RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

GANYANG MALAYSIA - RAKYAT MAL AYSIA JUGA TIDAK TAKUT MATI

Biadab !!

Kurang ajar...GOBLOK !!

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAUH mana seriusnya kumpulan BENDERA di Indonesia untuk `mengganyang' Malaysia? Memang kita sedia maklum bukan majoriti rakyat Indon yang bersetuju dengan pendekatan bodoh dan gila kumpulan tersebut. Apatah lagi bagi warga Indon yang melambak bertaburan di negara kita ini untuk mencari rezeki yang halal termasuk juga yang tidak halal tentunya tidak bersetuju dengan cara kumpulan tersebut. Boleh baca di sini.

Paling menyakitkan hati kita apabila mereka sanggup mengadakan sekatan dalam operasi untuk mencari rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Kita tidak tahu sekiranya mereka menjumpai rakyat Malaysia di sana apakah yang ingin mereka lakukan. Adakah mereka ingin melakukan sesuatu sehingga ke tahap membunuh? Jika ini mereka lakukan, mereka telah melakukan kesilapan besar.

Bayangkan jika kita rakyat Malaysia melatah dan terikut dengan kumpulan bodoh BENDERA itu. Tentunya dengan senang kita menjumpai muka-muka Indon di merata-rata ceruk bandar dan desa di negara ini. Tidak perlu susah payah kita lakukan `road block', kita pasti dengan mudah menjumpai mereka di sektor-sektor perkilangan, ladang-ladang dan juga di tapak-tapak pembinaan. Bahkan, di mana-mana Pasar Malam pun kita boleh terjumpa muka Indon ini. Mungkin di antara kita juga menyimpan Indon dalam rumah kita sebagai Pembantu Rumah.

Provokasi oleh kumpulan tidak terpelajar seperti mereka itu menyusahkan kerajaan mereka sendiri. Saya tidak mahu tahu mengapa mereka begitu marah kepada Kerajaan Malaysia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang bengang dengan pemerintah sekarang. Tetapi, tindakan mereka itu seperti tindakan tidak bertamaddun sehingga mahu menghancurkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Sewajarnya kerajaan memandang serius ancaman kumpulan ini walaupun dikatakan jumlah mereka terlalu sedikit. Tetapi demi moral dan maruah (jika negara kita masih punyai maruah), kerajaan haruslah bertindak mulai sekarang meredakan keadaan. Rakyat Malaysia waktu ini hanya sekadar memerhatikan sahaja sejauh mana kumpulan samseng ini mahu bertindak. Harus mereka ingat, rakyat Malaysia juga tidak takut mati jika negara tercinta ini terancam./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Sikap longgar terhadap undang-undang menjadi faktur melonggoknya pendatang asing di bumi Malaysia ini. Tidak hairan sebahagaian mereka boleh saja menjadi extremist dengan terjadinya isu mengganyang Malaysia sebagai platform membalas dendam atau akan jadi huruhara lebih-lebih lagi dalam kepayahan ekonomi masakini.Masihkah kita dengan berbekalkan semanagat sahaja boleh mengatasi masaalah yang akan membengkak pada bila-bila masa saja? Bolehkah kita sekadar mendengar atau terlihat berlakunya rahsuah dalam urusan keluar masuk pandatang asing ini di pintu-pintu utama yang sedia ada? atau laluan -laluan tikus yang dikenal pasti tapi tidak ada sebarang tidakan yang betul-betul memberi kesan? kebanyakan kakitangan kita masih lalai dengan asyik menghitung duit mencari kesenangan sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menempah kesengsaraan yang teramat-amat luas dihadapan mereka kelak!

    BalasPadam
  2. Puak yang tak otak (otak udang )ini samseng taik kucing.

    BalasPadam