RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 27 Julai 2010

MUFTI PERAK KANTOI LAGI

Oleh: Mandor

MUFTI Perak jelas kantoi kali ini. Tiada perjumpaan di antara beliau dengan pemimpin PAS berkaitan perpaduan atau penyatuan Umno - PAS. Sekadar pertemuan berkenaan penyatuan Melayu dan tidak lebih dari itu. Penyatuan Melayu bermakna meliputi semua orang Melayu samada dari PAS, Umno, PKR mahu pun dari yang tidak berparti termasuk berbagai pertubuhan (NGO) Melayu. Ini hakikat dan faktanya seperti yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali dan Mufti Perak juga turut mengakuinya. Boleh baca selanjutnya di sini.

Oleh yang demikian, siapa yang berbohong? Mufti ? Masakan Mufti berbohong? Dr Hassan Ali secara berterus terang menafikan pertemuan itu untuk membincangkan penyatuan Umno - PAS. Dr Hassan Ali juga tidak berbohong kerana Mufti Perak tersebut akhirnya mengakui apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan Ali.

Seandainya Mufti Perak didapati berbohong, amat malang sekali kita mempunyai Mufti sedemikian rupa. Adakah demi kerana Umno, maka perlunya `bohong sunat'? Apakah selepas ini kita akan berfikir seribu kali sebelum menerima percakapan dari Mufti berkenaan?

Syabasm Dr Hassan Ali kerana berani dedahkan semua ini. Kesilapan Dr Hassan cuma kecil sahaja iaitu datang untuk belajar dari Mufti berkenaan semata-mata Mufti terbabit telah berpengalaman 30 tahun. Tetapi, Dr Hassan tidak mengkaji selama 30 tahun itu, apakah kejayaan Mufti berkenaan yang boleh kita banggakan? Adakah kejayaan rampasan kuasa di Perak itu boleh kita letakkan kredit ke atas Mufti Perak tersebut? Adakah kejayaan menukar nama `Sure Heboh' kepada `Jom Heboh' itu satu kejayaan buat Mufti Perak? Ilmu apa yang mahu Dr Hassan Ali pelajari dari Mufti Perak? Ilmu penyatuan Melayu? Melayu di Perak tempat Mufti tersebut bertugas itu pun belum tentu bersatu.

Tiadakah Ulamak lain yang boleh Dr Hassan Ali jadikan `guru'? Mengapa Mufti Perak yang diketahui giat berkempen di kalangan pelajar luar negara untuk menyokong Umno itu dipilih oleh Dr Hassan sebagai `mentor'nya?

Sehubungan itu, diharapkan Dr Hassan Ali mulai sedar siapakah yang mengkhianati beliau dengan mengada-adakan cerita lain dari yang sebenar. Mufti ? Masakan Mufti berbohong.

4 ulasan:

  1. Semoga jadi pengajaran pada yang lain.

    Sebab itu ramai orang kata, bekerja sama dengan umno ni tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Kita nak tolong dia tapi akhirnya dia gigit kita pulak.

    Kalau Pak Mufti UMNO pun boleh berbohong inikan pulak anjing2 UMNO yang berkeliaran.

    BalasPadam
  2. Kita dalam islam mudah, kita hormati sesaorang kerana ilmunya, kerana keadilannya, kerana keupayaan dalam melaksanakan tanggung jawab berdasarkan ilmunya. amat malang apabila orang kita hormati dan segani tidak melaksanakan mengikut apa yang sepatutnya. amat sedih memikirkan apa bila seorang yang terhormat di cerca, dan di hina. tetapi lebih mengecewakan apabila orang yang di harapkan untuk memertabatkan islam tidak bertindak dengan sepatutnya. mengapa ini harus berlaku ?. manakan yang betul, dengan menjaga melayu, islam akan tertegak, ataupun dengan menjaga syariat islam, melayu dan kaum lain terbela.

    BalasPadam
  3. kalau tak silap saya, mufti pun cakap pasal perpaduan Melayu/Islam, tak sentuh parti mana2.

    BalasPadam
  4. Tidak hairan timbul berbagai fitnah tentang pertemuan PJ PAS Selangor dengan Mufti Perak. Kedua-duanya ada masalah reputasi. Pak Mufti terlebih Melayunya daripada Islamnya; PJ PAS Selangor terlebih ghairahnya nak jadi juara Melayu sehingga terlupa nak jadi juara Islam.

    BalasPadam