RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 13 Januari 2011

Cabar Anwar Berdebat, KJ Guna Talian Hayat

12/01/2011


SHAH ALAM 12 JAN: Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya./TVNews

3 ulasan:

  1. KHAMIS, JANUARI 13, 2011
    Umi Hafilda Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat 1998
    18:56 SUNGAI RAPAT ONLINE NO COMMENTS



    PETALING JAYA: Selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat, muncul pula Umi Hafilda Ali membuat cabaran sama kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

    Umi Hafilda yang merupakan saksi utama kes perbicaraan liwat melibatkan Anwar pada tahun 1998 itu turut mencabar abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk turut serta dalam debat itu.

    Beliau mendakwa, debat berkenaan bagi menjelaskan kebenaran semua fakta yang dibongkarkan 13 tahun lalu yang dikatakan fitnah.

    "Selama 13 tahun saya mendiamkan diri dan pelbagai perkara buruk terpaksa saya telan dan sudah tiba masanya saya menegakkan kebenaran dan membersihkan nama saya.

    "Kalau benar saya menfitnah mereka, saya cabar mereka untuk berdebat dengan saya. Buktikan kepada semua rakyat negara ini bahawa semua kata saya adalah fitnah," ujarnya.

    Beliau membuat cabaran itu pada satu sidang media yang diadakan di sini pada Khamis.

    Ditanya mengenai mengapa beliau mengambil masa selama tiga belas tahun untuk bertindak, Umi berkata, selama ini dirinya bersabar kerana mendengar nasihat ibunya yang tidak mahu melihat mereka adik beradik mengeruhkan hubungan yang sedia buruk.

    Namun katanya, kemunculan semula dirinya bukan untuk mencari publisiti tetapi adalah untuk membersihkan namanya dan tidak mahu masyarakat Melayu dan negara ini terus tertipu dengan propaganda pihak tertentu.

    Umi turut mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk melakukan sumpah di dalam masjid bagi menafikan semua dakwaan terhadap suaminya itu.

    Umi mendakwa Wan Azizah tahu mengenai suaminya dan hanya mendiamkan diri bagi kepentingan politik.

    "Dia tahu siapa 'anugerah' itu yang sebenarnya dan segala aktiviti yang dilakukan. Jika semua dakwaan itu tidak benar saya cabar dia (Wan Azizah) bersama-sama Anwar dan Azmin untuk bersumpah di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran jika mereka berada di pihak yang benar," katanya.

    Pada sidang media yang sama, Umi yang ditemani peguam peribadinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan akan meneruskan saman RM700 juta terhadap lima individu yang dinamakan sebelum ini.

    Mereka adalah Anwar dan Azmin (RM300 juta), Karpal Singh (RM200 juta) serta Wan Azizah dan parti Pas masing-masing RM100 juta.

    Menurut Umi, pihaknya sedang menguruskan dokumentasi perundangan kes itu dan akan menfailkannya dalam masa terdekat.

    "Kita akan maklumkan pada media mengenai saman itu dan yang pasti dalam masa terdekat ini," katanya.

    Umi turut memberitahu, semua bukti dan saksi-saksi penting akan dibawa ke mahkamah pada perbicaraan itu nanti.

    Malah katanya, akan ada kemungkinan beliau akan memanggil ahli keluarganya sendiri sebagai saksi pada perbicaraan itu nanti.

    "Saya ada bukti dan saksi yang tidak mereka jangkakan. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.
    Posted in:

    BalasPadam
  2. wow..serangan 'saraf' sudah bermula...KJ tetap sama mcm budak mentah yg gelojoh dan cuba menjadi hero...pemuda sendiri pun tak sokong KJ...kalau debat pun isinya kosong dan fakta tak ada...tp UMI nak saman tu buatlah...dah lama sabar tu..sabarnya dah tercabar selepas abgnya dah nampak boleh jd pemimpin...tp sumpah2 ni bosan la dgr...cuba la bawak2 mengaji dgn tajuwid yg betul..pakai tudung dgn betul,kenal al-quran dan hanya tahu al-quran tu di jadikan tempat sumpah aje...minta ulama sendiri yg suruh DSAI angkat sumpah tu baru yg betul...ini di sendiri tak betul masih lg nak cabar2 guna 'islam' yg atas nama tu aje...jelik mendengarnya...sy sendiri pun risau jika mati tuhan buka aib kita ni asyik nak cari aib org..ingat tau ALLAH tu maha besar,kalau ALLAH nak buka aib kita skrg maka muhasabah lah diri...kan dah kena ceramah...huhu..

    BalasPadam
  3. umi sendiri tak betul tengok dari perwatakan sendiri mcm org gila je ckp tu,jgn ckp nama ALLAH DAN MEMPERSENDAKAN AYAT KORAAN kalau sendiri tak tentu hujung/pangkalnya...baik bersumpah kat lorong taib tu

    BalasPadam