PKR nafi gambar 'bukti' penyelewengan
PKR menafikan terdapat pengawas pemilihan parti itu yang terlibat dalam penyelewengan dan kecacatan dalam perjalanan pemilihannya, termasuk meminta anggotanya memilih calon tertentu.
"Kedua-duanya bukan pengawas. Saya kenal mereka," katanya merujuk kepada gambar yang memaparkan seorang lelaki memakai lencana calon timbalan presiden Azmin Ali.
Sementara itu, merujuk kepada dakwaan bahawa seorang pengawas pemilihan di Merbok yang memberi arahan memangkah calon tertentu, Saifuddin berkata perkara itu sebenarnya tidak berlaku.
Sebaliknya, beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, pengawas berkenaan sebenarnya hanya membantu, memandangkan terdapat anggota PKR yang tidak boleh membaca dan menulis.
"Lagi pun senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum, ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sahaja kita ada 20 calon," katanya merujuk kepada gambar di cabang Merbok, Kedah.
Sambil menegur media yang didakwa memberikan "konotasi negatif", Saifuddin menjelaskan setakat ini tiada sebarang aduan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),
"Macam mana saya hendak siasat kalau aduan dihantar kepada pihak media, kepada Regina tetapi tidak sampai ke meja JPP. Baik saya lantik (wartawan Malaysiakini) Regina jadi anggota JPP," katanya berseloroh.
Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, pihaknya tidak menolak gambar sebagai bahan bukti./Malaysiakini
Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, pihaknya tidak menolak gambar sebagai bahan bukti./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan