RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 7 Jun 2011

HISHAMUDDIN SIBUK FIKIR PASAL PERHIMPUNAN BERSIH, KES TAYANG VIDEO SEKS BAGAIMANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri berkata tiada layanan istimewa buat Perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 09 Jul nanti, kita menjadi terpinga-pinga dengan kenyataan seperti orang tidak siuman itu. Semenjak bila perhimpunan atau demontrasi anjuran PR mendapat layanan istimewa?

Kita mahu berhimpun bukan menuntut layanan istimewa pun dan jika tiada layanan istimewa sekalipun adakah PR akan membatalkan perhimpunan tersebut? Puak yang selalu mendapat layanan istimewa itu siapa? Pertanyaan ini boleh dikemukakan kepada Pemuda Umno ataupun kumpulan songkok tinggi dari Perkasa. Oleh itu, kenyataan Hishamuddin sedikit pun tidak menghairankan, kecuali kita mungkin jatuh pengsan jika beliau berkata pihak Polis akan mengawal perhimpunan tersebut.

Adakah kata-kata Hishamuddin yang `lemah lembut' itu boleh memberi kesan kepada kumpulan reformasi, kumpulan SAMM, AMK, Pemuda PAS, DAP dan lebih-lebih lagi kepada abang Mat Sabu yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS itu? Kali ini jika Perkasa mahu turut serta samada secara bersama atau berasingan di dalam perhimpunan ini kita alu-alukan agar mereka juga boleh merasa `nikmat' pancutan Water Canon yang selama ini mereka tidak pernah rasai.

Kesimpulannya, Hishamuddin banyak buang masa mengulas tentang perhimpunan ini. Daripada beliau sibuk memikirkan itu semua, lebih baik beliau selesaikan dulu `penyangak' yang mengaku menayangkan video seks itu, sudah didakwa atau belum?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan