RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 26 Ogos 2011

PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu

Ogos 26, 11

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

NONEKetua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. saya dari kes liwat 1 lg pun sy x percaya yg anwar kaki liwat walaupun sy x kenal anwar secara hakiki tp sy kenal dia semasa belia sebg Presiden ABIM pada thn 80 an, kehebatannya dan di kenali di dunia islam membuat kan mantan PM Tun mahathir tak senang duduk bila ada ura2 nak menarik anwar ke dlm PAS jd sebelum anwar masuk PAS lebih baik tarik ke dlm umno dan tawar jawatan melalui kenalan saya seorang bekas guru di mana semasa mnjd presiden ABIM dan anwar masih bujang lg anwar selalu singgah bermalam di rumah nya, bila dia terbgn jam 2 ke 3 pg di lihatnya anwar sdg melakukan solat sunat Tahajjud dan solat2 sunat lain, ini bukan skali anwar berbuat demikian tp setiap kali bermlm di rmh kwn nya anwar pasti melakukan sedemikian bak kata solat tahajjud ni dah jd rutin hidup nya, satu lg yg sy masih ingt bila anwar membawa seorang bekas Paderi dari German yg baru memeluk Islam hndak mencari Jalan yg boleh menghampirkan seseorang hamba dgn PenciptaNya dlm setiap detik masa berlalu (Ilmu Tarekat),maka anwar membawa nya ke Nilam Puri utk berjumpa dgn para ulama di sana dan berada di sana kira sejam beliau mengatakan di sini xde org yg sy cari maka anwar membawa bekas paderi tersbt ke Lenggeng di ng 9 dan berjumpa dgn Almarhum Tuan Syeikh Ustaz Hj Ma'aruf q.s. sebaik ketemu dgn Almarhum bekas paderi ini melihat atas bawah akan Almarhum, lebih kurang 10 minit maka beliau pun berkata pd anwar inilah orang nya yg sy cari2 selama ini maka beliau pun di Bai'ahkan (lilitan serban bekas paderi ini 6 kaki panjang nya. sbb itu bila beliau di tuduh meliwat memang sy x percaya yg anwar melakukan walaupun beliau bukan maksum tp insan yg dah terdidik dgn ROH ISLAM yg mantap dan jitu masakan sanggup nak melakukan liwat perbuatan yg amat keji dan Nabi saw x akan mengaku umat nya dan org2 yg memfitnah nya memang x takut pd seksaan Allah swt..pd kes liwat pertama dgn perasaan rendah diri sy melakukan solat sunat hajat 12 rakaat selama 7 jumaat memohon kpd Allah supaya beliau di Rahmati Allah swt, dan bermula kes liwat 1 tu lah sy baru pandai membaca akhbar Harakah krn dlm perbicaraan tersbt byk keraguan yg munasabah di timbulkan tp tak relevan kata hakim HACKS dah mendiang pun dah...jd rakyat yg berfikiran waras boleh berfikir dgn akal yg di kurniakan Allah bukan dgn emosi dan demdam kesumat..insyaAllah kebenaran akan diketahui jugak akhir nya nnti, itu janji Allah yg Allah x akan menyebelahi kebatilan.

    BalasPadam