RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 3 September 2010

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN ATAU ZAID ?

Jawatan no 2 PKR: Azmin, Zaid mendahului

Aidila Razak and S Pathmawathy
Sep 3, 10

Pengumuman penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau telah menukar fikirannya untuk merebut "jawatan itu" dalam pemilihan parti November depan - menyaksikan pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam PKR semakin hangat.

Syed Husin Ali yang telah memegang jawatan timbalan presiden PKR untuk selama dua penggal dijangka tidak lama lagi akan mengumumkan hasratnya untuk bersara.

Alasan, ahli akademik yang terjun ke dunia politik itu adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan faktor kesihatan.

Zaid sehingga hari ini belum mengumumkan jawatan mana yang akan beliau tandingi, meskipun beliau dilihat antara empat calon yang layak menjadi orang nombor dua PKR.

Mereka yang lain itu termasuk naib presiden Mustapha Kamil Ayub, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi naib presiden Azmin Ali.

Namun menurut seorang ahli biro politik yang tidak mahu dikenali, pertarungan sebenarnya adalah antara Zaid dan Azmin.

Calon yang tidak dikenali

Sokongan politik yang diperolehi oleh Khalid yang sejak akhir-akhir ini dibidas oleh ahli PKR dikatakan semakin merosot.

Khalid juga mengakui beliau kurang berminat dengan politik tetapi sebaliknya ingin menumpukan perhatian mkentadbirkan Selangor.

Mustapha, pula dilihat sebagai calon yang 'ditanam' oleh pihak tertentu bagi melunturkan semangat mereka yang lain untuk bertanding jawatan yang sama, kata sumber berkenaan.

Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju: "Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin.”

Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.

Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.

"(Zaid) mesti diuji dulu. Tidak dinafikan dia banyak berkorban dengan meninggalkan Umno tetapi ahli akar umbi ingin lihat kesetiaannya terlebih dahulu.

"Ahli-ahli juga ingin melihat kesinambungan, mereka akan mengundi seseorang yang memahami perjuangan parti,” katanya lagi.

Zaid, yang kini diberi tanggungjawab sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan menyertai parti itu dua tahun lalu.

Guris perasaan

Walaupun didakwa terbabit dengan politik wang dalam Umno, namun tindakannya meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negara - mendapat sanjungan dan penghormatan ramai.

Ahli biro politik PKR, S Manickavasagam pula berkata tindakan Zaid sebagai pendatang baru mungkin untuk mencabar kedudukan kanan parti itu mungkin menguris perasaan beberapa pihak.

"Orang akan berfikir sebagai ahli baru, beliau tidak sepatutnya bertanding jawatan yang begitu tinggi,” katanya sambil menambah bahawa ada pihak juga yang mendakwa Zaid mungkin bertanding jawatan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, kata Manickavasagam - Azmin lebih dikenali khususnya di Selangor - lebih-lebih lagi beliau baru dilantik sebagai ketua negeri yang baru bagi menggantikan Khalid berikutan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti.

Sokongan di Selangor dilihat penting kerana negeri itu mempunyai 400,000 ahli yang setiap seorang daripada mereka memegang satu undi.

Bagi Zuraida, pergeseran di antara Khalid dan Azmin juga akan mempengaruhi keputusan pemilihan ahli kali ini./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Ternyata Zuraidah Kamuruddin bukan pemimpin yang cerdik.Sebagai seorang pemimpin atasan beliau seharusnya tidak mengeluarkan sebarang pendapat yang dihebahkan yang akan digunakan sepenuhnya olih musuh untuk melingkopkan PKR.
    Apa yang beliau lihat dan lalui jika didedahkan akan menjadi satu pentas lobi.

    BalasPadam