `nyawa-nyawa' ikan sekarang ini, Ketua Pemuda bukan sahaja mesti pandai bercakap atau berpidato, tetapi sekurang-kurangnya dilihat bijak menarik golongan muda khususnya untuk bersama dengan parti berlambangkan `keris telanjang tanpa sarung' itu. KJ ternyata gagal di dalam hal ini, bahkan beliau tidak berupaya menarik sokongan padu di kalangan Exco dan JK Pemuda Umno itu sendiri. Bukan rahsia lagi bila mana terdapat suara-suara di peringkat Pemuda Umno yang mahukan beliau meletakkan jawatan akibat kegagalan ini.

Berada di bumi Kelantan, KJ tiada sasaran untuk Tok Guru Nik Aziz kerana tokoh Ulamak itu bukan tandingannya. Akhirnya beliau menyerang Ku Li tokoh veteren Umno yang telah lama berjuang dan mengenali Umno semenjak KJ memakai `pampers' lagi, KJ tiada hujah untuk menyatakan Ku Li bersalah kerana tidak sependapat dengan pimpinan Umno berkaitan royalti minyak di Kelantan. Oleh kerana tiada hujah akibat kebebalan Ketua Pemuda ini, maka dituduhnya Ku Li ingin menjadi `Hero'. Lihat berita di akhbar Sinar hari ini. Tidakkah KJ tahu sebenarnya Ku Li bukan bercita-cita untuk menjadi Hero, tetapi rakyat Kelantan telah pun mengiktirafnya sebagai `Hero' di dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Umno tidak perlu mengiktiraf Ku Li sebagai Hero kerana Ku Li telah pun menjadi Hero setelah begitu lama menjadi `Gurkha' di dalam Umno.

Siapa pula `Gurkha' Umno sekarang? Jika ada yang merasakan KJ amat sesuai dinobatkan sebagai `Gurkha' Umno, saya boleh bersetuju dengan pandangan itu. Jika ada pula yang berpandangan KJ lebih layak menjadi `pencacai' kepada Umno sebaris dengan Ezam raja sesumpah, pandangan itu pun saya rasa lebih tepat. Hakikatnya hayat politik KJ semakin di penghujung cuma menanti saat Pemuda Umno `menyepak' menantu Pak Lah ini keluar. KJ akan mendapat nasib yang seakan sama dengan bapa mertuanya itu./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Angin ribut mula bertiup dari selatan tambak johor bakal menerjah ke negeri serendah sekebun bunga dan di anjung kota darul naim..

    sultan mizan sudah pulang dari jerman dan perkhabaran sultan kelantan mungkin bakal menyusul pulang ke kubang kerian..

    blog kick defella seakan memberi satu petanda amaran awal kepada perkara yang bakal berlaku di negeri serendah sekebun bunga

    http://kickdefella.wordpress.com/2010/02/25/menteri-besar-derhaka-kepada-tuanku

    selepas sultan pulang wujud lagikah dia ..dia...dia..dia ..dia..dan dia serta mereka yang menghuni kerusi empuk di pejabatnya...

    sama-sama kita tunggu dan lihat...

    PemikirTongKosong

    I Use 3/4 Genius Brain to think...heheheh

    BalasPadam
  2. Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

    Kali pertama aku
    mengenalimu...

    Mahu bersama
    mahu bersama...

    Raut wajahmu bersih...
    Menyakinkan hati ini
    aku terpaut...oohhhh.....

    Semua dusta palsu
    Aku tertipu...

    Kerperibadianmu
    berubah mengikut nafsu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru ku tahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...
    Mahkotamu Raja drama...

    Kau masih berpura-pura
    Kata-katamu hanya propaganda..

    Mengejar hijau ungu
    Mata kelabu...

    Ini bukan kau yang
    Pernahku kenal dulu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat...
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...

    MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    KAU BERTAPA
    BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
    LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
    MEMUKAU MATA MELIHAT
    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.

    BalasPadam