RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 November 2010

SUSAH SANGATKAH NAK SERAHKAN NOTA PEMERIKSAAN TU?

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan esok untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana gagal membekalkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur yang amat penting dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapi olkeh Ketua Oposisi itu.

Permohonan itu diputuskan oleh pihak pembelaan apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sekali menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota perubatan HKL.

Mohamad Zabidin memberi alasan mahkamah tidak boleh memaksa dokumen tersebut dikemukakan okeh pakar terbabit.

Ketua peguambela Karpal Singh membalas hujah yang diberikan hakim dengan mengata keputusan beliau tidak adil dan menyukarkan fungsi pihak pembelaan dalam menjalankan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.

"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” tanya Karpal kepada hakim.

Hujah Karpal lagi tujuan dokumen yang dipohon adalah bagi membantu mahkamah mendapatkan pemahaman disegi keterangan sains dan tidak adil kepada pihak pembelaan jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Karpal Singh berkata Mohamad Zabidin telah menyalah tafsir Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.

Malah kata Karpal ini adalah keputusan Mahkamah Agung yang mengikat keputusan mahkamah yang lebih rendah daripadanya.

Tambah beliau langkah ini diambil bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana halim tersebut didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Terdahulu daripada itu keadaan menjadi tegang apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Anwar serta beberapa individu lain galeri awam berhubung dakwaan Karpal bahawa keengganan saksi pendakwaan, Dr Siew Sheue Feng merujuk kepada nota perubatan adakah kerana beliau telah diprogram untuk mengikut 'skrip' yang telah 'diarahkan' oleh pihak tertentu.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” kata Karpal.

Melihat situasi itu Anwar pula bangun lalu berkata, "ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti".

Yusof menjawab bahawa Anwar tidak tahu mengenai undang-undang yang disambut oleh beberapa individu di galeri awam membidas beliau.

(Suara Keadilan)

1 ulasan:

  1. Ini celita selupa jaman shi huang tii dekat itu negeli cina...olang kena tuduh culi balang...tapi itu olang tanya apa balang dia culi...itu hakim chua kata tak boleh cakap apa itu balang...sudah potong kepala nanti balu boleh cakap apa itu balang....sikalang malaysia ikut itu undang-undang lama ...maaa. Itu semua hakim bukan bolo...cuma ikut cakap sapa kasi manyak wang sama lia....maaa.

    BalasPadam