RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 6 Mei 2010

Bukti DNA Air Mani, Diperlukan Bila Adanya Kes


Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?.

Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara.

Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.

[Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama". Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan. Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman mereka ini].

Sumber: Pahang Daily

5 ulasan:

  1. Pendedahan perlu dibuat berkaitan kebanyakan tertuduh yang dibebaskan daripada kes rogol. Adakah dalam kes ini, bukti DNA atau air mani telah digunakan sebagai asas utama dlm menentukan berlakunya perbuatan rogol berkenaan.

    Seperkara lagi,hukum Islam adalah paling adil dan paling betul dalam dunia berkaitan kes rogol dan liwat kerana ia melibatkan bukti berlakunya kemasukan. Jika tidak, ia akan dibuang kes begitu shj. Sudah sampai waktunya, syariat didaulatkan bagi memastikan keadilan dilaksanakan......

    BalasPadam
  2. tu masalahnya. sudahlah tak mahu pakai hukum islam, hukum yg selalu duguna oleh orang putih ini pun tak diikut juga. ikut hukum kepala otak dia org je. bila anwar nak bawa kes ini ke mahkamah syariah atas tuduhan qazaf, menteri yg jaga agama si jamil khir bantah pula. mmg umno ni ikut cara apco sebenarnya...

    BalasPadam
  3. Jika polis menggunakan bukti DNA yang diambil semasa kes liwat pertama, polis sudah khilaf terhadap sesuatu berkaitan DNA yang juga mampu menunjukkan bahan kimia yang digunakan Anwar. Sebarang ubatan yang digunakan kini oleh Anwar tetapi tidak digunakan Anwar ketika kes yang lalu akan memberikan perbezaan yang ketara terhadap bahan bukti terbabit.

    BalasPadam
  4. tu la korg ni bodoh..

    sesuatu kes berpandu kepada berat sesuatu merit..

    mcm kes ni, dijelaskan tiada bukti klinikal kemasukan vs kehadiran air mani anwar dalm dubur saiful..dan suma org tau, ketiadaan bukti klinikal penetrasi bukan la bukti yg conclusive..

    mane yg di atas lebih berat? suma org tau air mani anwar bukan simply boleh di curi, di ambil, atau dikeluarkan secara paksa tanpa ejakulasi..

    jgn menidakkan kecurian skrnya tiada kukuh bukti2 pencerobohan berlaku..

    byk lagi faktor yg perlu diambil kira kerana skrg ni mcm2 boleh berlaku..kalu rogol perempuan yg sudah kawin, bagaimana nak membuktikan penetrasi? adakah kerana tiadak bukti penetrasi, kejadian rogol tidak boleh dibuktikan? bagaimana dgn kehadiran air mani..sbdgn mengatakan tiada bukti conclusive penetrasi, bagaimana pula dgn kehadiran air mani?

    ok now, air mani anwar telah dikemukakan sbg bukti, jgn la dangkal sgt menidakkannye dgn berpandukan bukti tiada penetrasi..buktikan keraguan pada air mani itu, betapa bodohnye si karpal masih berhujahkan 'tiada bukti klinikal penetrasi"..bagaimana ketiadaan bukti klinikal penetrasi dapat menafikan kehadiran air mani tersebut? ini sampel air mani, bukan DNA dari darah, rambut atau air liur..

    sepatutnye bukti kehadiran air mani sudah cukup utk membuktikan penetrasi.."tiada bukti conclusive penetrasi" sepatutnye telah tidak boleh diguna pakai secara sendirinye selps bukti kehadiran air mani anwar..

    korg ni bangang sgt asik nak mengiyakan ape yg korg suka baca, menidakkan ape yg korg tak suka..

    ini peluang anwar utk membuktikan kerajaan zalim, sekiranya anwar dipihak yg benar..tp sebaliknye berlaku, anwar sedaya upaya melengahkan proses perbicaraan yg beliau sendiri sepatutnye mengambil peluang keemasan ini utk mengambil alih PUTRAJAYA>.

    BalasPadam
  5. anonymous may 6 3.39pm.
    Anda mengatakan bukti kehadiran air mani sudah cukup. Kes yang lama bawa tilam sekali sudah cukupkah. DNA bolih dimanupulasi.Sekarang ini bukan zaman atom malah dengan teknologi yang ada erti kata molekul, nukleas dsb dan tak ada dah. Satu saja manusia tak bolih hurai iaitu ROH. Itu janji Tuhan.

    BalasPadam