RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 Mac 2010

FIRAUN DAN BADUT, KEDUA-DUANYA ADALAH ORANG YANG SAMA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEWAKTU era reformasi, sebutan `Mahafiraun' amat popular sebagai `ganti nama' buat Mahathir. Kini, matlamat reformasi hampir-hampir tercapai dan `Mahafiraun' itu pun telah bersara, cuma yang tinggal adalah `Firaun Besar' dan juga `Firaun Kecil'. Siapakah mereka yang mendapat gelaran itu?

Jika `Mahafiraun' seorang yang terlalu zalim, seorang perasuah, penipu, berterangan menghina agama dan Sunah Nabi, watak bagi `Firaun Besar' adalah berbeza. `Firaun Besar' pula menggunakan agama sebagai topengnya sahaja. Masih kekal dengan sifat penipu dan putar belitnya yang diwarisi dari `Mahafiraun'. Melalak melolong `Firaun Besar' ini bercakap tentang Islam, tetapi lebih banyak dia bercakap tentang Islam, lebih menampakkan kejahilannya. Topeng Islam yang digunakannya tidak langsung memberi kesan untuk mempengaruhi sesiapa. Memang `Firaun Besar' ini mendapat tempat juga kadang-kadang bila menyebut tentang Islam, tetapi yang memberi tempat kepadanya itu siapa? TV 3 Suku, Utusan Meloya, Berita Hairan dan seangkatan dengannya. Di dalam menyiarkan perjuangan Islam kununnya yang dibawa oleh `Firaun Besar' ini, di dalam masa yang sama media ini menyiarkan keputusan nombor ekor dan Magnum Toto. Inilah akhbar yang memuja dan memuji `Firaun Besar' seorang pejuang Islam.

Baru-baru ini `Firaun Besar' perasan dirinya hampir berjaya `menipu' PAS sebuah parti Islam apabila salah seorang pimpinan PAS seperti memberi lampu hijau untuk dia berkeliaran di dalam PAS pula setelah kelakuan jahatnya di dalam PKR `kantoi'. Rupa-rupanya `Firaun Besar' ini tertipu lagi. Baru beberapa jam dia perasan dia adalah umpama `janda muda' yang masih di dalam edah akan dipinang orang, tiba-tiba tidak jadi pula. Malu Yob dibuatnya. Bagi menghilangkan sedikit rasa malu, berkatalah dia bahawa dia pun tidak ingin dipinang walhal sebelum itu bukan main semangat dia hendak `bersatu' dengan PAS. Jika Kelab Penyokong PAS yang Non Muslim itu boleh diterima untuk berjuang bersama PAS, tiba-tiba `Firaun Besar' ini ditolak maka kita boleh nilai sendiri `standard' dan kualiti beliau.

Sebab itulah saya pelik apabila beliau berkata akan ramai lagi pemimpin berkualiti dari PKR akan melompat keluar. Semak punya semak, tiada seorang pun yang berkualiti yang telah keluar dari PKR. Berkualitikah orang yang keluar dari PKR kerana tidak dapat projek 2 juta, yang minta dibayar gaji tinggi, yang minta selesaikan hutang, yang minta hendak jadi CEO, yang dapat habuan 1 juta? Jika itu pada anggapan `Firaun Besar' adalah mereka yang berkualiti, wajar sangatlah beliau pun terpelanting keluar kerana terlebih `kualiti'nya. Berkualitinya beliau apabila mengatakan beliau Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, bukan parti. Sebab itu beliau tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Wakil Rakyat. Cuba sebut, rakyat mana yang letakkan dia sebagai calon sebagai Wakil Rakyat? Cuba lihat contoh, Ibrahim katak emas dari Pasir Mas. Beberapa kali beliau bertanding atas `dirinya' sendiri tanpa dipilih oleh parti, katak emas ini `ghuyub' dengan memalukan. Apabila beliau bertanding dipilih oleh PAS, beliau menang dengan bergaya. Ertinya, beliau menang kerana pengundi memilih parti bukan batang tubuh kataknya itu. Tetapi sampai sekarang katak emas ini mana tahu malu sedangkan beliau tahu rekod menunjukkan rakyat memilihnya kerana parti.

Sewajarnya `Firaun Besar' ini mejadikan sejarah katak emas itu sebagai dalil bahawa beliau patut merasa malu jika terus memakan gaji atau elaun MP nya lagi. Tidak tahulah kita jika beliau bimbang tidak boleh memberi makan anak bininya nanti jika kehilangan kerusi haram yang didudukinya itu. Sejak kebelakangan ini, `Firaun Besar' amat laku di kaca TV 3 Suku dan media-media pencacai kerana beliau adalah `badut' politik buat Umno. Badut ini akan terus beraksi untuk menghiburkan orang walaupun wajah badut dihias dengan berbagai rupa yang lucu lagi menghodohkan. Selaku Badut, beliau harus berani untuk terus dipermain dan dipersendakan oleh mereka. Kita juga boleh tumpang ketawa dengan gelagatnya itu. Kesihan dia. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. tak habiskah lagi cerita malaun ni.bukankah elok jangan ulas dan ambil tau hal dia.biar dia merapu.tak lama lagi gilalah dia.

    BalasPadam
  2. Apa salahnya, Kalau tak puas hati dengan tidak tanduk 'FiunBsaq' ni luahkan sepuas hati... tapi awas jangan sampai kita menyampah... tapi setakat ni ok.... Aku punya menyampah FiunBsaq tuuuu...

    BalasPadam
  3. kalau belah utara org pangge firaun besaq ni PELAQ.........

    BalasPadam
  4. api dalam sekam, membara di dalam, tidak menyala di luar akhirnya menjadi abu ditiup angin lalu.

    BalasPadam
  5. Betul lah tu , kita pakat semua jangan layan BADUT FIRAUN BESAR ni dalam blog atau FB . Biarlah media-media UMNO jadi balachi dia pulak . Nak tengok setakat mana , media - media Balachi ni nak layan dia . Lama kelamaan media Balachi pun nanti bengang kat BADUT FIRAUN BESAR ni dan tinggalkan dia . Tengok lah !

    BalasPadam