RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 September 2010

PKR - BANYAK ADUAN, TIADA SATU PUN BERKAITAN POLITIK WANG

176 Aduan Pemilihan PKR, Tiada Politik Wang

DAMANSARA 22 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima 176 aduan sepanjang proses pemilihan parti berlangsung tetapi tiada satupun aduan berkaitan politik wang, kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasuition Ismail.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau percaya PKR yang mengamalkan konsep satu undi satu undi pada pemilihan kali ini, sudah menemui jawapan terhadap usaha membendung gejala politik wang.

"Yang uniknya ialah, daripada 176 aduan itu, tiada satupun aduan itu berkaitan politik wang. Tiada proses beli undi, salam-salam dalam sampul ada duit, tiada sebegitu," katanya.

Menjelas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu berkata, persaingan jawatan berlaku di 67 cabang berdasarkan 84 cabang yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahun, setakat ini./TVSelangor

Beliau berkata, proses pemilihan parti juga menunjukkan komposisi Malaysia mengikut kaum dalam PKR sekali gus mencerminkan kepelbagaian kaum di negara ini.

"Dalam PKR, 50 peratus ahli adalah Melayu, 23 peratus (India), 12 peratus (Cina) dan 15 peratus lagi kaum minoriti termasuk Kadazan, Dayak, Orang Asal dan sebagainya.

"Suasana ini jelas terpapar dalam pemilihan apabila 74 calon yang bertanding jawatan peringkat Majlis Pimpinan Pusat, terdiri dari pelbagai kaum," katanya.

Saifuddin berkata, Selangor mempunyai keahlian tertinggi dengan 108,000 ahli, diikuti Sabah (6,000), Perak (33,000), Pulau Pinang (31,000), Sarawak (22,000) dan Wilayah Persekutuan (17,000)

"Kesemua itu hanya 77 peratus daripada jumlah keahlian seluruh negara berjumlah kira-kira 450,000 ahli," katanya.

Katanya, tumpuan kini pada pemilihan cabang PKR di Selangor yang dijangka berlangsung minggu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan