RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Jun 2011

KALAU PEMIMPIN PAS ITU ADALAH `MALAIKAT' SEKALIPUN, SEKUTU APCO TETAP AKAN BURUKKAN PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga, sekutu Apco hilang arah apabila Mat Sabu kini menjadi orang nombor dua di dalam PAS. Maka, idea dicari untuk memburukkan PAS kerana idea untuk memerangkap pemimpin PAS di dalam video seks agak sukar nak dilakukan kerana video yang ada pun semakin `murah' harganya.Link
Maka, dikatakan bahawa PAS telah jual prinsip dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Dikatakan juga, PAS tidak lagi perlukan Ulamak sebagai pemimpin. Dan, bermacam-macam lagi lah yang sekutu Apco ini merapu di dalam media pencacai milik mereka. Hakikatnya, betapa sakit dihati kerana impian untuk melihat PAS berpecah akibat pemilihan tidak juga berlaku. Bahkan, Presiden PAS menyuarakan rasa bangga dengan pemilihan kali ini. Baca di sini.

Baru sekarang kita lihat sekutu Apco itu begitu bersungguh-sungguh mahu melihat PAS menubuhkan Negara Islam, bukan Negara Berkebajikan. Lucu sungguh. Andaikata, PAS sebut di dalam Muktamarnya kali ini bahawa PAS akan tubuhkan Negara Islam, sekutu Apco ubah modal lain pula. Sekutu Apco yang kuat anti-Islam ini akan hebahkan di media kepada mereka yang bukan Islam bahawa PAS hanya mahu Negara Islam bukan mahu bela nasib atau kebajikan serta keadilan rakyat yang bukan Islam. Itu cara sekutu Apco berpolitik.

Sebenarnya, siapa pun yang jadi pemimpin PAS hatta dipilih dari para `Malaikat' dari langit sekalipun, sekutu Apco ini akan tetap memburukkan PAS. Bukankah sejak azali mereka ini memang anti dengan pergerakan Islam? /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. sekutu APCO mesti turun... klu x... kito sentak dio turun... nanti kau... bonci den org kwn ngan set2 APCO nihh!

    BalasPadam
  2. NO TO / KATAKAN TIDAK KEPADA :
    MUSTAFA ALI (SETIAUSAHA AGUNG),
    ABU BAKAR HUSIN (PESURUHJAYA PAS PERAK)
    NASHARUDIN (MANTAN NAIB PRESIDEN)dan
    DR. HASSAN ALI(PESURUHJAYA PAS SELANGOR)...

    Bermulanya kempen berterus untuk mencalonkan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai SU Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor,

    Khalid Samad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,

    dan Dato Seri Ir Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak,

    Salehuddin Ayub sebagai Pesuruhjaya PAS Johor

    Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

    BalasPadam
  3. Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup, puak UMNO ni akan tentang Baginda habis-habisan. Tindak-tanduk UMNO selama berpuluh tahun dah menunjukkan mereka menentang Rasulullah.

    BalasPadam
  4. bagaimana jika Nabi Muhamad SAW masih hidup tindakkan belaku sebaliknya? Apakah PAS akan mencacinya? he..he..he Bahlol.

    BalasPadam