RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 6 Mei 2010

KELAKAR LAH, OBAMA YANG MAHU SANGAT JUMPA NAJIB RUPANYA!!

Abdul Aziz Mustapha

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

"Kenyataan Najib bertentangan dengan dengan jawapan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang memuji perkhidmatan dan lobi firma Yahudi Zionis, APCO Worldwide yang menggasak wang rakyat negara ini hampir RM77 juta sehingga Najib mendapat peluang yang diidam-idamkannya untuk mengadap Obama.

"Walaupun Nazri berusaha memperbaiki kenyataannya yang memuji jasa APCO yang membolehkan Najib mencapai idamannya untuk bertemu Obama, tetapi di kalangan pemimpin Umno, kenyataan pertamalah yang biasanya benar.

"Kenyataan susulan untuk memperbaiki kenyataan pertama hanyalah untuk mengawal kerosakan (damage control) akibat kenyataan pertama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, jika benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pelajar bermasalah dipanggil berjumpa guru besar, biasanya dia dipanggil untuk dirotan.

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran mengenai pelbagai perkara antaranya mengenai perbuatan memperdagangkan manusia (human trafficking)," katanya.

Beliau juga kesal dengan dakwaan Najib yang dianggapnya cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri juga cuba menggambarkan kononnya Obama mahu berjumpa dengannya supaya beliau memberi penjelasan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB).

"Najib jangan ingat rakyat negara ini bodoh sangat untuk mempercayai dakwaannya itu. Kalaupun Obama mahu bersikap diplomatik atau mengambil hati tetamu, adakah sehingga ke peringkat meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai MEB?

"Kerja mencari maklumat mengenai MEB hanya kerja pegawai Amerika yang berpangkat rendah sahaja," kata Mahfuz.

Ketika berkempen di di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu baru-baru ini, Najib mendakwa bukan beliau yang mahu berjumpa Obama tetapi Obamalah yang mahu berjumpa beliau.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," dakwa beliau./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. mahfuz bodoh..

    tidakkah dia tau..

    berapa ramai ketua2 negara telah menghantar utusan utk bertemu dgn Obama ketika berlangsungnya sidang kongres nuklear, tetapi Obama hanya memilih segelintir shj yg beliau ingin jumpa dan salah sorgnya adalah NAJIB? Ape penting sgtkah Malaysia ini sampai pelawaan2 ketua2 negara2 yg lain ditolak?

    Ape yg dia merepek guru besar ngan budak sekolah ni woi! kalu anwar aku bleh pahamla, asal ade problem kat malaysia ni je terus lari ke luar negara mintak nasihat tok guru zionis dia..

    BalasPadam