RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 20 September 2010

BENCI TAPI RINDU UMNO KEPADA PERKASA

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA sayang dan kasihnya Umno terhadap Perkasa sebuah NGO yang kununnya amat prihatin akan nasib orang-orang Melayu. Meskipun baru-baru ini sebagaimana yang diumumkan oleh Umno di hadapan sekutu mereka dari parti-parti Komponen Bn, bahawa parti itu menolak Perkasa nampaknya gagal untuk direalisasikan. Terbaru, Presiden Umno sendiri menyebut bahawa Umno tidak memusuhi Perkasa.

Sesungguhnya kenyataan ini menunjukkan Umno berada di dalam keadaan dilema. "Ditelan mati mak, di luah mati ayah". Namun demikian, MCA dan Gerakan terutamanya melihat sahaja `sandiwara' Umno yang tidak tersusun itu. Umno kini benar-benar hilang punca sehinggakan mereka merasa gementar jua dengan `ugutan' Perkasa menjelang Pilihanraya Umum nanti. Tambahan pula, Tun Mahathir juga turut memberi amaran kepada Umno agar tidak menjauhi Perkasa sekiranya ingin memenangi pilihanraya.

Umno sememangnya terpengaruh dengan kata-kata Tun. Pemimpin Umno gagal untuk membuat keputusan sendiri. Mereka merasakan tanpa Perkasa, siapalah Umno. Meski pun Nazri Aziz dan KJ selaku Ketua Pemuda amat `anti' dengan Perkasa, tetapi Najib masih yakin Perkasa boleh digunakan untuk terus memberi jangka hayat kepada Umno.

Akhirnya nanti kita akan saksikan Umno akan terus dipinggirkan oleh rakan-rakan mereka di dalam MCA dan Gerakan terutamanya. Parti Komponen yang mempunyai pengaruh besar di dalam Bn ini tidak akan boleh bertahan lama melihat `sandiwara' Umno yang seperti `membuli' mereka. "Lain di mulut, lain di hati' dan `cakap tidak serupa bikin'. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan